Khamis, 14 Februari 2013

Realiti kini


Sampai suatu masa, kau akan tertanya-tanya, benarkah apa yang sedang kau lalui.

Ya, realitinya kau sedang melalui denai ke syurga. Denai tarbiyyah. Binaannya iman, ukhuwah dan senjata;senjata itu subjektif. Boleh jadi machine gun boleh jadi bamboo pen.

Kau akan bertanya,apakah sudah cukup kukuh binaan iman? Atau mungkin juga persoalan sebigini yang timbul;
"apakah belum cukup kuat imanku sehingga aku masih lagi tak mampu menapak ke marhalah seterusnya di atas denai tarbiyyah ini  (membuang akhlak buruk dari dalam diri) ?"
Tiada jawapan dari permohonan sejak takbiratul ihram sehingga salam.
Kita sangka doa kita agar "tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus" (Al-Fatihah:6) terhijab kerana jeleknya masa lalu kita.Seolah-olah kita tidak yakin akan Maha Pengampun nya Dia.

Sedangkan;
A011
"Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Naml 27:11)


Rupanya,bila dikaji, ia salah sendiri. Diri kita sendiri yang tidak bersedia untuk menerima fitrah yang mahukan kebaikan. Maka segala hidayah yang Allah hadirkan di sekeliling kita langsung kita tidak sedar bahawa itu adalah sebuah hidayah.

mana tidaknya, bila disebut 'mentaati Allah' atau mungkin 'menjadi baik' itu terlintas dalam hati, akal baru mahu tunduk mendengar arahan. Tapi tiba-tiba nafsu malas dan prasangka buruk meneriak;

"Ah,skema lah kau!"

Kemudian, kerana ingin menghindari ke'skema'an  itu, kita kembali melata di bumi Allah dengan sombong dan bongkaknya menghirup nikmat udara.

Saya bukanlah menulis sekadar atas angin, tapi ini berdasarkan realiti kini.

Setiap perkara baik dianggap jijik, mendengar tidak mahu apatah lagi mahu melakukannya. Kerana ego, kita sukar untuk memperbaiki kesalahan yang kita akui dengan;

''Semua manusia tak sempurna. Logiklah aku buat salah. Kau pulak, tak pandai berhikmah sikit ke menegur tu?''

Kalimah 'semua manusia tak sempurna' diulang-ulang setiap kali kita lakukan kesalahan. Dalam masa yang sama, kita mahu orang mengikut rentak kita. Tegur kita dengan cara kita. Ya, menegur itu perlukan teknik. Tapi kalau lah disebabkan 'hikmah' yang diharapkan itu yang tidak semua orang miliki, kita jadi langsung tidak mahu beranjak ke arah yang lebih baik, maka terzahirlah kesombongan yang ada.

Seruan ini, aku tujukan buat diri sendiri dan mereka yang ingin mengambil ibrah;

A011
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

(Ar-Ra'du:11)

Semoga kita mengambil ibroh;

A019
Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Ar-Ra'd 13:19)

A020
Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; -
(Ar-Ra'd 13:20)

A021
Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); -
(Ar-Ra'd 13:21)

A022
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -
(Ar-Ra'd 13:22)


Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk menghadapi hari mendatang walau kita tidak tahu apa yang ingin Dia ajarkan kita hari esok =) Bersangka baiklah pada dia =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan