Isnin, 27 Februari 2012

Bila lagi?


Bila lagi aku dapat kembali,
mencium tangan seorang 'ibu',
Angguk hormat pada seorang 'ayah',
Bilakah lagi?

Bila lagi aku dapat menghidu,
Bau lopak air dipadang,
Asap sampah bakaran orang kampung,
wangi bunga yang sedang kembang mekar,
Bilakah lagi?

Bila lagi aku dapat menduga,
Pekikan yang menterkejutkan dari lena,
Usapan manja tanda setia,
Nasihat berguna tanda sayang,
Bilakah lagi?

Bila aku dapat lagi nikmat itu,
Tak mahuku lepas,
Enggan aku beranjak,
Biarlah beberapa ketika ia kekal,
Biar ia tersemat dalam hati ini,

Tapi bila lagi mampuku putar semua itu,
kalau bukan hanya dihati...

buatmu al-irsyad 01-09

Alangkah indahnya

Innama yakhsyallahu min 'ibadihil 'ulama

Apa salahnya jika biru  dan hijau bersepakat, Islam pasti berdaulat.
Takbir!

STAM vs MEDIK

Keliru...Keliru...Keliru...

Antara STAM dan MEDIK, saya tak tahu nak pilih yang mana. Saya jadi tak fokus.

Tunggu istikhorah, semoga keputusannya Allah reda.

Ahad, 26 Februari 2012

Wahai ummatku, AKU DATANG!




Allah, aku datang!

Aku tak tahu mana perginya penyapu

"Seperti biasa. Kerja rumah yang wajib. Tapi aku tak tahu mana perginya penyapu."

Kadang-kadang kita menjadikan suatu yang telah ghaib, menghaibkan juga niat baik. Contoh yang paling dekat dengan diri saya, dan saya akuinya.

Kita nak buat nota, tapi tak ada kertas warn-warni, jadi kita pun malas nak buat nota dan tangguh lagi.

Atau mungkin...

Kita nak sapu bilik atau kawasan yang besar yang memerlukan bukan seorang sahaja yang menyapu, tapi ternyata tiada yang dapat membantu. Kemudian kita pun kata "tak payahlah sapu lagi, tunggu gotong royong minggu depanlah"

Atau mungkin...

Kita nak belajar dan fahami fikrah sesebuah gerakan atau mungkin usrah akan diadakan esok. So, kena study buku sikit atau cari maklumat terkini tentang global, tapi buku usrah tak beli lagi atau broadband tak laju. Kemudian kita tinggalkan niat baik itu membusuk tanpa ada rasa pinjam dari kawan atau bertanyakan orang lain.

Atau mungkin...

Kita rasa macam nak solat dhuha, tapi terlupa telekung basuh. Jadi kita tinggalkan solat dhuha. Padahal pakai jubah, tudung + stoking dah cukup.

Inilah sebenarnya yang membuatkan kita tak bergerak malah membuatkan gerabak iman itu berhenti dengan mudahnya. Alasan-alasan bisikan syaitan membuatkan gerabak itu bergerak dengan lebih lambat. Jika ini berterusan, maka gerabak iman lebih mudah untuk berhenti.

"wa a'iddu lahum mastatho'kum min quwwatiw wa min ridhotil khoili turhibuna bihi 'aduwwallahi wa 'aduwwakum "

persiapkan apa yang ta cukup. cari apa yang hilang. bukan tunggu penyapu datang sendiri ^__^

TAK SEMUA DAN TAK SELAMANYA



Katakanlah; "Wahai hamba hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang"
(Az-Zumar:53)


Alhamdulillah, masih lagi hidup dan diberi nikmat Islam. Saya baru sahaja pulang dari sebuah program yang membincangkan mengenai agenda Islam khususnya dalam Malaysia. Seronok dan terisi cuma sesi dialog kedua, kepala dah pusing-pusing, sama ada lapar atau 'tak cukup tidur' :) .

Bertolak dari Ipoh merupakan sebuah perjalanan yang panjang. Seawal jam 4.30 pagi bas dah nak bertolak. Tapi kami kaum hawa ni terlajak dari 4.30 pagi tu, jadi bertolak jam 4.45 pg. Bak kata muallim Razmi;
"Biasalah,,,perempuan. Lain kali kalau nak pergi mana-mana, satu jam sebelum pergi dah suruh bersiap."

Walau apapun, bukan itu the main point yang saya nak cerita, cuma nak cerita beberapa perkara yang selama ini saya ambil remeh dan sesuai dengan tajuk 'TAK SEMUA DAN TAK SELAMANYA'

Kita yang tahu perlu tahukan yang tak tahu

"Sampaikan dariku walau satu ayat" (Hadith Nabi)
Pernah ini menjadi hujah saya kepada seseorang agar menyuruhnya menyampaikan sedikit cadangan agar surau sekolah dapat dipenuhkan. Saya kata;

"memanglah kita dah tak pegang jawatan tapi ballighu 'anni walau ayah.."

Dia senyap dan terpukul mungkin. Tapi bukan niat saya nak pukul-pukul orang dengan kata-kata, tapi itu kebenarannya.

Pengalaman ini membuat saya berfikir, kata-kata ini harus saya kotakan pula. kerana kemurkaan Allah itu besar bagi orang yang tidak melaksanakan apa yang dilafazkannya.

Kerana kehidupan saya adalah dalam masyarakat yang pelbagai latar belakang, warna kulit, ideologi, persatuan dan pendirian, maka saya belajar memahami, dan menerima seadanya kelemahan dan meningkatakan lagi kelebihan yang ada, insyaAllah.

Kemudian hidup yang celup dalam air mutaghayyir(pelbgai ltr blkg maksud sy) mengajar saya cara mentahukan orang yang tidak tahu. Saya sedar, saya tidak boleh berterusan menyampaikan sesuatu hanya pada tulisan, Sebab muallim Zol ada sebut;

"Da'i memang perlu ada lisanul hal. Tapi dalam masa yang sama, kita kena praktis juga lisanul maqal"

Selain itu saya juga melihat bahawa masyarakat Islam kita bukan tidak mahu meninggalkan perkara munkar dan berkejar-kejar ke arah makruf, tapi cuma mereka tidak tahu. Dan tidak sewajarnyalah jika kita menghukum mereka sedangkan kita hanya penyeru bukan penghukum.

jadi, pentingnya kita tahukan pada yang tidak tahu itu dan tidak bermakna kita tak ambil tahu apa yang orang lain tahu, sebaliknya belajar dan hubungkan dengan dua sumber dalil; al-Quran dan As-Sunnah.

Kesimpulannya, Tak Semua Masyarakat Islam khususnya Melayu yang tahu asas fardu Ain, jadi kitalah yang bergelar da'ie ini yang perlu membendung perkara ini dengan cara ' tahukan' mereka agar Tak Selamanya Masyarakat Islam khususnya Melayu jadi bangsa dan penganut islam yang teru tak tahu.

Bukan penghukum

Siapa kita nak meletakkan pengampunan dosa atau siapa kita dalam menghukum manusia yang berdosa akan taubatnya?

Saya tertarik dengan kata-kata seorang tokoh ugamawan berkata;
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum"

Maka apabila kita berjumpa dengan manusia yang tidak mengikut syariat, apatah dalam keadaan dia tidak tahu, maka tidak layak langsung untuk kita menghukum bahawa dia tidak akan diampunkan.

Mungkin seseorang Muslim itu lahir dalam keluarga yang kurang faham dengan sedalamnya akan fardu ain dan ilmu Islam, maka tidak mustahillah dia akan terikut dengan cara hidup yang seperti itu. Dan tugas kita hanyalah menyeru ke jalan Allah dengan hikmah, nasihat yang baik dan kalau perlu debat/dialog dengan cara yang terbaik.

"Ud'u ila sabili rabbika bilhikmati wal mau'izhotil hasanah wa jadilhum billati hia ahsan"

kerana itu saya mulakan post kali ini dengan Ayat 53 surah az-zumar agar kita semua sedar betapa besarnya rahmat Allah terhadap hambaNya yang mahukan Dia. dan sesekali Allah tidak akan meninggalkan hamba yang mengharapkanNya sehinggakan dalam satu hadth mafhumnya selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah dekati kita dan jika kita mendekati Allah dengan berjalan, Allah datang pada kita dalam berlari.

Bukan lagi masa untuk berputus asa

Pada 12 Februari yang lepas, kita tahu itu merupakan tarikh ulangtahun kematian syeikhul ahrar, yakni Syeikh as-Syahid Imam Hassan al-Banna. Kita juga sedar bahawa kebangkitan Islam sudah bermula di Asia Tenggara, maka takkan kita mahu tetap duduk menangguk di air yang keruh.

Misalannya, dalam pelajaran. Kita terus menerus menyalahkan diri yang tidak pandai membaca dan memahami Bahasa Inggeris kemuadian berputus asa tanpa ada sebarang inesiatif membaikinya. maka akan terbaikikah kelemahan itu? Macam tak je kan?

Pada saya, disinilah peri pentingnya positive thinking dalam hidup. Misalnya kita bukanlah orang yang fasih dan lancar membaca al-Quran. Sekadar tahu dan kenal huruf dan bacaan kita masih terangkak-rangkak. Kemudian kita berasa betapa hinanya diri yang sepatutnya sudah khatam masih tidak mampu khatam al-Quran dengan bacaan yang fasih. kemudian syndrom down. Tinggal Quran macam itu aja, mana boleh!

Kalau orang yang positive thinking dia ingat bahawa baca Quran terangkak-rangkak itu dapat dua kali ganda pahala berbanding orang yang baca lancar. Dan mungkin kita banyak dosa, sebab itu Allah takdirkan kita baca lambat sikit supaya kita dapat pahala lebih. kalau nak syurga kenalah usaha lebih, so kalau nak berjaya, usaha pun kena lebih kemudian tawakkal minta Allah berikan yang terbaek punye! Dan siapa yang mampu mencetuskan pemikiran sebegini memang saya tabiklah! Tabik springgg! :)

Innallah la yughaiyiru ma biqaumin hatta yughaiyiru ma bi anfusihim

Renung-renungkan dan selamat beramal :D

Wassalam