Selasa, 26 Jun 2012

Bercakap sendiri

ada yang nak mendengar? (al-Mulk)

Ahad, 24 Jun 2012

Dalam sebuah bulatan



Hidup bukan yang mampu dijawab dengan jawapan A,B,C atau D. Mahupun aa, ba, ja, dal. Kita punya pelbagai ujian dalam hidup. [balik-balik ulang kalimah sama...hidup penuh dengan ujian]

Kamu bangga jadi Muslim?
Perlu solat lima waktu, tutup aurat, jaga pergaulan dan segala macam bagai...tak penat ke?

Saya menjawab; BANGGA! sangat2 IZZAH kerana saya seorang MUSLIM.
Islam itu sendiri ertinya menyerah diri kepada Allah; Tuhan sekalian Alam. Kamu jawab, selain Allah;Tuhan sekalian Alam, kepada siapa lagi kita mahu tunduk menyerah diri?

Kenapa saya menganut Islam. Aqidahnya jelas. Tuhan hanya satu, tiada sekutu, tiada keliru.

Dari siapa saya tahu? NabiNya, RasulNya, yang mustahil akan menipu.

Melalui apa ? Kalam cintaNya, Muhammad s.a.w terima dari Allah, Jibril sampaikan dan baginda(Muhammad s.a.w) sebarkan pada ummatnya.

Saya percaya setiap perkara adalah dibawah pengetahuan Allah, kerana Allah yang cipta, pasti Dia tahu.

Saya yakin setiap yang berawal pasti ada akhir, maka saya yakin Hari Qiyamat itu ada.

Dan saya yakin, qada qadar di tanganNya. Saya yakin hidayah padaNya, taufiq juga.

Islam membuatkan saya ke syurga. Tarbiyyah membuatkan saya bertaqwa. Kerana tarbiyyah membuatkan kita mampu berubah ke arah yang lebih baik. Jadi tidak dipanggil ditarbiyyah kalau semakin teruk. Kerana itu, yang disalahkan bukanlah sekolah atau ibu ayah, tapi diri sendiri. Kerana perubahan ke arah kebaikan terletak di bahu kita.

Kalau mahu kata sedikit demi sedikit, boleh terima. Tapi sedikit jangan membuatkan kita tidak bergerak. Jangan kerana sedikit demi sedikit, kita ke belakang sedikit demi sedikit. Kita tak mampu minta tangguh walau sesaat untuk sakaratul maut. Maka, takkan kita mau tangguh perubahan yang diwajibkan ke atas kita barang sesaat?

Dan jangan mengharapkan sesuatu kebaikan yang susah, tapi lakukanlah yang mudah dan wajib terlebih dahulu.

Ya Allah, sampaikan maksudnyapadaku; taaruf, tafahum, takaful. T_T

p/s: bingung dan keliru...transformer?

Jumaat, 22 Jun 2012

Aku skema

Skema. Skema. Skema

Bukan saya tak mahu aminkan, tapi berpada-padalah. Saya orang biasa-biasa saja. Iya, saya skema. kalau nak anggap saya skema, anggap sajalah. Terserah.Tapi saya mahu akui yang saya orang yang biasa-biasa saja. MRSM mana pun, saya memang bangga. bangga saya bangga terima kasih. Terima kasih pada MARA, pada guru-guru. Jangan salah tafsirkan.

p/s: bila kita sayang orang sebab harap orang tu sayang kita balik, memang susah. Tapi kalau kita jadi diri sendiri, sayang orang kerana Allah, mesti indah, kan?

Khamis, 21 Jun 2012

Al-Kahfi

sepotong surah,
amalkanlah

Selasa, 19 Jun 2012

Otoke?!

Bla...bla...bla...
Semakin hari, semakin banyak cakap. Orang kata, orang yang bijak, bercakap yang perlu saja.
Imam syafie kata, orang bijak adalah yang mengingati mati. So, that's mean, orang yang bijak, orang yang bercakap bila perlu dan diamnya mengingati Allah. Saya? Tak bijak, genius saja...haha, amin!!!

Saya rindukan seorang budak. Dia, erm, ya dialah kan! Tak banyak cakap. Nampak macam dia tak dengar, tapi sekali dia bercakap; macam kita meludah ke langit. Faham ka? Ndaklah, begini. Dia buat muka time kita bagi nasihat macam dia malas nak dengar, tapi kalau sekali kita berhadapan situasi yang sama dengan dia, dia ulang penuh ayat yang kita cakap tau! Hah, terkena juga lah waktu itu.

Pengajaran dekat situ, jangan pandai cakap saja! untuk sayalah...

Everytime, I close my eyes I see u in front of me,
I still hear your voice calling out my name,
N I remember every stories u told me,

I went so soon, heh...jiwanges~ i know it not effluences u right? Never mindlah

But I so gratefull every moment I spent with u,
Cause I know life will not forever =)
Take care of u ^_^ i will pray hope every single day you may be shade by His mercy. Luv u

Isnin, 18 Jun 2012

Kalau sudah macam itu

Ada yang cakap, takkan ditinggal. Maka boleh lengah-lengah.
Mereka pula berkata, takkan tak sayang. Maka selalu pula membenci
Entah, mana yang benar.
Cuma aku rasa,
Dia takkan tinggal, maka dekatilah.
Kerana tak tentu juga sempatkah masa kita menghadap Dia.
Tak tentu waktu, kita pergi bila.
Jangan pulalah kita berlengah.

dan,
Dia memang sayang,
Tapi takkan mahu sayang Dia sebentar saja kan?
Orang sering merebut cinta si pencinta,
Itu baru bermula putik-putik cinta,
Tapi kenapa tidak mencinta,
Dia yang sudah sayang sama kita.

Kalau sudah macam itu,
Kembalilah,
Bersyukurlah,
Malulah,
Semoga...
"alaisa dzalika biqadirin 'ala an yuhyiyal mauta"

Isnin, 11 Jun 2012

Ejekan buatmu

Jujur saya katakan, saya tidak sempurna. Suka belajar daripada sesuatu walau pada awalnya sukar untuk menerima. Tetapi akhirnya pengajaran itu memakan hati kita setelah beberapa ketika.

Usia dan pengalaman adalah antara guru yang terbaik untuk hidup. Namun, orang kata guru teror tahap gaban sekali pun, kalau murid tak mahu dengar dan aplikasi apa yang dia ajar, tak jadi jugak. COntohnya kalau kita hidup 100 tahun sekali pun, kalau kita masih dengan tabiat buruk kita sedangkan manusia sekeliling sudah menegur, sama seperti hidup sehari saja baa. Ndak ada yang berubah. Cuma mungkin tumbuh kumis sehelai dua yang beruban. Mungkin juga terdapat tanda-tanda penuaan.

Perbaiki hidup dengan diri sendiri

"sungguh Kami telah datang membawa kebenaran kepada kamu, tetapi kebanyakan kamu benci pada kebenaran itu" - Az-Zukhruf: 78

Ada rasa apa-apa tak? Entah, tapi macam ada rasa terkena atas batang hidung sendiri. Ialah, kebenaran yang Allah ceritakan balik kepada kita kan. Kita baca, memang mengejek diri kita sendiri. Ia, jadi carilah pengajarannya.

Truely, kita mudah lupa segala kesalahan kita kan. Dalam masa yang sama kita juga lupa untuk bersyukur. Kadang-kadang Allah tunjuk kesalahan-kesalahan kita melalui percakapan orang. Dan kita mendengar percakapan itu dengan hati yang sadis sebab melakukan kesalahan yang sama seperti yang diceritakan itu. Malu tak terhingga. Tapi tak gunalah kalau sedih je tanpa ada rasa nak ubah kan.

Kadang-kadang juga kita melalaikan yang wajib. Yang sunat pula kita anggap remeh. Kita hinakan manusia yang cuba berubah. Kita salahkan itu dan ini, sehingga kita tidak sedar bahawa 4 jari lagi tunjuk ke arah kita. Bermakna kita 4 kali ganda teruknya. Tak malu betul kan?

Kerana itu, disitulah harus bermula pembaikan diri. Bukan ketika kesemua rasa dan perkara diatas berlaku, tapi sebelum. Sebelum ada tanda-tanda hati rosak tu rosakkan kita, trace awal-awal lagi. Kalau tak, makin teruklah barah hati tu merebak.

"perbaiki dirimu dan serukan yang lain"- kata-kata pimpinan Ikhwan

bila kita hidup dengan ramai orang, baru kita rasa besarnya tanggungjawab dakwah. Sebab besar itu adalah untuk menyeru diri sendiri kearah kebaikan. Kerana, kalau kita dah serukan yang lain, tapi tak mahu terima, itu urusan Allah. Sebab hidayah hanya pada Allah, hanya Allah yang berhak. Tapi kalau kita sendiri tak terseru diri sendiri dengan seruan terhadap orang lain, tak ke malu?




Nota untuk diri sendiri jah. Pembaikian diri masih.

Sabtu, 9 Jun 2012

merisaukan dia

hadiah terbaik untuk sahabat adalah doa T_T
belum pernah,
semoga diperkenankan


Jumaat, 8 Jun 2012

Untuk kamu


DEDIKASI DARI SABAH
Aku melangkah keluar dari Aiport K.Kinabalu. menarik nafas yang panjang, nafas kemampuan, kekuatan dan keazaman. Bahawa kali ini tiada lagi tangis yang hiba. Tiada lagi lamunan maya. Tiada lagi main-main. Targetku segulung ijazah perubatan dan selembar risalah.

Sehinggalah aku melihat sendiri bagaimana suasana university. Aku terpana. Aku tidaklah terkejut mana. Cuma sering bertanya, mampukah seorang aku teguh di tanah orang. Bak kata kawan karibku; “buat macam dulu tu je. Hidup macam biasa”. Bak kata guruku; “sepertinya aku memang ditakdirkan disana. Mencetuskan, melahirkan bukan mengikut aliran sedia ada”

Semua itu aku simpan dalam hati, sampai sekarang. Sehingga setiap malam, datang pula motivasi mimpi. Mereka, ya…mereka semua hadir pada malam hari mengimbaukan kepadaku segala memori. Menjadikan aku terus kuat.

Pernah suatu hari, aku bermimpi setiap peristiwa hidupku, di sekolah. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah dan sekarang. Mereka yang pernah hadir dalam hidupku semua memberi aku semangat, tanpa sedar. Sekolah Irsyad,Tahap,MRSM dan AIM. Babak MRSM paling melucukan. Belajar Chemistry dalam surau. Kelakar kan? Haha :-) AIM pula? Terlalu banyak, sehingga aku tidak tahu mana satu mahu dicerita. Tapi yang paling best, mimpikan tasmi’ adik-adik tahfiz 3 qul. Kalaulah ia terjadi depan mata, pasti aku peluk mereka semua. Aku terlalu merindukan sekolah2 tarbiyyah itu. Sekolah2 itu mentarbiyyahku dan mengajar aku mentarbiyyah.
Terima kasih semua :-)

TO IRSYADIANZ 2001-2009

TO SMKBRIANZ 2010

TO TAHAPIANZ 2010

TO QBERIANZ 2010-2011

TO MATIN’s MERMBERS:
Sarah,Baiti,Izah,Rayyan,Najihah,Siti,Najwa…jaga diri ya? Ukhuwah selamanya :-)  till jannah,insyaAllah.

TO AIM’s MEMBERS:
k..diyana,k.qilah,k.lini,k.liha,tim,dijah,hajar- MQ :-)Boleh!!! Haha
k.syifa,k.jannah,k.mira,jannati,syera,atiq- cerita seram pukul 2 saya ingat sampai skrg :-)
nazira,k.mila,amalina,k.akma,syaza- hehe, tak trauma dah kan? :-)
turut kutujukan buat andak firuz, k.robek, n anis- :-) korang memang terbaiklah!
Dan sahabat-sahabat AIM yang baru :-) semoga kita bertemu lagi suatu hari nanti.

Maaf atas segalanya. Sayang kamu

Ahad, 3 Jun 2012

BFF, kau ada?

Isilah Best Friend...semua dari mereka. tapi ada yang tersayang. dan aku rindukan yang tersayang. Kamu, aku terlalu rindukan kamu. Mungkin kamu sibuk. Aku fahami :'-)