1) Nafsu tak dapat dikalahkan kecuali dengan dorongan yang kuat iaitu dorongan taqwa kepada Allah yang mana dengan itulah kita akan rajin untuk muhasabah diri dan menuntut ilmu yang bermanfaat.
(An-Nisa:131)
Taqwa itulah yang akan memecahkan kegelapan-kegelapan syak.
(al-hadid:28)
Antara sebab-sebab untuk mencapai taqwa itu adalah dengan pendek angan-angan,banyakkan mengingati mati, alam kubur, hari kebangkitan, hari perhimpunan, syurga, neraka dan sehinggalah kembalinya kita kepada Allah.
2) Dalam kita melalui jalan pembinaan zat ini, ia tidak dapat memisahkan tiga perkara wajib (perlu berlaku serentak);
-Pembinaan akal
-Pengabdian hati
-Penyucian nafsu
Jika belaku kepincangan dalam ketiga-tiga keperluan ini, maka kita akan menjadi musuh syaitan yang mudah dikalahkan dengan bid'ah dan syubahat.
3) Tiga perkara diatas sangat penting untuk membuahkan jiwa-jiwa terbina zatnya (rohnya)
kesimpulan yang saya dapat, tiga perkara di atas sangat penting. Dan ilmu yang bermanfaat itu banyak.
Teringat mesej adik;
"Ustaz Zol kata di sebalik debu Mesir, ada mutiara-mutiara yang membangunkan UMMAH"
Thanks =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan