Antara cara untuk mendapatkan hidayah pula adalah dengan menuntut ilmu. Antara kaedah mendapatkan ilmu pula dengan membaca. Kerana itu, besarnya makna disebalik wahyu pertama yang Allah turunkan buat Muhammad s.a.w;
"1. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan."
(Al-'Alaq:1)
Imam Ghazali juga ada menulis dalam buku yang sama bahawa penuntut ilmu itu ada tiga golongan;
1) Orang yang menuntut ilmu semata-mata kerana akhirat. Maka dia orang yang beruntung
2) Orang yang menuntut ilmu kerana mengharapkan pangkat dan pujian manusia dan dia sedar niat sebegitu adalah salah disisi Allah. Jika dia bertaubat sebelum dia mati, insyaAllah, dia berbahagia. Tapi jika dia tidak bertaubat sebelum ajalnya, maka terserah kepada Allah samada ingin mengampunkannya atau tidak.
3) Orang yang menuntut ilmu kerana dunia dan dia masih merasakan dirinya mulia di hadapan Allah sedangkan dia hanya mahu manusia tunduk padanya. Dia berasa mulia dengan jubahnya dalam masa yang sama dia mengharapkan manusia menurut telunjuknya kerana dia berasa tinggi dengan ilmu yang dia miliki. Maka nantikanlah siksaan Allah.
Dan jika teruskan pembacaan, Imam Ghazali meletakkan pengamalan sunnah-sunnah kecil bermula daripada adab bangun tidur sehinggalah tidur kembali merupakan pemula kepada pengakhiran hidayah, yang mana bila kita mencapai pengakhiran hidaya ini, maka berjayalah kita mendapatkan hidayah berdasarkan bacaan kita tadi.
Saya rasa terasa. Saya stop baca, saya fikir, ada saya capai pengakhiran hidayah selama saya membaca selama 12 tahun? Dan ada apa yang saya cakap perkara baik-baik yang saya capai pengakhiran hidayah itu? Gedebush!!!
p/s: Konklusi: Jika niat kita jujur pada Allah, Allah akan kuatkan kita, Allah akan bantu kita. Jadi, jangan berdukacita :) dak gitu? :) jadi, nak capai pengakhiran kenelah usaha kuat sikit lebih dari waktu kita nak capai permulaan hidayah, dak gitu kawan? :) I talk to my self
maaf...haziq..tu adik ana..dia nak masuk jadi folower anti..nampaknya dia suka blog anti..terbaikla blog anti sekarang..semoga ia dapat dishare kan ramai lagi.insyaallah
BalasPadamsilakan...yang baik ambil,yang buruk betulkan...terima kasih sudi ziarah
Padam:)
BalasPadamdi situ ada jalan,
terus berdoa!!
hehe,macam faham2 je :))
Padamdoakan ana jugak
Gud luck for your exam!