Benarkah?
Ya, memang benar baa. Semakin kita membesar, semakin kita
pandai menilai.
Kalau dahulu, mungkin kita tidak tahu, sama ada mahu membeli
coklat atau gula-gula. Bila beli coklat,alasannya; “sebab sedap”. Kalau
memibeli gula-gula,alasannya: “sebab sedap” .
Tapi, saya rasai perbezaannya. Bila saya sudah meningkat
dewasa. Bila saya berniat untuk membeli coklat, alasannya: “untuk beri hadiah
to somebody”. Atau mungkin boleh jadi “muntuk dimakan ketika bosan”. Bila
berniat mahu beli gula-gula, alasannya “ saya dah tak mahu ‘mengangguk’ saja di
alam kelas”.
Itu hanyalah soal kecil ,bukan. Ada banyak lagi
perkara-perakara yang lebih besar yang bakal kita tempuhi. Perkara-perkara
inilah yang menuntun kita samaada sudah pandai menilai atau belum. Memang tidak
dinafikan, kesilapan dalam menilai pernah terjadi dalam hidup kita, termasuk
diri ini. Kerana itulah, bagi saya perlunya kepada pendamping setia.
Pada saya pendamping setia adalah pendamping yang sentiasa
mengikut sama ada secara zahir ataupun tidak. Pendamping setia tidak memberi kerana
diminta, tapi sentiasa ingin memberi sehingga kita bereasa bosan kadang-kadang.
Tapi akhirnya berguna juga pemberian si pendamping pada suatu masa kita diuji.
Baharu kita hargai si pendamping yang tidak pernah jemu memberi secara zahir
mahupun emosi.
Sudah tentulah pendamping di tangga pertama perlu kita
khususkan buat Dia; Allah. Dia memberi bukan ketika diminta sahaja. Kita pula
jarang menghargai kerana ego; merasakan apa yang dipanjatkan dalam doa adalah
yang terbaik. Jarang sekali kita meminta Allah memberikan kita yang terbaik.
Ialah kan, cuba kita ingat balik doa
kita; “Ya Allah, berikan aku kejayaan dalam UPSR@ PMR@ SPM” jarang kita doa, “Ya
Allah, andai kejayaan itu adalah yang terbaik, maka perkenankanlah. Jika
kegagalan itu yang terbaik, maka tabahakan lah”.
Pendamping di tangga kedua yang sering kita lupakan adalah
seorang pendamping yang setia mendampingi kita sehingga saat nafasnya terakhir
pun dia masih mahu mendampingi kita. Ya, dialah Muhammad s.a.w. Nabi dan Rasul
yang mencintai ummatnya sehingga tidak lupa menyebutnya di akhir nafasnya.
Tapi, secara jelasnya, tidak ramai yang mampu bersaksi dia sebagai utusan Allah
di saat matinya. Naudzubillah :’(
Pendamping ketiga yang kita jarang hargai adalah si
pendamping yang jarang menunjukkan sayangnya pada lafaz. Tapi sering terpamer
pada tingkah. Haiwan pun sudah dapat meneka sayang itu adalah sayang yang suci.
Sayang seorang ayah, sayang seorang ibu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa si
pendamping.
Seterusnya pendamping yang buat saya termimpikan. Sering,
segala yang telah dilalui. Membuatkan kita bersemangat menjauhi dosa yang zahir
mahupun tersembunyi. Sahabat, pendamping yang sentiasa berada dimana sahaja
saya berada. Tidak dimata, atau dalam mimpi , ada dihati, ada pada doa rabitah.
Semoga kamu baik-baik sahaja. Jaga diri,iman, hati. Sayang kamu :’( fillah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan