Aku menulis apa yang aku tahu. Aku menulis apa yang aku rasa.
Semalam, ia berlaku semalam. Bila aku tahu sebuah musibah. Bila aku terfikirkan masalah. Aku termenung.
Aku pernah mentaati dengan patuh. Berkerja dengan rajin. Berjuang bermati-matian. Kerana ketika itu aku ada masalah. Aku berusaha mencari ketenangan dalam kekalutan masalah, dalam lautan benci. Ya, aku cuba mencari ketenangan itu. Sehingga ia diperkenanNya.
Setelah aku kecap nikmat ketenangan ;jauh daripada masalah, aku jadi lupa. Aku jadi selesa. Ternyata zon selesa menselesakan aku agar lupa untuk patuh, rajin dan berjuang. Aku lupa tenang dan selesa ini datang daripada perkenanNya.
Semalam, aku sedar. Aku syukur ada masalah. Aku syukur ada cabaran. Aku syukur ada yang membenci. Sekurang-kurangnya aku tahu aku tak sempurna. Aku rasa bahawa hidup tidak semuanya indah. Dan aku yakin, hidup merupakan sebuah proses pembelajaran; pentarbiyahan. Sempurna atau tidak sebuah pentarbiyahan bergantung kepada interpretasi pelajar mengenai apa yang dipelajarinya dan difahaminya dalam amalan kehidupannya.
[He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving -
(al-Mulk:2)
jadi sekarang, saya rasa teruk. wanna rise my spirit back. It will be the bombastic one =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan