Allah,
Lafaz itu mendamaikan,
Kalimah itu mententeramkan,
Biar dalam dilema yang berpanjangan,
Biar dalam kebingitan persekitaran,
Hanya kalimah itu yang menghilangkan hampa,
Hanya kalimah itu mengetuk malu hamba,
Hanya kalimah itu yang mahu kupuja.
Allah,
Andai dikumpul emas di seluruh dunia,
Andai dihadiah bergunung takhta,
Masih tak mampu menandingi nama itu,
Sememangnya takkan mampu melintasi nikmat itu,
Nikmat menyebut namaMu,
Nikmat bersamaMu,
Nikmat mencintaiMu.
Allah,
Kerana hamba ini lemah,
Maka kuatkanlah!
Kerana hamba ini masih tak mampu untuk istiqomah,
Maka ajarkan hamba erti sabar dan tabah!
Kerana hamba sering futur,
Jangan Kau jadikan hamba mudah putus asa,
Tapi Kau tambahkanlah nikmat iman dan taqwa,
Selitkan rasa boleh dan mampu,
Aku dalam kepenatan,
Aku dalam pencarian,
Aku dalam perjalanan,
Masih panjang,
Berliku,
Hamba serahkan padaMu,
Hanya padaMu
~Ya Muqollibal Qulub Tsabbit Qolbi 'ala deenik~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan