Biar kita datang kerana Allah, dan pergi juga kerana Allah. Nilai pandang Allah pada kita bergantung pada niat kita datang dan pergi. Niat, pemain utama dalam sebuah pekerjaan. Dalam Islam, niat merupakan penanda aras penerimaan amalan oleh Allah. Kalau tulus dan ikhlas, maka diterimaNya. Kalau bongkak dan sombong, maka ditolaklah pula. Kerana itu juga, kebanyakan buku syarah hadith memulakan buku itu (seperti 40 hadith imam nawawi) dengan hadith niat.
Pentingnya niat, sehingga kalau salah niat, salah juga titlenya.Ibrah dari hijrah para muhajirin ke Madinah; ada yang berhijrah kerana Allah dan rasulNya, maka dia dapatlah reda Allah itu. Tetapi, ada yang berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka terus saja dia mendapat gelaran; muhajir ummu qais ( rujuk sabab wurud hadith tentang niat)
Niat juga, penilainya hanyalah Allah. Diri sendiri pun tidak mampu menilai keikhlasan yang hadir dalam setiap pekerjaan. Seperti semut hitam yang berjalan diatas batu hitam di malam yang kelam. Maka berhati-hatilah dengan niat kita.
Maka, sentiasakan untuk mentajdid niat walau sekecil mahupun sebesar manapun pekerjaan yang akan dilakukan. Aku menyeru diriku dan sahabat-sahabat yang kusayangi kerana Allah hendaknya supaya kita sentiasa beringat. " fa dzakkir fainnadz dzikra tanfaul mukminin"
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan