"Diam kita biar diam bersedia. Kata-kata kita pula jadi jihad kita "
"Opsi, ayat apakah itu? Saya tidak fahami..." Ahmad memandang Adli dengan pandangan yang hairan. Nada suaranya seperti Inspektor Sarjit dalam cerita animasi Keluang Man.
"Entah, kau cari lah sendiri. Sampai masa nanti, kau faham lah."
"Tapi..."
"Tak, aku tak nak kau faham sebab aku bagitahu. Aku nak kau faham dengan cara kau cari "
"Aku tengah cari lah ni! Sebab itu aku tanya kau!"
Adli senyum. Silau pantulan cahaya dari muka Nil sekali-sekala terpampar di mukanya.
"Kau tenung sungai ini. Kau tenung sambil kau bayangkan, bagaimana dengan hanya bunyi air yang tenang dan deras ini, yang langsung tidak disedari manusia ini mampu menukar padang pasir menjadi ladang tumbuhan."
Ahmad ternganga.
"Ah, sudah lah kau. Makin aku banyak cakap, aku rasa makin luas mulut kau ternganga.."
Ahmad menutup mulut dengan tangannya. Dia tidak sedar mulutnya terbuka.
"Ahmad, masa itu perawatan. Kau akan lalui masa itu. Masa untuk kau faham. Masa untuk kau admit dan apply dalam kehidupan. Kau doa lah, semoga setiap masa dalam kehidupan kau akan merawat kau ke arah yang lebih sihat, lebih baik."
"Adli, asal ayat kau macam skema dan jiwang eh?"
Adli pandang Ahmad sekilas kemudian kembali merenung aliran Sungai Nil.
"Dulu, aku cuba buang. Aku cuba simplifykan, tapi, aku masih tak mampu. Mungkin ini kelebihan aku atau mungkin juga ini kekurangan aku bila berhadapan dengan kau. Tapi, yang penting, jangan berhenti mencuba..."
Matahari sudah tergelincir. Sungai Nil mengalir seperti biasa. Hiruk-pikuk bandar Tahrir, sama saja seperti di Sabi' atau 'Asyir, Kaherah. Bunyi hon kenderaan di sana-sini.
Ahmad dan Adli ralit dengan lamunan masing-masing.
**********
Tum!
Pintu bilik ditutup kuat. Semua yang berada di ruang tamu terperanjat. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.
'Hai..lah. Nak jadi apa dengan rumah ini pun aku tak tahu. Belajar pun tak masuk!'
Ahmad menghempas buku Physiology nya ke atas meja. Kemudian dia segera masuk ke bilik Syahid. Bilik tadi, yang pintunya ditutup kuat,merangkap biliknya juga.
Ahmad menguak pintu dan menutupnya perlahan.
Syahid terbungkus dalam selimut. Cuaca panas memanaskan hati Ahmad.
'Astaghfirullah...huh...'
Ahmad menarik selimut Syahid. Kemudian menarik Syahid keluar dengan kasar sekali.
"Mari ikut aku..."
Syahid berkeras. Dia tidak mahu ikut. Ahmad mencuba berkali-kali. Syahid tetap melawan tanpa suara.
"Aku kira sampai tiga. Kau tak mahu keluar dengan aku, maksudnya kau cari nahas!"
Tajam dan keras. Syahid faham. Itu nada amaran. Sebelum pertumpahan darah berlaku, dia terpaksa akur. Dia keluar dari selimut dan turun dari katil dengan mata dan hidung yang merah.
"Ikut aku..."
Ahmad menarik tangan Syahid. Mereka keluar dari rumah. Ahli bait yang lain hanya mengiringi dengan pandangan hairan. Kemudian masing-masing kembali memulakan pembacaan masing-masing. Faris masih lagi memandang pintu. Dia mendengus.
**********
"Apa masalah kau, hah? Apa kau tak puas hati?!"
Syahid membisu. Dia memandang gelas besar yang ada ditangannya.
' 'Asir manggoo wa bittikh wahid! '
Ahmad meneguk jus tembikainya. Dia menunggu jawapan Syahid. Tapi dari tadi Syahid masih memandang jus Mangga nya yang masih penuh itu.
"Kau tak nak ke jus tu? Kalau kau tak nak, bagi aku!"
Syahid memandang muka Ahmad dengan mata berair. Bibirnya cebik. Segera dia minum jus kegemarannya itu dengan satu kali minum saja!
Syahid tersenyum.
'Hai...lah...budak-budak!'
"Syahid, kita dah dua tahun duduk sebilik. Mula dari first year lagi sampai lah sekarang. Hurm, kau ingat aku nak duduk sangat sebilik dengan budak cengeng macam kau?"
Syahid mengangkat kening, menganjing. Dihirup lagi jus tembikai di tangannya. Syahid pandang Ahmad sekilas.
'Apa kau nak, Ahmad?!'
"Aku nak kau bagitahu aku, apa masalah kau? Bukan aku nak menyibuk, jaga tepi kain pelekat kau sangat pun. Tapi kalau sampai boleh buat pintu bilik nak tercabut tu... nanti aku nak tukar baju dekat mana? "
Ahmad menghabiskan jus nya kemudian memesan satu lagi jus tembikai dan jus mangga.
Syahid masih diam. Airmatanya sudah kering. Begitu juga hingusnya. Setelah mendapat huluran jus mangga yang baru dari Ahmad, dia sekali lagi minum dengan sekali teguk saja.
"Euww, buruk sangat perangai! Sunnah minum tiga kali teguk. Kau minum sekali habis semua terus?"
Syahid tersenyum. Dia tidak boleh menolak kegilaannya pada jus mangga yang segar itu.
"Haih, buang masa aku saja kau ni, Syahid! Dua hari ni, kau kena janji dengan aku, kau akan senyum walau apa pun kau rasa waktu itu sebab kau dah habiskan dua gelas 'asir manggoo. Kau tak bawa duit kan?"
Ahmad senyum. Syahid buat-buat mencari genih dari poket seluar. Kemudian dia mengangkat kepala. Dia tersengih. Terseringai pendakap giginya yang berwarna pink.
'Alhamdulillah....pandai pun kau senyum! '
**********
"Ibu sihat? "
Tiada jawapan.
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan