Biarkan aku. Menulis sendiri dengan bebasnya. Tanpa ada sekatan pembaca. Biarkan aku menulis. Semoga tidak melanggar syarakNya.
Kadang-kadang kita berasa kita hebat, namun, Allah selang selikan rasa hebat itu dengan kelemahan yang kita nampak Tidak kiralah yang kita lihat sendiri atau atas teguran orang lain. Sebagai apa? Sebagai alarm yang mengingatkan kita bahawa kita taklah sehebat mana dan kehebatan itu hanyalah dipinjamkan oleh Yang Maha Hebat.
Kadang-kadang kita rasa apa yang kita pinta dan pohon melalui doa adalah yan terbaik untuk kita, maka kita tidak reda jika tidak memiliki apa yang dihajati. Kerana Allah masih sayangkan kita, maka ada juga dalam hidup saat doa dan harapan kita lebur, kerana Dia ingin ingatkan hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Kadang-kadang kita ragui pemakbulan taubat, kemudian Dia sakitkan kita dengan tersepak batu, maka dengan itu, terhapuslah dosa. Nak katanya di situ, Dia Maha Penerima Taubat.
Kadang-kadang kita mencari beribu alasan untuk melindungi kecuaian sendiri sehingga ada masa kita salahkan orang lain. Namun, Allah masih buka hati kita untuk berfikir; " sampai bila aku nak salahkan orang lain?". Maka jangan ragui Allah itu Maha Pemberi Hidayah.
Terus denagn kadang-kadang yang sering terjadi dalam kehidupan kita. Kita asyik terfikir bagaimana ingin mengikhlaskan diri. Kita senaraikan beribu macam amalan yang baik-baik dari bangun tidur sehingga tidur kembali,. Namun, nafsu lah yang sering menggagalkan kita untuk melakukan perka-perkara tersebut. Nafsu menarik selimut, melekat pada tv, melayari internet dan bermacam lagi termasuklah makan, sedangkan kita juga sedar yang matlamat hidup bukan itu. Kita juga sering ingin memiliki apa yang dimiliki orang lain sehingga mampu merendahkan orang lain serendahnya. Disitulah ria dan takabbur mengambil tempat di hati manusia.
Hakikat yang ditemui, sebenarnya kita masih belum menghargai diri sendiri sehingga kita tidak mampu bersyukur dan menghargai orang lain. Renungan buat orang-orang yang berfikir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan