Isnin, 14 Mei 2012

Asal roh Islam

Roh yang terbang,
Mengharumkan jasad yang hancur,
Jasad yang hampir hilang,
Dikutip, Dicantum,
Dalam 7 helai kain putih,
Dimasukkan keliang lahad,
Ditanam,
Kemudian membongkar lagi tanah kuburan yang lain,
Jasad yag baru,
Dilahadkan jasad itu,
Kerja yang berkitaran,
Namun Mukjizat Allah,
Bom Hologram,
Ledakan kelahiran manusia,
Misi yang tercapai,
Setelah hilangnya jasad si syahid,
lahir pula si syahid yang baru.

Palestin,
Nama yang menaikkan semangat,
Hamas,
Nama yang menaikkan roh jihad,
namun,
Perjuangan bukan didasarkan kerana kepartian,
Bukan kerana menjemput nama yang dijulang,
Tapi asal roh Islam,
Kemanusiaan,
Menyahut panggilan saudara jauh,
walau tiada bau bacang,
namun dia di bawah pertanggungjawabanku,
Dia tanggungjawabku,
Dia, 
Dia,
Dia,
Dia yang takkan ditinggalkan roh, hati dan jasadku,
selamanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan