Isnin, 28 Disember 2009




Hanya sesaat,

Makanan itu berubah,

Tak mampu kau tukar,

Tak mampu kau ambil,

Bahan yang sudah dihinggapnya.


Tapi hati,

Mudah berubah,

Boleh ditukar,

Namun sangat payah,

Ketahuilah sangat sukar,

Jika sudah dihinggap kecewa.


Usah ditanya,

Mengapa begini mengapa begitu,

Selidik dahulu,

Kau akan tahu di mana silapmu.


Biarlah,

Biar dipendam,

Tak perlu berdendam.


Tiada tempat lain,

Biar makhluk tak mampu faham,

Biar haiwan sememangnya tak mengerti,

DIA sebaik-baik tempat kembali.


Aku hanya ada Engkau saat ini,

Aku tak mahu yang lain,

Kerana yang lain tak kekal,

Kerana yang lain tak faham,

Kerana yang lain tak bisa mendengar,

Suara hati seorang insan.


Pergilah,

Dunia dan seisinya,

Kau tempatku membajak,

Kau tempatku menanam,

Tapi,

Tolong untuk sementara ini,

Tinggalkan aku seketika,

Jangan ganggu aku walau sebentar cuma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan