Isnin, 28 Disember 2009
Ahad, 27 Disember 2009
Sama
Sabtu, 26 Disember 2009
Kepenatan dalam Pencarian
Isnin, 21 Disember 2009
Takung jernih
Pemulaan
17 Dis 2009
Jangan tekan,
Kau paksa juga,
Jangan dengar,
Kau pasang telinga,
Tuli tidak bisu,
Buta tidak rasa,
Dunia!
Pergilah jauh,
Tenggelam laksana sauh,
Jangan diangkat!
Biarkan ia berkarat,
Sampai masa ia hancur dikandung tanah,
Tahan!
Jangan diangkat!
Kuketuk tangan nafsu andai diangkat juga,
Kucantas kepala mahu jika berdegil tak dengar kata,
Kau harus terima hukumannya,
Tinggalkan segera!
Cinta manusia,
Cinta dunia…
30 Nov 2009
Sementara yang hanya seketika,
Sudah terasa bagai terbang di alam maya,
Sekejap yang hanya sebentar cuma,
Sudah terasa bagai berenang di awangan,
Satu daripada sepuluh,
Itupun sudah terasa bagai penuh,
Sembilan lagi di sana,
Telah digariskan,
Tidak pernah dipandang,didengar, atau terlintas di fikiran
Allah…
Kau Maha Tahu,
Jiwa ini rapuh,
Mudah mengeluh,
Hati ini reput,
Mudah kering berkerut,
Allah…
PadaMu ada kasih,
PadaMu ada sayang,
PadaMu ada cinta,
Izinkan daku mengetuk pintu kasihMu,
Hulurkan aku salam sayangMu,
Hidangkan aku juadah cintaMu.
Allah…
Ujiankah ini?
Andai gagal,teruskah Engkau menghukum diri ini?
Allah…
Kau pandang usaha,bukan natijah,
Kau lihat daya,bukan keputusan,
Kau…tidak pernah sama dengan sesiapa.
Kasih dan cintaMu tak pernah persis dengan makhluk tak berdaya.
Mengharap redha dan kasihMu…
27.11.2009
Pemilik Hati
Kerana hati sudah berpunya,
Maka diamlah;nantikan sahaja jawabannya,
Mungkin cinta merangkak dalam kabus maya,
Maka diamlah;aku mahu ke sana,
Bukan tak mahu membalas,
Tapi ada Yang Maha Pengasih dari para pengasih,
Memang tak mahu membuka,
Kerna belum tiba tempat dan masa,
Sudah ditentukan siapa dengan siapa,
Yakin dan pasrah sahaja,
Tetap dengan pendirian,
Saya sudah berpunya!