Gaya menulis
Haih ( _0_)
Kadang-kadang rasa macam nak menulis gaya orang lain.
Seperti umairahshafei atau Angel Pakai Gucci. Sebab apa? Sebab seronok nak
baca!
Tapi, sekejap saja. Kemudian, kembali kepada saya yang
asalnya. Soo ‘skema’
Jadi, betul lah. Anda adalah siapa anda. Buat apa jadi orang
lain? Hadafnya siapa?
Tapi mereka tetap guru saya secara maya.
Kisah bermula
Masa.
Mahu meletak satu noktah pun memakan masa. Lihat ini.
. . dan .
Tiga saat sudah saya habiskan untuk tiga noktah diatas.
Kemudian tiga saat juga telah saya habiskan yang sepatutnya saya gunakan untuk
selesaikan segala permasalahan dan langsaikan segala tugasan (bajet ‘busy’--busybody…mumkin ^^,")
Benarlah, masa itu umpama pedang. Jika kita tak pancung dia,
dia pancung kita. Dan seorang tokoh dakwah, ISHAB, ada menyebut bahawa
kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada.
Kisahnya bermula bila saya sedar saya banyak menangguh kerja
dan cita-cita jangka masa pendek. Kasihan de lo!
Berkejar
Kekalutan melanda dan saya bagai nak gila! (ayat saja nak
buat gempak)
Anda tenang, anda menang
Pinjam quote kawan, “anda tenang, anda menang”. Tapi masa
itu tak boleh nak tenang sangat dah! Sampai malas bergerak rasanya. Maka lagi
bertambun lah kerja.
Aku X Boleh Sorang
Datanglah seorang ukhti. Dia tolong fahamkan mana satu
aulawiyyat dan mana satu tidak. Tiba-tiba rasa macam nak....(T.T) Lepas satu
beban. Tinggal laksanakan jadual saja. Hamdan lillah. Jazakillah khairan ukhti <3 o:p="">3>
Tiba-tiba, teringat juga peringatan Muaz bin Jabal kepada
sahabat-sahabatnya yang ada disemadikan dalam buku Langkah Bermula karya MAR; Ijlis
bina nukmin sa’ah bermaksud “duduk sebentar bersama kami
untuk kita beriman sejenak”. Kalau dalam satu masalah penyususnan hidup pun
kita perlukan bantuan, apatah lagi masalah dalaman yang berkait dengan iman.
Apa yang menarik dalam peringatan Muaz bin Jabal itu adalah kalimah bina
atau terjemahannya bersama kami. Kenapa bersama kami? Bukan “duduk
sebentar untuk beriman sejenak” ?
Sebab ada ma’ani atau sebuah pengertian yang ingin
disampaikan.
Kita bukan mahu baik sendiri-sendiri. Kita juga tidak mahu sedih
sendiri-sendiri. Kita mahu bersama dan aplikasi istilah saling. Wata’awanu ‘alal
birri wattaqwa wa la ta’awanu ‘alal itsmi wal ‘udwan (berbantulah kamu
dalam ketaatan dan ketaqwaan dan janganlah kamu saling membantu dalam melakukan
dosa dan permusuhan)
Hal ini kerana manusia itu imannya seperti lauk didalam
periuk. Mudah dibolak-balikkan. Bila kita ramai, kita boleh saling
menasihatkan. Kita boleh saling membantu. Kita boleh saling meningkatkan. So, saya yakin bahawa saya tidak mampu mengubah diri saya selagi itu bukan datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah dan orang-orang beriman itu merupakan kredit lah sebagai ejen perubahan.
Perkaitan iman dan jadual hidup kita sangat rapat. Jangan pisahkan :)
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan