Suatu yang pasti
menjadi kerunsingan buat kita di Mesir, iaitu musim peralihan dan musim panas. Semua
pasti tidak senang duduk walaupun duduk di rumah saja. Ini semua disebabkan,
LALAT!
Pernah satu ketika,
ketika saya sedang tawaquf untuk
menghadapi peperiksaan akhir tahun. Perasaan bengang bercampur serabut muncul
bila Cik Lat mula mengganggu sesi pembelajaran kendiri. bukanlah kita mencemuh kejadian Allah yang unik ini, tapi keunikan sesungutnya yang berbulu-bulu dan menggatalkan serta kakinya yang lembut mencengkam kulit sehingga kita mengambil keputusan untuk memukulnya dengan sesuatu sehingga ia tidak lagi mengganggu. Saya boleh kira berapa
ekor lalat yang tumpas didalam tangan kosong saya saja. Hampir 5 ekor! Nampak
agak pengotor, tapi itulah hakikat yang menggambarkan betapa banyaknya lalat ketika
musim itu. Itu belum dikira yang tumpas dengan menggunakan pemukul lalat!
Suatu yang lebih
menguji kesabaran adalah bilamana Cik Lat mula mengganggu kita ketika solat.
Argh, kesabaran sangat teruji. Khusyu yang baru bertatih hadir, tiba-tiba
pergi.
Satu persoalan yang
bermain dalam fikiran, bagaimana dengan generasi para sahabat? Bagaimana mereka
mampu menahan sakitnya mencabut anak panah dengan memilih untuk dicabut ketika
sedang solat. Hebat kan?
Dalam masa yang
sama, saya terfikir. Oh, ini rupanya perumpamaan Nabi s.a.w mengenai
perumpamaan orang kafir melihat dosa. Pergh, pidat mengena!
إن
المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه، وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب
مر على أنفه، فقال به هكذا – أي بيده -فذهب عنه
« Daripada
Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin
itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang
mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan
orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang
hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja
(iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja
lalat itu terbang » (hadith
riwayat Imam Bukhari)