Ada yang cakap, takkan ditinggal. Maka boleh lengah-lengah.
Mereka pula berkata, takkan tak sayang. Maka selalu pula membenci
Entah, mana yang benar.
Cuma aku rasa,
Dia takkan tinggal, maka dekatilah.
Kerana tak tentu juga sempatkah masa kita menghadap Dia.
Tak tentu waktu, kita pergi bila.
Jangan pulalah kita berlengah.
dan,
Dia memang sayang,
Tapi takkan mahu sayang Dia sebentar saja kan?
Orang sering merebut cinta si pencinta,
Itu baru bermula putik-putik cinta,
Tapi kenapa tidak mencinta,
Dia yang sudah sayang sama kita.
Kalau sudah macam itu,
Kembalilah,
Bersyukurlah,
Malulah,
Semoga...
"alaisa dzalika biqadirin 'ala an yuhyiyal mauta"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan