CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN SIAPA DAN PERKARA MASA KINI. HANYA MENCARI KESESUAIAN. TIADA BERKAIT DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG MENINGGAL DUNIA.
Janjiku,
Akan terkota,
Masanya bakal tiba.
Khalid tercungap-cungap. Mukanya merah padam akibat keletihan berlari sebanyak 5 kali pusingan padang. Dia meletakkan tangannya pada kedua lututnya.
'Prittttt!', wisel berbunyi lagi.
"Aduh, apa pulak nih....", terdengar suara keluhan dari setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara siri ke 15 yang terletak di Delima Campsite.
"Dalam masa 5 minit saya mahu kamu semua berwuduk dan datang kesini sebelum wisel ini ditiup. Siapa ingkar, kau tengok sajalah...", Ketua Komandan, Komander Uzair Yap mengujar.
"Tunggu apa lagi...!", selepas suara petir dikeluarkan, baru para peserta bergegas-gegas ke bilik air. Kebetulan tahun itu hanya 10 orang yang bukan muslim, yang lain kebanyakannya muslim. Komander Uzair memandang matahari kemudian matanya beralih ke jam tangannya. Waktu Zohor akan masuk dalam 10 minit lagi.
'Priiitttttttt!',wisel ditiup menandakan masa berwudhu' sudah tamat. Semua pelatih sudah siap sedia berbaris dalam kumpulan dihadapan Komander Uzair. Tiba-tiba ada dua orang pelatih lelaki dan dua orang pelatih wanita terkedek-kedek mahu masuk barisan.
"Hoi, dua perempuan kat sana tuh! Dua lelaki tuh, siapa bagi keizinan kamu masuk barisan!", Komander Uzair menengking,marah.
"Kami lewat setengah minit je, Tuan..."
"Ah, pandai kau menjawab. Mari sini!"
Keempat orang yang lewat tadi jalan menunduk beridir hadapan menghadap pelatih-pelatih yang lain.
"Aku paling tak suka orang yang kurang ajar. Masuk barisan, tak minta izin. Tak hormat siapa aku. Aku tahu aku manusia, tapi aku ketua! Inilah orang yang bakal merosakkan negara. Orang yang tak hormat ketua. Orang yang kalau salah tak mahu mengaku! Inilah orang-orangnya. Jadi sebagai denda, semua lelaki pamping 40 perempuan ketuk ketampi 40!", Komander Uzair berteriak manakala para pelatih pula mengeluh.
"Disebabkan korang mengeluh, double hukuman menjadi 80 kali! NO EXCUSE!"
********
"Gila betul komandan ni. Tak ada hati perut langsung! Binatang ke apa. Iyalah, yang salah 4 orang, kita pula yang kena hukumannya! Hai,melampau!", Khalid bengang. Dia sedang bersiap-siap mahu tidur. Kawan-kawan yang lain mengangguk dan mengiyakan dengan semangatnya tanpa menyedari perbualan majlis 'makan daging' itu didengari oleh seseorang.
Jam sudah menjangkau 11.00 pm. Semua pelatih telah tidur. 4 jam kemudian...
'Priittttt!'
"5, 4, 3, 2, 1.....!". Lima saat yang diberikan tidak cukup untuk para pelatih yang baru seminggu tidur pada pukul 11 malam untuk berkawad pada 3 pagi. Masing-masing masih lagi terhuyung hayang. Komander Uzair sudah tercacak dengan sweater hitamnya berada dalam keadaan senang diri di tengah padang kawad. Hanya terdapat seorang wanita dan 3 orang lelaki yang siap menerima arahan Komander Uzair. Komander Uzair memandang 3 pelatih lelaki itu kemudian beralih ke arah pelatih wanita itu sekilas pandang. Dia hanya tersenyum.
Beberapa minit kemudian, baru penuh padang kawad itu dengan pelatih PLKN. Komander Uzair sedang memikirkan nada yang bagaimana yang patut dia gunakan sebagai peringatan tegas.
"Kamu perlu ingat, kamu bukan di rumah. Kamu semua bukan di sekolah atau universiti. Lambat 5 minit cikgu masih konsider. Kamu semua berada dalam Program Latihan Khidmat Negara siri ke 15 di Delima Campsite yang berkomanderkan saya, Uzair Yap Abdullah! Saya Uzair Yap Abdullah merupakan seorang yang amat tegas dengan masa dan arahan. Setiap kesalahan akan dihukum walaupun lambat sebab baju kotor!...",
Terdengar suara beberapa orang pelatih lelaki yang ketawa. Contoh baju kotor itu terjadi ketika mereka habis berkawad. Terdapat beberapa orang pelatih wanita yang lambat untuk berkumpul kembali kerana menyalin pakaian. Akhirnya semua yang menyalin pakaian didenda.
"Woi, siapa suruh kau gelak ha?!", deraian ketawa tadi terhenti.
'Tap...tap...tap...'bunyi langkahan Komander Uzair itu mengecutkan usus kecil setiap pelatih. Pandangannya yang tajam membuatkan semua orang tidak berani bergerak. Masih dalam keadaan rehatkan diri, tetapi seperti patung. Langsung tidak bergerak.
"Tadi, saya nampak hanya ada 4 orang yang berbaris dihadapan saya. Seorang wanita dan tiga lelaki. Tahniah, sila ke hadapan keempat-empat orang tadi."
Masing-masing bertanya sesama mereka siapakah keempat-empat orang tersebut. Sekarang keempat-empatnya sudahpun berada dihadapan. Komander Uzair melangkah mengelilingi mereka berempat.
"Jadi, empat orang ini telah datang tepat pada masanya. Telah berdiri tegak dengan pakaian yang lengkap dan kemas. Tapi mereka tidak tunggu kawan-kawan yang lain berbaris, tidak kejut mereka sama? Patutkah ada orang macam ini dalam negara kita? Inikah yang kita kata bersatu? Patutkah?", Komander Uzair berteriak ke arah para pelatih. Dia memandang seorang demi seorang daripada pelatih yang berbaris awal tadi kemudian dia melundah ke kanan dengan mimik muka menyampah.
"Guys, saya tanya sekali lagi, patutkah kita terima rakyat yang sebegini pentingkan diri?"
"Tak patut!"
"Patut ke kita denda mereka?!"
"Patut"
Selang beberapa saat, keempat-empat orang tadi membuka mulut serentak;
"Minta maaf, Komander! Kami sedia terima hukuman!"
Ketika kalimah itu dituturkan mereka berempat, ada yang tersenyum ada yang tiada respon kerana masing-masing masih mamai.
"Jadi, disebabkan kalian sudah sedia untuk menerima hukuman, saya dengan suka hatinya memberi. Disebabkan kalian berempat menyumbang kepada kelewatan kawan-kawan yang lain, maka kalian saya denda pamping sebanyak 100 kali termsuk yang perempuan!" kalimah 'perempuan' itu ditekan. Tidak sempat Komander Uzair memandang mereka sudah pun turun ke lantai dan memulakan bangun tubi.
"Hoi, bertindak mengikut arahan. Buat semula! Ok, yang lain kira!"
"1, 2, 3,4....", mereka membilang nombor bersama-sama. Serentak dengan itu keempat-empat yang didenda memulakan bangun tubi. Namun sampai sahaja bilangan 54, hitungan nombor menjadi perlahan. Masing-masing sudah tidak mampu melihat keempat-empat mereka didenda bangun tubi sehingga 100 kali. Namun, mereka yang didenda tetap bersemangat.
"Woi, apa yang lambat sangat kira! Mula dari satu balik!"
Semua yang berada disitu terdiam.
"1,2,3,4,..." Komander memulakan kiraannya dengan laju sekali manakala pelatih yang lain terpaksa akur.
'Tup, tup, tup...', ketiga-tiga orang lelaki yang didenda tadi jatuh.
"Woi, bangun kau! Buat dari satu balik! ", Komander Uzair menengking. Ketiga-tiga orang lelaki tadi tidak mampu bangun dan seorang daripadanya telah pun pengsan. Manakala pelatih tunggal wanita masih lagi meneruskan bangun tubi sambil dikiranya sendiri. Komander Uzair tersenyum.
Tiba-tiba bangu seorang pelatih wanita.
"Maaf, Komander! Saya Syakila Nordin bernombor DG 03988 memohon untuk menggantikan tempat keempat-empat orang tadi. Mohon dipertimbangkan, tuan!"
Tidak sampai sesaat, perbuatan Syakila Nordin itu dituruti yang lain.
"Kami semua, tuan!"
"Oh, bagus...orang tak nak denda, dia nak denda. Baiklah, Fasci, bawa masuk pelatih ni. Yang lain turun 50 kali!", Komander Uzair memberi arahan. Semua patuh, namun masih tertanya-tanya kenapa terlalu sedikit untuk mereka. Tanpa banyak soal, mereka memulakan hitungan bersama-sama.
*********
BERSAMBUNG
BERSAMBUNG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan