Jujur. Aku punyai yang fitrah inginkan kebaikan. Kebaikan yang murni mengindahkan hati si pembuat, menenangkan kalbu umat, mendekatkan jiwa dengan Tuhan.
Jujur. Aku mahukan segala kebaikan ada dalam diriku. Namun, masakan aku mampu. Sekarangpun masih termangu-mangu, tiada hala tuju.
Aku terus meminta,minta, dan minta lagi.
Allah menjawab dengan peristiwa dan taqdirku.
Dia menghadirkan jiwa-jiwa yang akrab denganNya dalam hidupku. Walau tidak seperti taraf sahabat kekasih yang dicintai;Muhammad s.a.w, namun itu sudah membuatkan aku terduduk. Berfikir. Masih ada manusia sebegini. Jujur dengan Tuhan dan makhluk. Selesai tanggungjawab sebagai apapun dia;anak,abang/kakak/adik,pelajar, guru, pekerja, rakyat,pembesar dan sebagainya.
Aku masih dalam dilema. Kebaikan mencemuh aku kerana masih berlambat-lambat membuat pilihan, dalam masa yang sama, syaitan mengipas-ngipas aku dengan bayangan 'cakap-cakap' orang.
'Jangan hipokrit lah. Just be yourself sudah...'
'Kau ingat Allah nak terima kau?...'
'Tunggulah kau matang sikit, baru lah pilih nak jadi baik ke tak...
22. Sesungguhnya orang -orang yang berbakti benar-benar berada dalam (surga yang penuh) kenikmatan
23. Mereka (duduk) di atas dipan-dipan melepas pandangan
24. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan
25. Mereka diberi minum dari khamar murni (tidak memabukkan) yang (tempatnya) masih dilak (disegel)
26. Laknya dari kasturi. Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba.
Al-Mutaffifin
Aku bertanya;
"Kenapa perlu saya ikut tarbiyyah?"
Mereka menjawab;
"Kenapa kamu masih setia dengan kami?"
Aku menggaru-garu kepala. Tidak faham.
Lantas, aku bertanya lagi;
"Kenapa aku perlu usrah?"
Mereka menjawab;
"Kami sudah menganggap kamu sebagai bahagian dari usrah kami. Adakah kau tidak merasai hangat kasih sayang fillah itu?"
Ya, aku akui. Hangat kasih sayang fillah lah yang akan bawa aku kepada kembali pada fitrah;cintakan kebaikan yang diredai Tuhan dan akhirnya membawa ke syurga,insyaAllah. Tapi...Oh, tidak...aku masih tidak sedia untuk menjalani disiplin lain selain usrah iaitu Katibah,Daurah,Rehlah,Jaulah,Mukhayyam dan Nadwah.
"Maaf, aku belum bersedia"
"Kek tarbiyyah sudah ada. Kamu mahu makan sepotong sahaja?"
Mereka tersenyum manis. Aku berfikir lagi.
'Tapi, tarbiyyah ini terlalu keras. Menuntut aku mengorbankan nafsu malas. Mengarah aku meninggalkan perkara lagha. Mengajak aku....argh!!!!'
AL-BAQARAH:214
Allah Maha Mendengar, Allah Maha Melihat. Pintalah,Dia akan menganugerahkan padaMu dengan sedikit kesusahan supaya kau betul-betul menghargai nikmat tarbiyyah, iman dan amal.
Wassalam
semoga berada dalam jalan yang Allah redhai, ukhti :) Allah sayang kita.
BalasPadam