Usia dan pengalaman adalah antara guru yang terbaik untuk hidup. Namun, orang kata guru teror tahap gaban sekali pun, kalau murid tak mahu dengar dan aplikasi apa yang dia ajar, tak jadi jugak. COntohnya kalau kita hidup 100 tahun sekali pun, kalau kita masih dengan tabiat buruk kita sedangkan manusia sekeliling sudah menegur, sama seperti hidup sehari saja baa. Ndak ada yang berubah. Cuma mungkin tumbuh kumis sehelai dua yang beruban. Mungkin juga terdapat tanda-tanda penuaan.
Perbaiki hidup dengan diri sendiri
"sungguh Kami telah datang membawa kebenaran kepada kamu, tetapi kebanyakan kamu benci pada kebenaran itu" - Az-Zukhruf: 78
Ada rasa apa-apa tak? Entah, tapi macam ada rasa terkena atas batang hidung sendiri. Ialah, kebenaran yang Allah ceritakan balik kepada kita kan. Kita baca, memang mengejek diri kita sendiri. Ia, jadi carilah pengajarannya.
Truely, kita mudah lupa segala kesalahan kita kan. Dalam masa yang sama kita juga lupa untuk bersyukur. Kadang-kadang Allah tunjuk kesalahan-kesalahan kita melalui percakapan orang. Dan kita mendengar percakapan itu dengan hati yang sadis sebab melakukan kesalahan yang sama seperti yang diceritakan itu. Malu tak terhingga. Tapi tak gunalah kalau sedih je tanpa ada rasa nak ubah kan.
Kadang-kadang juga kita melalaikan yang wajib. Yang sunat pula kita anggap remeh. Kita hinakan manusia yang cuba berubah. Kita salahkan itu dan ini, sehingga kita tidak sedar bahawa 4 jari lagi tunjuk ke arah kita. Bermakna kita 4 kali ganda teruknya. Tak malu betul kan?
Kerana itu, disitulah harus bermula pembaikan diri. Bukan ketika kesemua rasa dan perkara diatas berlaku, tapi sebelum. Sebelum ada tanda-tanda hati rosak tu rosakkan kita, trace awal-awal lagi. Kalau tak, makin teruklah barah hati tu merebak.
"perbaiki dirimu dan serukan yang lain"- kata-kata pimpinan Ikhwan
bila kita hidup dengan ramai orang, baru kita rasa besarnya tanggungjawab dakwah. Sebab besar itu adalah untuk menyeru diri sendiri kearah kebaikan. Kerana, kalau kita dah serukan yang lain, tapi tak mahu terima, itu urusan Allah. Sebab hidayah hanya pada Allah, hanya Allah yang berhak. Tapi kalau kita sendiri tak terseru diri sendiri dengan seruan terhadap orang lain, tak ke malu?
Nota untuk diri sendiri jah. Pembaikian diri masih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan