Nafas Panjang
Huh!
“ Dai’e perlukan nafas panjang!”
Aku masih ingat pesanan itu. Nafasun Thoweeel!
Waktu itu, tak faham. Leyh? Kenapa? Tak faham!
Hukum alam,tidak semua perkara kita akan dapat sebab
musababnya secara terus. Tidak semua perkara kita akan Nampak kesannya dalam
waktu yang singkat. Roh yang dalam diri kita pun kita tak mampu nak tahu
bagaimana bentuknya, inikan pula apa yang akan berlaku.
Saudaraku,
Dahulu aku juga seperti kamu. Mahu jadi neutral. Orang biasa-biasa saja. Jaga syari’at,solat dan ikhtilat.
Ini cerita, beberapa tahun yang lepas punya...
Cukup, jangan ajak aku lebih-lebih. Aku
dengan halku, dan kau teruskan apa yang kau rasa kau mahu lakukan.
Dakwah, seruan, usrah, daurah…sudah lah, aku mahu bebas dari
semua itu. Cukup-cukup lah apa yang telah aku pelajari dahulu. insyaAllah, itu
sudah cukup.
Pernah saja aku didengarkan dengan ceramah – ceramah dakwah,
ada hadis menyebut;
“Barangsiapa yang mengucapkan lailahaillallah-Tiada Tuhan
selain Allah, maka dia adalah dai’e (penyeru)”
Ada juga penceramah sebut:
“…kalian adalah sebaik – baik ummat, yang dikeluarkan dalam
kalangan manusia, yang menyerukan kepada perkara kebaikan dan mencegah
kemungkaran dan beriman kepada Allah”
(QS Aali – Imran:110)
Aku percaya. Ya, aku akui aku adalah dai’e. Tapi dai’e kepada
diri sendiri terlebih dahulu.
Ketika ummat sedang
tenat
Ah, aku bosan dengan seruan sebegini. Ummat sedang tenat,
ummat sedang tenat… memang sudah tiada noktah yang lain kah untuk dijadikan
tajuk utama untuk aku turut bergerak?
Masih ramai orang yang diluar sana perlukan kalian, kenapa
ajak aku? Aku sudah punyai ilmu agama walaupun sedikit. Apa kata kalian ajak
yang diluar sana, yang merempit, yang buang anak, yang berpacaran. insyaAllah,
pandailah aku jaga diri. Mereka lebih memerlukan kalian. Aku boleh jalan
sendiri. Aku okey saja, insyaAllah. Bukan kau pernah kata ke, masa itu
perawatan. Jadi tidak mustahil lah dalam aku nak baiki diri ini, masanya lama
sedikit. Hai, takkan kau pula yang tidak sabar…
Lagipun kau pun tahukan, Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu sendiri tak rasa nak ubah. so, penat - penat saja kau ajak aku kalau aku tak nak.
Dan aku pun masih dengan lamunan ku...
Bersambung…