Ahad, 24 Jun 2012
Dalam sebuah bulatan
Hidup bukan yang mampu dijawab dengan jawapan A,B,C atau D. Mahupun aa, ba, ja, dal. Kita punya pelbagai ujian dalam hidup. [balik-balik ulang kalimah sama...hidup penuh dengan ujian]
Kamu bangga jadi Muslim?
Perlu solat lima waktu, tutup aurat, jaga pergaulan dan segala macam bagai...tak penat ke?
Saya menjawab; BANGGA! sangat2 IZZAH kerana saya seorang MUSLIM.
Islam itu sendiri ertinya menyerah diri kepada Allah; Tuhan sekalian Alam. Kamu jawab, selain Allah;Tuhan sekalian Alam, kepada siapa lagi kita mahu tunduk menyerah diri?
Kenapa saya menganut Islam. Aqidahnya jelas. Tuhan hanya satu, tiada sekutu, tiada keliru.
Dari siapa saya tahu? NabiNya, RasulNya, yang mustahil akan menipu.
Melalui apa ? Kalam cintaNya, Muhammad s.a.w terima dari Allah, Jibril sampaikan dan baginda(Muhammad s.a.w) sebarkan pada ummatnya.
Saya percaya setiap perkara adalah dibawah pengetahuan Allah, kerana Allah yang cipta, pasti Dia tahu.
Saya yakin setiap yang berawal pasti ada akhir, maka saya yakin Hari Qiyamat itu ada.
Dan saya yakin, qada qadar di tanganNya. Saya yakin hidayah padaNya, taufiq juga.
Islam membuatkan saya ke syurga. Tarbiyyah membuatkan saya bertaqwa. Kerana tarbiyyah membuatkan kita mampu berubah ke arah yang lebih baik. Jadi tidak dipanggil ditarbiyyah kalau semakin teruk. Kerana itu, yang disalahkan bukanlah sekolah atau ibu ayah, tapi diri sendiri. Kerana perubahan ke arah kebaikan terletak di bahu kita.
Kalau mahu kata sedikit demi sedikit, boleh terima. Tapi sedikit jangan membuatkan kita tidak bergerak. Jangan kerana sedikit demi sedikit, kita ke belakang sedikit demi sedikit. Kita tak mampu minta tangguh walau sesaat untuk sakaratul maut. Maka, takkan kita mau tangguh perubahan yang diwajibkan ke atas kita barang sesaat?
Dan jangan mengharapkan sesuatu kebaikan yang susah, tapi lakukanlah yang mudah dan wajib terlebih dahulu.
Ya Allah, sampaikan maksudnyapadaku; taaruf, tafahum, takaful. T_T
p/s: bingung dan keliru...transformer?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan