Kepentingan ilmu
“Siapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu syar’i, Allah akan mudahkan baginya jalan untuk ke surga. Dan para Malaikat selalu meletakkan sayapnya menaungi para pelajar karena senang dengan perbuatan mereka. Dan orang yang berilmu (Pengajar) dimintakan ampun oleh penduduk langit dan bumi dan ikan-ikan di dalam air. Kelebihan orang yang berilmu atas ahli ibadah bagaikan kelebihan sinar bulan atas lain-lain bintang.
Sesungguhnya orang-orang yang berilmu adalah pewaris nabi-nabi. Sesungguhnya Nabi-nabi tidak mewariskan uang dinar dan dirham hanya mereka mewariskan ilmu agama, maka siapa yang mendapatkannya berarti telah mengambil bahagian yang besar”. (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi).
Dan jika menurut Imam Syafei pula, ilmu kedoktoran adalah ditangga kedua setelah ilmu syariah Islam.
Berdasarkan hadis diatas, sejauh mana sudah kita berusaha untuk melakukannya dan niat seperti apakah yang melayakkan kita memperoleh naungan sayap malaikat, pintaan ampun dari makhluk yang dibumi, seterusnya kemudahan untuk menuju syurga Allah s.w.t ?
Dan siapakah lagi yang mahu menjalankan tugas agung Nabi s.a.w kalau bukan kita? Adakah niatnya menuntut ilmu sahaja sudah mencukupi tanpa ada rasa mahu memberi manfaat pada manusia sekeliling dengan ilmu yang diperolehi?
خير الناس أنفعهم للناس
Realiti yang pahit
Masyarakat Muslim kini makin jauh dari daripada usul Islam itu sendiri. Mereka terbuai dengan doktrin dan pendapat bahawa agama itu mestilah suatu yang luar biasa dan agama itu pasti memberi kesan-kesan yang ajaib dan mukjizat pada diri. Lantas menyerahkan agama itu bangkit atas takdir Tuhan serta mengasingkan cita-cita itu dari dalam kehidupan. Sedangkan Allah memberikan Islam itu sebagai satu langkah penyelesaian buat umat manusia yang sesuai dengan perjalanan alam ini sampai kiamat.
Apabila doktrin sebegini terpusat dalam pemikiran umat Islam, maka mereka akan sentiasa mengharapkan sebuah mukjizat agung dan kelebihan-kelebihan yang baik yang hadir tanpa disangka. Ini menjadikan kurangnya rasa tawakkal pada Allah s.w.t dan tidak mustahil untuk meninggalkan tuntutan-tuntutan agama apabila apa yang diingini serta cita-cita dan usaha untuk mengangkat agama ini di mata dunia seringkali terkandas. Ada juga yang terus menyerah, tidak mahu ikut berusaha kerana merasai ketidaklayakkannya; siapa yang lebih mengetahui kelayakan itu melainkan Allah?!
"Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman"
( Yusuf : 99)
|
Mesir dan Malaysia; dua buah negara yang terletak di dua benua berbeza. Namun masih ada persamaannya. Iaitu agama negaranya; Islam.
Maka, tidak hairanlah jika kamu mendengar azan dan alunan al-Quran berkumandang dengan bebasnya, tiada sekata. Malah Al-Quran dialunkan melalui corong-corong radio oleh mereka yang membonceng motor di celah-celah kenderaan yang cilok-mencilok dan dibiarkan dengan volume yang tinggi supaya semua yang mendengar beroleh pahalanya. Begitu juga apabila berkumandangnya azan, semua berpusu ke masjid. Semua mahukan ganjaran;
"Manusia paling besar pahalanya dalam shalat adalah yang paling jauh perjalannya, lalu yang selanjutnya. Dan seseorang yang menunggu shalat hingga melakukannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada yang melakukannya (sendirian) kemudian tidur.” (HR. Muslim)
Tambahan dari itu, rakyat Malaysia di Mesir sangat dihormati. Setiap kali ditanya;
Misr; "Maliziy?"
Mas; "aiwah!"
Misr; "Ahsannas! Ahsannas!"
Alangkah indahnya Mesir yang disebut-sebut Allah dalam kitabNya.
Antara Musa dan Firaun
Mesir, juga sebuah negara yang kaya dengan sejarah. Bermula daripada manusia yang mulia; Nabi Allah Musa a.s sehinggalah kepada sejahat-jahat manusia firaun laknatullah.
Oleh kerana itu, penting untuk kita ( bagi mereka yang berada di Mesir khususnya) agar sentiasa mencari dan mendalami serta menghayati setiap sirah dan peninggalan di Mesir. Kutiplah setiap mutiara tarbiyyah yang bersinar di balik ribut debu tanah Mesir. Bersihkan segala debu kemungkaran masa lalu dengan tarbiyyah disekelilingmu.
Jangan biarkan masa dan kehidupan yang kita jalani menjadi sekadar mati yang tidak diingini tapi diketahui akan kepastiaannya. Sebaliknya, ciptalah kematian yang kita ingini.
Maka, pilihlah ikon dan qudwahmu; samada untuk mencontohi Musa a.s atau Firaun. Pilihan di tanganmu.
Post berikutnya; Siapa SQ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan