Ahad, 26 Februari 2012

TAK SEMUA DAN TAK SELAMANYA



Katakanlah; "Wahai hamba hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang"
(Az-Zumar:53)


Alhamdulillah, masih lagi hidup dan diberi nikmat Islam. Saya baru sahaja pulang dari sebuah program yang membincangkan mengenai agenda Islam khususnya dalam Malaysia. Seronok dan terisi cuma sesi dialog kedua, kepala dah pusing-pusing, sama ada lapar atau 'tak cukup tidur' :) .

Bertolak dari Ipoh merupakan sebuah perjalanan yang panjang. Seawal jam 4.30 pagi bas dah nak bertolak. Tapi kami kaum hawa ni terlajak dari 4.30 pagi tu, jadi bertolak jam 4.45 pg. Bak kata muallim Razmi;
"Biasalah,,,perempuan. Lain kali kalau nak pergi mana-mana, satu jam sebelum pergi dah suruh bersiap."

Walau apapun, bukan itu the main point yang saya nak cerita, cuma nak cerita beberapa perkara yang selama ini saya ambil remeh dan sesuai dengan tajuk 'TAK SEMUA DAN TAK SELAMANYA'

Kita yang tahu perlu tahukan yang tak tahu

"Sampaikan dariku walau satu ayat" (Hadith Nabi)
Pernah ini menjadi hujah saya kepada seseorang agar menyuruhnya menyampaikan sedikit cadangan agar surau sekolah dapat dipenuhkan. Saya kata;

"memanglah kita dah tak pegang jawatan tapi ballighu 'anni walau ayah.."

Dia senyap dan terpukul mungkin. Tapi bukan niat saya nak pukul-pukul orang dengan kata-kata, tapi itu kebenarannya.

Pengalaman ini membuat saya berfikir, kata-kata ini harus saya kotakan pula. kerana kemurkaan Allah itu besar bagi orang yang tidak melaksanakan apa yang dilafazkannya.

Kerana kehidupan saya adalah dalam masyarakat yang pelbagai latar belakang, warna kulit, ideologi, persatuan dan pendirian, maka saya belajar memahami, dan menerima seadanya kelemahan dan meningkatakan lagi kelebihan yang ada, insyaAllah.

Kemudian hidup yang celup dalam air mutaghayyir(pelbgai ltr blkg maksud sy) mengajar saya cara mentahukan orang yang tidak tahu. Saya sedar, saya tidak boleh berterusan menyampaikan sesuatu hanya pada tulisan, Sebab muallim Zol ada sebut;

"Da'i memang perlu ada lisanul hal. Tapi dalam masa yang sama, kita kena praktis juga lisanul maqal"

Selain itu saya juga melihat bahawa masyarakat Islam kita bukan tidak mahu meninggalkan perkara munkar dan berkejar-kejar ke arah makruf, tapi cuma mereka tidak tahu. Dan tidak sewajarnyalah jika kita menghukum mereka sedangkan kita hanya penyeru bukan penghukum.

jadi, pentingnya kita tahukan pada yang tidak tahu itu dan tidak bermakna kita tak ambil tahu apa yang orang lain tahu, sebaliknya belajar dan hubungkan dengan dua sumber dalil; al-Quran dan As-Sunnah.

Kesimpulannya, Tak Semua Masyarakat Islam khususnya Melayu yang tahu asas fardu Ain, jadi kitalah yang bergelar da'ie ini yang perlu membendung perkara ini dengan cara ' tahukan' mereka agar Tak Selamanya Masyarakat Islam khususnya Melayu jadi bangsa dan penganut islam yang teru tak tahu.

Bukan penghukum

Siapa kita nak meletakkan pengampunan dosa atau siapa kita dalam menghukum manusia yang berdosa akan taubatnya?

Saya tertarik dengan kata-kata seorang tokoh ugamawan berkata;
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum"

Maka apabila kita berjumpa dengan manusia yang tidak mengikut syariat, apatah dalam keadaan dia tidak tahu, maka tidak layak langsung untuk kita menghukum bahawa dia tidak akan diampunkan.

Mungkin seseorang Muslim itu lahir dalam keluarga yang kurang faham dengan sedalamnya akan fardu ain dan ilmu Islam, maka tidak mustahillah dia akan terikut dengan cara hidup yang seperti itu. Dan tugas kita hanyalah menyeru ke jalan Allah dengan hikmah, nasihat yang baik dan kalau perlu debat/dialog dengan cara yang terbaik.

"Ud'u ila sabili rabbika bilhikmati wal mau'izhotil hasanah wa jadilhum billati hia ahsan"

kerana itu saya mulakan post kali ini dengan Ayat 53 surah az-zumar agar kita semua sedar betapa besarnya rahmat Allah terhadap hambaNya yang mahukan Dia. dan sesekali Allah tidak akan meninggalkan hamba yang mengharapkanNya sehinggakan dalam satu hadth mafhumnya selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah dekati kita dan jika kita mendekati Allah dengan berjalan, Allah datang pada kita dalam berlari.

Bukan lagi masa untuk berputus asa

Pada 12 Februari yang lepas, kita tahu itu merupakan tarikh ulangtahun kematian syeikhul ahrar, yakni Syeikh as-Syahid Imam Hassan al-Banna. Kita juga sedar bahawa kebangkitan Islam sudah bermula di Asia Tenggara, maka takkan kita mahu tetap duduk menangguk di air yang keruh.

Misalannya, dalam pelajaran. Kita terus menerus menyalahkan diri yang tidak pandai membaca dan memahami Bahasa Inggeris kemuadian berputus asa tanpa ada sebarang inesiatif membaikinya. maka akan terbaikikah kelemahan itu? Macam tak je kan?

Pada saya, disinilah peri pentingnya positive thinking dalam hidup. Misalnya kita bukanlah orang yang fasih dan lancar membaca al-Quran. Sekadar tahu dan kenal huruf dan bacaan kita masih terangkak-rangkak. Kemudian kita berasa betapa hinanya diri yang sepatutnya sudah khatam masih tidak mampu khatam al-Quran dengan bacaan yang fasih. kemudian syndrom down. Tinggal Quran macam itu aja, mana boleh!

Kalau orang yang positive thinking dia ingat bahawa baca Quran terangkak-rangkak itu dapat dua kali ganda pahala berbanding orang yang baca lancar. Dan mungkin kita banyak dosa, sebab itu Allah takdirkan kita baca lambat sikit supaya kita dapat pahala lebih. kalau nak syurga kenalah usaha lebih, so kalau nak berjaya, usaha pun kena lebih kemudian tawakkal minta Allah berikan yang terbaek punye! Dan siapa yang mampu mencetuskan pemikiran sebegini memang saya tabiklah! Tabik springgg! :)

Innallah la yughaiyiru ma biqaumin hatta yughaiyiru ma bi anfusihim

Renung-renungkan dan selamat beramal :D

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan