Selasa, 31 Julai 2012

Janjiku

CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN SIAPA DAN PERKARA MASA KINI. HANYA MENCARI KESESUAIAN. TIADA BERKAIT DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG MENINGGAL DUNIA.

Janjiku,
Akan terkota,
Masanya bakal tiba.

Khalid tercungap-cungap. Mukanya merah padam akibat keletihan berlari sebanyak 5 kali pusingan padang. Dia meletakkan tangannya pada kedua lututnya.

'Prittttt!', wisel berbunyi lagi.

"Aduh, apa pulak nih....", terdengar suara keluhan dari setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara siri ke 15 yang terletak di Delima Campsite.

"Dalam masa 5 minit saya mahu kamu semua berwuduk dan datang kesini sebelum wisel ini ditiup. Siapa ingkar, kau tengok sajalah...", Ketua Komandan, Komander Uzair Yap mengujar.

"Tunggu apa lagi...!", selepas suara petir dikeluarkan, baru para peserta bergegas-gegas ke bilik air. Kebetulan tahun itu hanya 10 orang yang bukan muslim, yang lain kebanyakannya muslim. Komander Uzair memandang matahari kemudian matanya beralih ke jam tangannya. Waktu Zohor akan masuk dalam 10 minit lagi.

'Priiitttttttt!',wisel ditiup menandakan masa berwudhu' sudah tamat. Semua pelatih sudah siap sedia berbaris dalam kumpulan dihadapan Komander Uzair. Tiba-tiba ada dua orang pelatih lelaki dan dua orang pelatih wanita terkedek-kedek mahu masuk barisan.

"Hoi, dua perempuan kat sana tuh! Dua lelaki tuh, siapa bagi keizinan kamu masuk barisan!", Komander Uzair menengking,marah.

"Kami lewat setengah minit je, Tuan..."
"Ah, pandai kau menjawab. Mari sini!"

Keempat orang yang lewat tadi jalan menunduk beridir hadapan menghadap pelatih-pelatih yang lain.

"Aku paling tak suka orang yang kurang ajar. Masuk barisan, tak minta izin. Tak hormat siapa aku. Aku tahu aku manusia, tapi aku ketua! Inilah orang yang bakal merosakkan negara. Orang yang tak hormat ketua. Orang yang kalau salah tak mahu mengaku! Inilah orang-orangnya. Jadi sebagai denda, semua lelaki pamping 40 perempuan ketuk ketampi 40!", Komander Uzair berteriak manakala para pelatih pula mengeluh.

"Disebabkan korang mengeluh, double hukuman menjadi 80 kali! NO EXCUSE!"

********
"Gila betul komandan ni. Tak ada hati perut langsung! Binatang ke apa. Iyalah, yang salah 4 orang, kita pula yang kena hukumannya! Hai,melampau!",  Khalid bengang. Dia sedang bersiap-siap mahu tidur. Kawan-kawan yang lain mengangguk dan mengiyakan dengan semangatnya tanpa menyedari perbualan majlis 'makan daging' itu didengari oleh seseorang.

Jam sudah menjangkau 11.00 pm. Semua pelatih telah tidur. 4 jam kemudian...
'Priittttt!'

"5, 4, 3, 2, 1.....!". Lima saat yang diberikan tidak cukup untuk para pelatih yang baru seminggu tidur pada pukul 11 malam untuk berkawad pada 3 pagi. Masing-masing masih lagi terhuyung hayang. Komander Uzair sudah tercacak dengan sweater hitamnya berada dalam keadaan senang diri di tengah padang kawad. Hanya terdapat seorang wanita dan 3 orang lelaki yang siap menerima arahan Komander Uzair. Komander Uzair memandang 3 pelatih lelaki itu kemudian beralih ke arah  pelatih wanita itu sekilas pandang. Dia hanya tersenyum.

Beberapa minit kemudian, baru penuh padang kawad itu dengan pelatih PLKN. Komander Uzair sedang memikirkan nada yang bagaimana yang patut dia gunakan sebagai peringatan tegas.

"Kamu perlu ingat, kamu bukan di rumah. Kamu semua bukan di sekolah atau universiti. Lambat 5 minit cikgu masih konsider. Kamu semua berada dalam Program Latihan Khidmat Negara siri ke 15 di Delima Campsite yang berkomanderkan saya, Uzair Yap Abdullah! Saya Uzair Yap Abdullah merupakan seorang yang amat tegas dengan masa dan arahan. Setiap kesalahan akan dihukum walaupun lambat sebab baju kotor!...",

Terdengar suara beberapa orang pelatih lelaki yang ketawa. Contoh baju kotor itu terjadi ketika mereka habis berkawad. Terdapat beberapa orang pelatih wanita yang lambat untuk berkumpul kembali kerana menyalin pakaian. Akhirnya semua yang menyalin pakaian didenda.

"Woi, siapa suruh kau gelak ha?!", deraian ketawa tadi terhenti.

'Tap...tap...tap...'bunyi langkahan Komander Uzair itu mengecutkan usus kecil setiap pelatih. Pandangannya yang tajam membuatkan semua orang tidak berani bergerak. Masih dalam keadaan rehatkan diri, tetapi seperti patung. Langsung tidak bergerak.

"Tadi, saya nampak hanya ada 4 orang yang berbaris dihadapan saya. Seorang wanita dan tiga lelaki. Tahniah, sila ke hadapan keempat-empat orang tadi."

Masing-masing bertanya sesama mereka siapakah keempat-empat orang tersebut. Sekarang keempat-empatnya sudahpun berada dihadapan. Komander Uzair melangkah mengelilingi mereka berempat.

"Jadi, empat orang ini telah datang tepat pada masanya. Telah berdiri tegak dengan pakaian yang lengkap dan kemas. Tapi mereka tidak tunggu kawan-kawan yang lain berbaris, tidak kejut mereka sama? Patutkah ada orang macam ini dalam negara kita? Inikah yang kita kata bersatu? Patutkah?", Komander Uzair berteriak ke arah para pelatih. Dia memandang seorang demi seorang daripada pelatih yang berbaris awal tadi kemudian dia melundah ke kanan dengan mimik muka menyampah.

"Guys, saya tanya sekali lagi, patutkah kita terima rakyat yang sebegini pentingkan diri?"
"Tak patut!"
"Patut ke kita denda mereka?!"
"Patut"

Selang beberapa saat, keempat-empat orang tadi membuka mulut serentak;
"Minta maaf, Komander! Kami sedia terima hukuman!"

Ketika kalimah itu dituturkan mereka berempat, ada yang tersenyum ada yang tiada respon kerana masing-masing masih mamai.

"Jadi, disebabkan kalian sudah sedia untuk menerima hukuman, saya dengan suka hatinya memberi. Disebabkan kalian berempat menyumbang kepada kelewatan kawan-kawan yang lain, maka kalian saya denda pamping sebanyak 100 kali termsuk yang perempuan!" kalimah 'perempuan' itu ditekan. Tidak sempat Komander Uzair memandang mereka sudah pun turun ke lantai dan memulakan bangun tubi.

"Hoi, bertindak mengikut arahan. Buat semula! Ok, yang lain kira!"

"1, 2, 3,4....", mereka membilang nombor bersama-sama. Serentak dengan itu keempat-empat yang didenda memulakan bangun tubi. Namun sampai sahaja bilangan 54, hitungan nombor menjadi perlahan. Masing-masing sudah tidak mampu melihat keempat-empat mereka didenda bangun tubi sehingga 100 kali. Namun, mereka yang didenda tetap bersemangat.

"Woi, apa yang lambat sangat kira! Mula dari satu balik!"

Semua yang berada disitu terdiam.

"1,2,3,4,..." Komander memulakan kiraannya dengan laju sekali manakala pelatih yang lain terpaksa akur.

'Tup, tup, tup...', ketiga-tiga orang lelaki yang didenda tadi jatuh.

"Woi, bangun kau! Buat dari satu balik! ", Komander Uzair menengking. Ketiga-tiga orang lelaki tadi tidak mampu bangun dan seorang daripadanya telah pun pengsan. Manakala pelatih tunggal wanita masih lagi meneruskan bangun tubi sambil dikiranya sendiri. Komander Uzair tersenyum.

Tiba-tiba bangu seorang pelatih wanita.

"Maaf, Komander! Saya Syakila Nordin bernombor DG 03988 memohon untuk menggantikan tempat keempat-empat orang tadi. Mohon dipertimbangkan, tuan!"

Tidak sampai sesaat, perbuatan Syakila Nordin itu dituruti yang lain.

"Kami semua, tuan!"

"Oh, bagus...orang tak nak denda, dia nak denda. Baiklah, Fasci, bawa masuk pelatih ni. Yang lain turun 50 kali!", Komander Uzair memberi arahan. Semua patuh, namun masih tertanya-tanya kenapa terlalu sedikit untuk mereka. Tanpa banyak soal, mereka memulakan hitungan bersama-sama.

*********
BERSAMBUNG

cacat

Penghidupan yang sempurna,
lengkap dengan nikmat,
sehingga alpa, lupa dan leka,
nikmat cuma singkat,
Jasa tak cukup; tak terbalas,
Cinta hanya serahan bangkai,
Persembahan yang busuk,
Sehingga ikhlas dipertikai,
Akhirnya,
gagal.

Selasa, 24 Julai 2012

Berusaha untuk menerima



"Dia memberikan hikmah siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang2 yang mempunyai akal yang sihat" (al-baqarah : 269)
Jadi, untuk mendapat kebaikan, hikmah perlu dicari. Ilmu itu hikmah. maka carilah ilmu dan minta izin dariNya. wasbiri

Jumaat, 20 Julai 2012

Tulisan berat; penghidupan

Kenal diri


Apa yang anda akan lakukan kalau anda dengar ada satu mega sale sedang berlangsung? Kenapa mak-mak lebih suka membeli apabila ada mega sale? 


Jawapannya satu saja, sebab kenal siapa diri kita. Sebab tahu kita tidak mampu berbelanja lebih untuk membeli barangan berjenama melainkan ketika mega sale bukan? Sebab itu pepatah; ukur baju dibadan sendiri tak boleh disangkal.


Analogi; Ramadan dan Mega Sale


Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)


Kalau ketika Mega Sale kita sanggup turun padang untuk turut membeli-belah, Ramadan? Sebab Ramadan sediakan banyak mega sale. Pintu Syurga dibuka, Pintu neraka ditutup, Syaitan dibelunggu, pahala ditingkatkan berganda-ganda bagi setiap amalan kebaikan, malam yang lebih baik dari 1000 malam dan banyak lagi!


Jawapannya ada padadiri kita sendiri. Kalau kita kenal siapa kita; hamba, berhajat dan berdosa, kita tidak akan sia-siakan peluang ini. Tapi kalau kita sia-siakan, bermakna kita masih tidak mengenal siapa kita sebenarnya. 


Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui Sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan (yakni) bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Al-Bukhari).

Manfaatkan bersama, afwan, wassalam

Jumaat, 13 Julai 2012

Menjadi diriku


=) somebody is missing
Miss u, Nadra Annuar Salleh

Khamis, 12 Julai 2012

Selama 18 tahun

^^,
Tulisan ini dimulakan penaipannya jam 5.42 pm waktu Malaysia :-) kemudian di'pause'kan dan disambungkan kembali jam 0010.

Huh, keluhan itu akhirnya diluah. 18 tahun sudah menjadi manusia. Kemudian terdetik, berapa lama aku 'menjadi hamba' ? Baiklah, tiada lagi kata-kata yang bersembunyi.

Sepanjang 18 tahun hidup, hanya satu yang dapat saya ucap; alhamdulillah. Pertama sekali of courselah sebab Allah masih izinkan saya bernafas dan menulis post untuk kali ini.

Yang kedua adalah, terima kasih pada Allah sebab takdirkan saya begini, disini, waktu ini. Kalau fikirkan kesusahan yang pernah hadir dalam hidup itu, sebenarnya tak terkalah dengan nikmat Allah. Sebabnya, pada kesusahan ada kesenangan. Dan pada kesenangan itulah nikmat namanya.

Bermula dari sekecil-kecil beban tanggungan yang memerlukan tenaga,harta, masa dan fikiran-hinggalah ke sebesar-besarnya- segalanya memberi meaning yang besar.

Contohnya, kalau tidak Allah takdirkan saya berjauhan dari keluarga ketika form 4 & 5, confirm lah sekarang ni saya tengah meraung - akibat homesick.

Dan sebenarnya, pengalaman serta ujian yang pernah kita lalui, semuanya akan lebih mematangkan kita dan menjadikan kita lebih realistik dan rasional dalam membuat keputusan hidup tanpa pimpinan tangan ayah dan ibu, tapi masih di bawah telunjuk Ilahi.

Terima kasih buat ayah ibu (ummi abi lah), sebab didik dan jaga sampai besar panjang sekarang nih. Terima kasih seluruh keluarga sebab bagi warna dalam diari hidup saya. Terima kasih kawan-kawan sebab turut serta melukis di atas kanvas hidup saya. Terima kasih guru-guru kerana menghasilkan sinar dalam hidup ini. Terima kasih semua. Wassalam

p/s: post awal takut tak sempat esok2 ^,^

Sabtu, 7 Julai 2012

Mengalunkan rabitah

Anytime we feel such thing that mess up ur mind, u'll regret with the decision that u have done. Just take care of she with rabitah :-)


Jumaat, 6 Julai 2012

Langkah-langkah


Kita diciptakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Seburuk mana kita atau orang itu, tugas hidup didunia adalah memberi dan menerima. Seadanya. Kerana Islam kita bukan sekadar Islam. Tapi islam;kata kerja yang perlu dilakukan.

"Wahai orang-orang yang beriman! masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh,ia musuh yang nyata bagimu"
(al-Baqarah:208)

bukan setan direct, tapi langkah-langkah pun jangan ikut :-)
Selamat beramal

Khamis, 5 Julai 2012

Datang dan pergi


Hidup yang datang. Mati yang pergi. Bak kata pepatah, 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Biar kita datang kerana Allah, dan pergi juga kerana Allah. Nilai pandang Allah pada kita bergantung pada niat kita datang dan pergi. Niat, pemain utama dalam sebuah pekerjaan. Dalam Islam, niat merupakan penanda aras penerimaan amalan oleh Allah. Kalau tulus dan ikhlas, maka diterimaNya. Kalau bongkak dan sombong, maka ditolaklah pula. Kerana itu juga, kebanyakan buku syarah hadith memulakan buku itu (seperti 40 hadith imam nawawi) dengan hadith niat.

Pentingnya niat, sehingga kalau salah niat, salah juga titlenya.Ibrah dari hijrah para muhajirin ke Madinah; ada yang berhijrah kerana Allah dan rasulNya, maka dia dapatlah reda Allah itu. Tetapi, ada yang berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka terus saja dia mendapat gelaran; muhajir ummu qais ( rujuk sabab wurud hadith tentang niat)

Niat juga, penilainya hanyalah Allah. Diri sendiri pun tidak mampu menilai keikhlasan yang hadir dalam setiap pekerjaan. Seperti semut hitam yang berjalan diatas batu hitam di malam yang kelam. Maka berhati-hatilah dengan niat kita.

Maka, sentiasakan untuk mentajdid niat walau sekecil mahupun sebesar manapun pekerjaan yang akan dilakukan. Aku menyeru diriku dan sahabat-sahabat yang kusayangi kerana Allah hendaknya supaya kita sentiasa beringat. " fa dzakkir fainnadz dzikra tanfaul mukminin"

Wassalam

Selasa, 3 Julai 2012

4.0


Sebuah penghormatan

"Sesungguhnya yang takutkan Allah di kalangan hambahamba-Nya ialah ulama."(Fathir: 28)

Sebuah kewajipan



20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Sebuah tuntutan
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kamu kerjakan?" (As-Saff:2)
Ringkas.Tajam.
p/s: ajar diri untuk ingatkan diri dan sahabat-sahabat untuk betulkan niat sebelum melangkah dalam dewan atau  bilik kuliah. Dan doa agar kita dikurniakan waktu yang berkat. Hormat guru-guru. Sayang sahabat-sahabat. 
Wassalam

Isnin, 2 Julai 2012

Korek

some beautiful morning
AB-blok B
Tepat jam 0610, saya membuka tingkap. Subhanallah, what a beautiful morning! Alhamdulillah. Rugilah kalau tidur waktu ni. Tidak dapat menikmati pemandangan sebegini. Woha! Hurm, alhamdulillah. :-)

Banyak sudah nikmat yang diberi, tetapi berapa banyak yang kita syukuri. Saya berminat nak kongsi ayat ni;

"wahai org2 yang beriman, berTAQWAlah kepada Allah dan CARILAH wasilah (jalan) untuk mendekatiNya serta berjihadlah (berjuang) di jalanNya agar kamu beruntung" (al-maidah: 35) 

Apa yang saya dapat; taqwa itu perlu dicari bah. Ada yang menunggu, sampai tidak perasan ia datang. Kadang-kadang taqwa datang melalui seruan-seruan sekeliling ke arah kebaikan. Bestlah google Quran. Full with the meaningful word :-)
Wassalam