Sabtu, 23 Februari 2013

Awang-awangan

Bila kita koreksi,hakikatnya terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam hidup akibat kejahilan kita sendiri. Namun, kesedaran itu tak memberi apa-apa erti kecuali kita sedia untuk berubah.

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia yang mengubah nasibnya sendiri"
(ar-Ra'du:11)

Acap kali kita dialunkan dan diingatkan dengan ayat di atas, sampai ada satu masa kita terduduk. Senyap. Sebab rasa macam tak pernah merealisasikan ayat di atas.

Beralih pada sudut yang lain, dalam kita cuba untuk menyingkirkan kepincangan yang lama dan masih sedia ada, wujudnya perasaan dan sifat ego,bangga dan sombong . Sifat-sifat seperti ini akhirnya langsung tidak akan mendekatkan kita ke arah perubahan, malah akan lebih menjauhkan.

Hari ini, mungkin Allah ilhamkan satu perkara. HADAF; TUJUAN MESTI LILLAH

Saya yakin dan percaya semua orang pun pernah dengar solusi ini. Tapi penulisan kali ini lebih kepada apa yang saya dapat belajar dalam hidup sehingga hari ini.

Pertama sekali, kita mesti kena jelas apa tujuan kita berubah. Ada orang berubah kerana ingin berjaya dalam peperiksaan. Ada orang berubah kerana ingin diberi perhatian. Ada orang berubah kerana inginkan pujian (semoga Allah menjauhkan). 

Saya lihat, jika tujuan atau hadafnya adalah bergantung pada keduniaan yang sementara, maka perubahan itupun akan hilang jika hilangnya tempat bergantung. Malah hidup kita bertambah menyerabutkan dengan datangnya masalah-masalah hati;akibat tiada keberkatan. perubahan yang kita angan-angankan bagai berada di awang-awangan.

Jadi, nak tak nak, kita sebagai muslim yang mukmin haruslah sentiasa menjaga setiap amal dan kerja kita mestilah lillahi ta'ala.

 إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ....
(Al-Mulk:13)
Hurm,ayat ini sangat mengetuk kepala dan hati.

Selamat mentadabbur =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan