Jumaat, 8 Jun 2012

Untuk kamu


DEDIKASI DARI SABAH
Aku melangkah keluar dari Aiport K.Kinabalu. menarik nafas yang panjang, nafas kemampuan, kekuatan dan keazaman. Bahawa kali ini tiada lagi tangis yang hiba. Tiada lagi lamunan maya. Tiada lagi main-main. Targetku segulung ijazah perubatan dan selembar risalah.

Sehinggalah aku melihat sendiri bagaimana suasana university. Aku terpana. Aku tidaklah terkejut mana. Cuma sering bertanya, mampukah seorang aku teguh di tanah orang. Bak kata kawan karibku; “buat macam dulu tu je. Hidup macam biasa”. Bak kata guruku; “sepertinya aku memang ditakdirkan disana. Mencetuskan, melahirkan bukan mengikut aliran sedia ada”

Semua itu aku simpan dalam hati, sampai sekarang. Sehingga setiap malam, datang pula motivasi mimpi. Mereka, ya…mereka semua hadir pada malam hari mengimbaukan kepadaku segala memori. Menjadikan aku terus kuat.

Pernah suatu hari, aku bermimpi setiap peristiwa hidupku, di sekolah. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah dan sekarang. Mereka yang pernah hadir dalam hidupku semua memberi aku semangat, tanpa sedar. Sekolah Irsyad,Tahap,MRSM dan AIM. Babak MRSM paling melucukan. Belajar Chemistry dalam surau. Kelakar kan? Haha :-) AIM pula? Terlalu banyak, sehingga aku tidak tahu mana satu mahu dicerita. Tapi yang paling best, mimpikan tasmi’ adik-adik tahfiz 3 qul. Kalaulah ia terjadi depan mata, pasti aku peluk mereka semua. Aku terlalu merindukan sekolah2 tarbiyyah itu. Sekolah2 itu mentarbiyyahku dan mengajar aku mentarbiyyah.
Terima kasih semua :-)

TO IRSYADIANZ 2001-2009

TO SMKBRIANZ 2010

TO TAHAPIANZ 2010

TO QBERIANZ 2010-2011

TO MATIN’s MERMBERS:
Sarah,Baiti,Izah,Rayyan,Najihah,Siti,Najwa…jaga diri ya? Ukhuwah selamanya :-)  till jannah,insyaAllah.

TO AIM’s MEMBERS:
k..diyana,k.qilah,k.lini,k.liha,tim,dijah,hajar- MQ :-)Boleh!!! Haha
k.syifa,k.jannah,k.mira,jannati,syera,atiq- cerita seram pukul 2 saya ingat sampai skrg :-)
nazira,k.mila,amalina,k.akma,syaza- hehe, tak trauma dah kan? :-)
turut kutujukan buat andak firuz, k.robek, n anis- :-) korang memang terbaiklah!
Dan sahabat-sahabat AIM yang baru :-) semoga kita bertemu lagi suatu hari nanti.

Maaf atas segalanya. Sayang kamu

1 ulasan: