Jumaat, 11 Oktober 2013

Berjaya (bukan Berjaya Megamall)


Jari berasa gatal mahu menaip.

Kalau mahu bersenang-senang,mati itupun susah. Lebih sakit dari ditusuk seratus bilah pedang.

Kadang-kadang terfikir juga, kenapa kita selalu mengharapkan semua yang bakal ditempuhi ini senang-lanang (reka peribahasa sendiri)?

Bukankah kemahiran itu bermula daripada kegagalan juga?

Tik tok. Salah isi lah.

Mahu tulis pendek-pendek saja. Semoga yang membaca beroleh manfaat.


1. Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

2. Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin

.4. maka Kecelakaan besar bagi orang-orang yang sembahyang -

5.(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),

7. Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

( surah Al-Ma'un)

Usai bacaan surah Al-Ma'un,si murid bertanya.
"Ustazah, sahun (orang yang lalai-merujuk kepada ayat 5 surah al-Ma'un) ni termasuk dalam kalangan orang yang tak khusyuk dalam solat ke?"
"Oh, tak. sahun ini maksudnya kalau dengar azan, dia langsung tak bergegas untuk solat"
Si murid mengangguk. Dia bertanya lagi.
"Ustazah macam mana kita nak dapatkan khusyuk dalam solat, ustazah?"

Lantas Sang Muallimah membacakan sebelas ayat pertama dari surah Al-Mukminun yang terjemahannya begini;

Bismillahi al-Rahmani al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
23-1:  Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman. 
23-2:  (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya. 
23-3:  Dan orang yang menjauhkan diri daripada yang sia-sia. 
23-4:  Dan orang yang menunaikan zakat. 
23-5:  Dan orang yang menjaga kemaluannya. 
23-6:  Kecuali terhadap isterinya atau hambanya; maka tiadalah tercela.
23-7:  Sesiapa mencari selain yang demikian itu, maka merekalah orang yang melampaui batas. 
23-8:  Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya. 
23-9:  Dan orang yang memelihara solatnya.
23-10: Mereka itulah yang akan mewarisi, 
23-11: Yang akan mewarisi syurga Firdaus.  Mereka kekal di dalamnya.



"Telah berjaya orang-orang yang beriman. Iaitu orang yang khusyu dalam solatnya. Bagaimana mahu khusyuk? Dengan menjauhi perkara sia-sia,tunaikan zakat,jaga kemaluan kecuali kepada isteri atau hamba, yang menjaga amanah dan janjinya,yang jaga solatnya-tidak berlengah-lengah. Ganjarannya, jannatul Firdaus" panjang ustazah itu menerangkan.

Si murid mengangguk tanda faham. Selama ini, dia fahami ayat ini secara literal. Hari ini dia faham apa sebenarnya yang membawa kepada khusyuk. Bukan sekadar ketika berwuduk, tapi ia bermula di luar waktu solat lagi. Perkara yang paling dia terketuk adalah; menjauhi perkara-perkara lagha.

'Oh,patutlah aku tak khusyuk-khusyuk walau sesaat...' si murid mengangguk lagi.

Tammat

Isnin, 23 September 2013

Rincian

Kita buat rincian serinci manapun jangan lupa Yang Maha Mengetahui segala tentang hambaNya.

Sabtu, 14 September 2013

Egoistic



Should I?
In tachycardia condition, sympathetic stimulation.

Life become tough, for sometimes. Sometimes.
Live the life,said others.

An arguement
There are some arguements to be win on it, we thought. Either we win or loose, we thought. Then, hurting each other, we haven't thought it.

Silent killer
It kill the harmony. Destroy the happiness. Build a block. Block a kindness.

Tabassama liakhika sadaqah

Leave it
Should I?
And be natural. Learn to have it.

Forget it
Let it be the past tense. Just for the past. Only for that time.


 -put your ego on right place-

Selasa, 6 Ogos 2013

Bila dah penat

Manusia suka-suka (ikut kepala dia) bila dia nak teruskan usaha atau berhenti. Ramai saja manusia seperti itu dalam dunia ini. Memang tidak cukup jari lah kalau nak dibilang.

Banyak manusia yang bila digagalkan sedikit dalam apa-apa bentuk ujian sekalipun. Contohnya, pertandingan lumba lari. Ada manusia menyertai acara lumba lari dalam satu sukaneka, dia merupakan peserta yang baru berkecimpung dalam acara itu dan tidak pasti mampu atau tidak menyaingi peserta yang lain yang ternyata lebih berjaya pencapaiannya dalam acara itu. Bila pengadil sudah menembak, semua peserta memulakan larian. Peserta baru tadi pun berlari dan hampir mendapat tempat pertama. Tinggal beberapa meter saja lagi dan dia merupakan peserta yang berada di belakang pemain profesional dan power. Waktu itu, mulalah perasaan bercampur baur antara takut dan penat. Sama ada mahu memintas, atau "tak apalah tempat kedua pun, ok."
Terlalu mudah mengalah.

Itu belum cerita kalau dia memanglah bukan peserta handalan dan ditakdirkan kalah. Boleh jadi, dia terus menyarakan dirinya dari menyertai mana-mana acara yang melibatkan larian.

Tapi, orang yang berjiwa besar menganggap segala kegagalan itulah merupakan sebuah pemula kejayaan. Cubalah kalau kita asyik berjaya saja, heh~ hidup dia akan statik sajalah kan?

Namun itu tidaklah bermakna kita perlu sengaja 'menggagalkan' diri. Sebab usaha itu merupakan syarat atau fitrah seorang manusia.

mood: hilangkan kantuk~ --"

Isnin, 8 Julai 2013

Entah hapa-hapa



Banyak perkara yang aku tak tahu, aku jadi tahu; itupun setelah terjun ke 'laut' itu. ( indahnya tarbiyyah ini :) )

Sekarang aku sedang pasang sebuah lagu dari Maher Zain-Ramadan, ambil feel lah katakan~



Hidup kita ini, sekejap saja. Kalau ikut aturannya (dengan izin Allah) , kita akan lalui dunia ini dengan beberapa peringkat; bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Kemudian, kubur sudah panggil "Mari...Mari!"

Kawan, selalu saja kita ambil ringan akan perjalanan hidup kita yang memakan segala umur kita. Kita pun tahu yang umur atau masa kita even guna mesin masa Doraemon pun, tetap tidak mampu mengembalikan kita kepada masa-masa yang telah berlalu. Kita sedar itu tapi sebanyak manakah kita bersedia untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam? (1)

Kamu, kita suka sangat bazirkan masa dengan perkara yang...ergh, aku tak tahu apa istilah yang sesuai kecuali dengan istilah 'perkara entah hapa-hapa'! Apa tidaknya, rutin harian kita; tidak tidur, makan. Tidak makan, online. Tidaklah aku kata semua itu 'perkara entah hapa-hapa'. Aku tahu saja sekarang maklumat sudah berada dihujung jari, siap boleh jadi sampai celah gigi kot! So, kita online untuk dapatkan maklumat terkini dengan cara terpantas. Jika itu tujuannya, maka kama turideen!

Cuma apa yang membimbangkan, segala tabiat kita itu akhirnya langsung tidak melonjakkan amal fardi dan amal jamaie kita. Persoalan yang sepatutnya ditanya; bagaimana kamu mengurus masa?!

Sumaiyah, hang cakap kencang! Buat, nak tengok!

Ok, aku menulis bukanlah aku buat semua amal itu. As long as, aku menulis untuk ingatkan diri aku sendiri dalam masa yang sama kalau ia memberi kebaikan buat yang membaca, maka ambillah! (2) Aku tak suruh bayar pun.

Sumaiyah, kamu menulis atas angin lah. Cuba lah tunjuk sikit contoh amal fardi dan amal jamaie tu. Kami yang tak belajar arab ni mana nak faham.

Baik. Firstly, aku tak nak kita fikir 2 jenis amal ini benda berat. Islam itu mudah ;) tapi jangan memudahkan sesuka hati!

Amal fardi; amal-amal seharian seorang muslim. Solat, mengaji, puasa,belajar dan sebagainya. Perlu diingat ibadah bukanlah apa yang termaktub dalam rukun Islam saja, tapi ia merangkumi semua kehidupan kita. Kalau kita solat, bagaimana. Kalau kita bermu'ayasyah dengan ibubapa, bagaimana. Kalau kita duduk di rumah sorang-sorang, bagaimana (mestilah hang kena kemas rumah, basuh kain, sapu sampah---lebih baik tanpa disuruh ^^, ) . Ini contoh amal yang boleh dibuat. Cuba juga hayati bait terakhir lagu dari Sami Yusuf ini- Healing. Bagaimana mahu jadikan amalan harian sebagai ibadah? 1) Ikhlas lillah dan 2) ikut syariat

Amal jamaie;...

Sumaiyah, amal jamaie memang perlu duduk dalam sesebuah jemaah ke?(3)

Amal jamaie ini, maksudnya buat ramai-ramai. Seperti solat berjemaah, makan dalam talam, gotong-royong, qiamullail dan sebagainya. Ha, study group itu memang termasuklah kan? Sebab study itu kan sebahagian daripada ibadah.

Bosan. Semua benda ibadah.

Haih, macam itu pula! Pssst, meh dengar sat. 

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKu"- (Az-Dzariyat: 56)

Tapi...

Nanti aku cerita satu benda lagi. Kalau kau nak dengar penjelasan, aku sudi cerita. Tapi tunggu post seterusnya lah (4)

Oh,sebelum terlupa. Ibadah kita kalau mahu diterima Allah, mestilah mematuhi dua perkara; 1) niat lillahi taala dan 2) mengikut syariat.

Nak tak nak, kita kena tambah ilmu. Banyak-banyak! ^.^

Salam alaik


nota kaki;
(1) 


Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang usianya dan baik amal perbuatannya. Seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang usianya dan buruk amal perbuatannya.” [Hadis riwayat Ahmad]

Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” 
[Hadis riwayat Bukhari]


(2)

 "Dan tetaplah memberi peringatan. Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mu'min" (Adz-dzariyat: 55)

(3) Tajuk ini akan dikupas selepas-selepas post kali ini

(4)Kupasan " Inilah agama" :) Tingkat izzzahmu, sahabat! Kita orang yang mulia dengan Islam. Nantikan...

Sabtu, 6 Julai 2013

nota dua alam


Situasi kita berbeza,
Kita turut berbeza,
Situasi dan kita,
Berbeza.

Selamatlah,
Nota dua alam.


Rabu, 12 Jun 2013

Memoir Bayu


Memoir yang masih melekat,
Sampai sekarang.

Angah kata;
jaga mata,
jangan tidur.

Acik kata;
Jaga diri,
Jangan lupa kami.

Adik kata;
Adik kata apa ya?
=)
Adik kata,
Teruskan perjuangan,
Doakan.

Doakan along,
Yang baru belajar,
Jadi along,
=)



Isnin, 10 Jun 2013

Sukarelawan


Seorang Wanita

Semalam, terukir peristiwa silam.

Cukup! Bukan tempatnya untuk menyanyi.

Saya seorang wanita. Juga seorang pelajar dan anak serta bakal menjadi isteri dan ibu, insyaAllah. Kemudian jika dipanjangkan umur status nenek atau moyang pula yang disandang. Haih, banyak betul pangkat. Seronok! =.=" ("seronok" sangat!)
Pernah tak korang terfikir, itu sahaja kah bidang hidup kita?

Belajar,jadi isteri kemudian seorang ibu. Basuh berak anak, buatkan susu. Masakkan makanan untuk suami. Hari kita adalah satu susunan aktiviti harian yang sama?! O ooo... apakah ini?!

Bosan? !

Origin

Back to the Origin. Kembali pada asas. 

Kita telah ditetapkan rezeki, ajal, amal, susah dan senangnya (1)...jadi apa masalahnya?!

Tiada masalah. Cuma nak cakap, kerana telah ditetapkan itulah, apa kata kita usahakan supaya pengakhirannya nanti bila kita dibentangkan kisah hidup kita dihadapan Allah, semuanya indah-indah belaka pada pandangan Allah. Semuanya adalah persembahan terbaik, usaha yang 'habih gheng' dah!

Kalau jadi pelajar, jadi yang paling arif dalam bidangnya. Kalau jadi isteri, jadi yang paling berbakti pada suami dan rumahnya (senang cerita yang paling solehah la). Kalau jadi ibu, jadi ibu yang berilmu dan mampu mendidik anak-anak menjadi 'seseorang' yang punyai himmah 'aliyyah.

Pengakhiran

Tujuan akhir kita hanyalah Allah. So?

Tiada masalah la sepatutnya. Tak sepatutnya kita mengeluh dengan apa yang kita alami. Minta kekuatan dari yang memberi ujian itu; Allah s.w.t. Disitulah bukti tawakkal dan penghambaan kita pada Dia. Mesyi? =)

Sukarelawan

Nota kaki sebelum habis menulis. Kalau kita sedar kehidupan kita singkat seperti satu kerdipan mata saja, tanya pada diri, "bila aku nak jadi volunteer. Volunteer pada agama aku; Islam..." 

Hambatan dakwah. Ilmiyyah dan tarbiyyah itu seiring. 

Hambatan dakwah. Menghambat individu meninggalkan lambung. Menanggalkan pakaian sifat-sifat remeh seperti dengki, riya', malas. Remeh yang payah ditanggal.

Hambatan dakwah. Membanting tulang berkerat-kerat untuk bangun dan tekad, tiada lagi istilah bersenang-lenang. Setiap perbuatan ada niat; hanya lillah.

Hambatan dakwah. Ayuh hambat segala kemalasan yang ada.

nota;
(1) : Hadis 4 Imam Nawawi

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم



Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Al-lmam Muslim


Selasa, 4 Jun 2013

Ahmad (3)


"Diam kita biar diam bersedia. Kata-kata kita pula jadi jihad kita "

"Opsi, ayat apakah itu? Saya tidak fahami..." Ahmad memandang Adli dengan pandangan yang hairan. Nada suaranya seperti Inspektor Sarjit dalam cerita animasi Keluang Man.

"Entah, kau cari lah sendiri. Sampai masa nanti, kau faham lah."

"Tapi..."

"Tak, aku tak nak kau faham sebab aku bagitahu. Aku nak kau faham dengan cara kau cari "

"Aku tengah cari lah ni! Sebab itu aku tanya kau!"

Adli senyum. Silau pantulan cahaya dari muka Nil sekali-sekala terpampar di mukanya.

"Kau tenung sungai ini. Kau tenung sambil kau bayangkan, bagaimana dengan hanya bunyi air yang tenang dan deras ini, yang langsung tidak disedari manusia ini mampu menukar padang pasir menjadi ladang tumbuhan."

Ahmad ternganga. 

"Ah, sudah lah kau. Makin aku banyak cakap, aku rasa makin luas mulut kau ternganga.."

Ahmad menutup mulut dengan tangannya. Dia tidak sedar mulutnya terbuka.

"Ahmad, masa itu perawatan. Kau akan lalui masa itu. Masa untuk kau faham. Masa untuk kau admit dan apply dalam kehidupan. Kau doa lah, semoga setiap masa dalam kehidupan kau akan merawat kau ke arah yang lebih sihat, lebih baik."

"Adli, asal ayat kau macam skema dan jiwang eh?"

Adli pandang Ahmad sekilas kemudian kembali merenung aliran Sungai Nil.

"Dulu, aku cuba buang. Aku cuba simplifykan, tapi, aku masih tak mampu. Mungkin ini kelebihan aku atau mungkin juga ini kekurangan aku bila berhadapan dengan kau. Tapi, yang penting, jangan berhenti mencuba..."

Matahari sudah tergelincir. Sungai Nil mengalir seperti biasa. Hiruk-pikuk bandar Tahrir, sama saja seperti di Sabi' atau 'Asyir, Kaherah. Bunyi hon kenderaan di sana-sini.

Ahmad dan Adli ralit dengan lamunan masing-masing.

**********

Tum!

Pintu bilik ditutup kuat. Semua yang berada di ruang tamu terperanjat. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.

'Hai..lah. Nak jadi apa dengan rumah ini pun aku tak tahu. Belajar pun tak masuk!'

Ahmad menghempas buku Physiology nya ke atas meja. Kemudian dia segera masuk ke bilik Syahid. Bilik tadi, yang pintunya ditutup kuat,merangkap biliknya juga.

Ahmad menguak pintu dan menutupnya perlahan.

Syahid terbungkus dalam selimut. Cuaca panas memanaskan hati Ahmad.

'Astaghfirullah...huh...'

Ahmad menarik selimut Syahid. Kemudian menarik Syahid keluar dengan kasar sekali.

"Mari ikut aku..."

Syahid berkeras. Dia tidak mahu ikut. Ahmad mencuba berkali-kali. Syahid tetap melawan tanpa suara.

"Aku kira sampai tiga. Kau tak mahu keluar dengan aku, maksudnya kau cari nahas!"

Tajam dan keras. Syahid faham. Itu nada amaran. Sebelum pertumpahan darah berlaku, dia terpaksa akur. Dia keluar dari selimut dan turun dari katil dengan mata dan hidung yang merah. 

"Ikut aku..."

Ahmad menarik tangan Syahid. Mereka keluar dari rumah. Ahli bait yang lain hanya mengiringi dengan pandangan hairan. Kemudian masing-masing kembali memulakan pembacaan masing-masing. Faris masih lagi memandang pintu. Dia mendengus.

**********
"Apa masalah kau, hah? Apa kau tak puas hati?!"

Syahid membisu. Dia memandang gelas besar yang ada ditangannya. 

 ' 'Asir manggoo wa bittikh wahid! '

Ahmad meneguk jus tembikainya. Dia menunggu jawapan Syahid. Tapi dari tadi Syahid masih memandang jus Mangga nya yang masih penuh itu.

"Kau tak nak ke jus tu? Kalau kau tak nak, bagi aku!"

Syahid memandang muka Ahmad dengan mata berair. Bibirnya cebik. Segera dia minum jus kegemarannya itu dengan satu kali minum saja!

Syahid tersenyum.

'Hai...lah...budak-budak!'

"Syahid, kita dah dua tahun duduk sebilik. Mula dari first year lagi sampai lah sekarang. Hurm, kau ingat aku nak duduk sangat sebilik dengan budak cengeng macam kau?"

Syahid mengangkat kening, menganjing. Dihirup lagi jus tembikai di tangannya. Syahid pandang Ahmad sekilas.

'Apa kau nak, Ahmad?!'

"Aku nak kau bagitahu aku, apa masalah kau? Bukan aku nak menyibuk, jaga tepi kain pelekat kau sangat pun. Tapi kalau sampai boleh buat pintu bilik nak tercabut tu... nanti aku nak tukar baju dekat mana? "

Ahmad menghabiskan jus nya kemudian memesan satu lagi jus tembikai dan jus mangga.

Syahid masih diam. Airmatanya sudah kering. Begitu juga hingusnya. Setelah mendapat huluran jus mangga yang baru dari Ahmad, dia sekali lagi minum dengan sekali teguk saja.

"Euww, buruk sangat perangai! Sunnah minum tiga kali teguk. Kau minum sekali habis semua terus?"

Syahid tersenyum. Dia tidak boleh menolak kegilaannya pada jus mangga yang segar itu.

"Haih, buang masa aku saja kau ni, Syahid! Dua hari ni, kau kena janji dengan aku, kau akan senyum walau apa pun kau rasa waktu itu sebab kau dah habiskan dua gelas 'asir manggoo. Kau tak bawa duit kan?"

Ahmad senyum. Syahid buat-buat mencari genih dari poket seluar. Kemudian dia mengangkat kepala. Dia tersengih. Terseringai pendakap giginya yang berwarna pink.

'Alhamdulillah....pandai pun kau senyum! '

**********

"Ibu sihat? "

Tiada jawapan.

bersambung...




Ahad, 2 Jun 2013

Aduh,lagi!

Semua orang pun sedang exam. Semua orang pun sedang serabut. Tapi saya tengok awak, lebih serabut jadi.

Ha? Leyh?! (Kenapa?!)

Saya pula yang terkena?!

Aduh!

Anatomy (prac), Hafazan dan Bahasa Arab, 3 saja lagi. 3 lagi! Allahhhh (mengeluh panjang)

Sindrom

Ini sindrom biasa dalam fatrah exam. Tak percaya? Perhatikanlah,  lama sikit. Awalnya serabut sebab gementar. Akhirnya serabut sebab; "bila nak habis? Tolonglah, ya Allah!!!"

Biasa

Ohoh,biasa. Semulajadi atau luar biasa dari semulajadi. Entah, saya tak tahu. 

Exam = Ujian ?

Siapa kata? Awat sama pulak? Exam, examlah! Ujian...ha 'ah, sama.

Sepatutnya macam mana? Tengok sajalah!

Saya tak nak cakap banyak. Hangpa tengok sajalah video nih =)



Sabtu, 1 Jun 2013

Dua jari



Hati,
Mudah perasan,
Selalu saja,
Perasan.

Hati,
Biarkan dia,
Peduli segala bisik jahatnya,
Usah dilayan.

Hati,
Bila datang yang baik,
Dengarkan,
Dia bakal mengubah dirimu,
Taatkan,
Bila datang su udzon,
Buat tidak tahu,
Nanti dia akan membisu,
Bakal menjerit,
"Dengarkan aku!",
Biar saja,
Sampai dia bisu.

Hati,
Antara dua jari,
Boleh berubah,
Mudah sangat berubah,
Bagai lauk dalam periuk,
Oh hati,
Bersikap baiklah kamu.
Tuhan,
Jagakan jantungku.

Selasa, 28 Mei 2013

Spirit


Pernah ia luntur,
Tak tahan jiwa menanggung,
Keperitan berjuang.

Hairan,
Kenapa kelunturannya,
Tak pernah buat ia habis?

Rupanya,
Ada yang menambah,
Setiap kali turun,
Ia bertambah kembali.

Mungkin benar,
Ini jalannya,
Mungkin benar,
Ini takdirNya.

Jangan berhenti,
Teruskan usaha,
Walau dimana kau berada.

Isnin, 27 Mei 2013

Renungilah


Renungilah,
Bola matanya masih berair,
Mungkin beza pada pupilnya,
Tapi,
Renungi saja,
Ada kasih yang tumpah padamu.

Angkat wajahmu,
Renungilah dia,
Pahalamu pasti berganda,
Renungilah,
Tiada salahnya,
Pahalamu masih belum cukup,
Rahmat Tuhanmu pasti melimpah,
Renungilah.

Renungilah,
Dia bukan hantu,
Atau senjata,
Dia tidak akan mengorek bola matamu,
Renungilah.

Rasailah,
Nilai ukhuwah itu,
Belajarlah,
Memberi dan menerima,
Kerana ada suatu masa nanti,
Kamu mampu menerima saja,
Atau,
Kamu wajib memberi saja,
Atau,
Kamu sudah tidak dapat berbuat apa-apa,
Kerana kamu sudah tidak didunia!



Ahad, 26 Mei 2013

Cuci


Entah, yang pasti aku terkesan. Ya Allah, izinkan aku menulis dari dasar hati ini.

Banyak

Indahnya dunia ini sehingga kita dikaburkan dengan indahnya perkara yang busuk. 

Boleh jadi. Banyak saja. Tiada yang mustahil.

Ya, kita mudah terasa indah dengan ego yang kita miliki. Kononnya orang tidak boleh mencalari kita dan prinsip kita. Kononnya kita punya maruah. Barangsiapa yang melakukan perkara yang mencalari diri kita maka dia adalah orang yang hina.

Oh,'MULIA' nya kita!

Perasaan

Aku, kamu dan dia, semua pun punya rasa. Punyai prinsip dan juga maruah. Namun, bagaimana mungkin selama kita bersama kita boleh memastikan tiada yang terguris rasa, terlanjur kata dan terlebih guraunya?

Tiada! 

Mustahil!

Iman dan waras akal

Boleh jadi, kita memilih tindakan yang salah kerana meletakkan sangkaan yang salah. Jadi disitulah peran iman dan akal mula bertindak.

Diriwayatkan dari Abu Abdillah An-Nu’man bin Basyir radhiyallahu’anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa alihi wa sallambersabda, “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan perkara yang haram juga jelas. Dan di antara keduanya terdapat hal-hal yang samar dan meragukan. Banyak orang yang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga dirinya dari hal-hal yang samar dan meragukan itu maka niscaya akan terpelihara agama dan harga dirinya. Dan barangsiapa yang nekad menerjang hal-hal yang samar dan meragukan itu maka dia terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana halnya seorang penggembala yang menggembalakan hewannya di sekitar daerah larangan, hampir-hampir saja dia memasukinya. Ingatlah, sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh anggota badan. Dan apabila ia rusak, maka rusaklah seluruh anggota badan. Ketahuilah segumpal daging itu adalah jantung.” (HR. Bukhari [52] dan Muslim [1599]).

Akal itu terletak pada hati. Jadi, tindakan yang manakah lebih waras. Tindakan tatkala hatinya sakit atau sihat? Imannya naik atau turun?

Tindakan

Bagaimana mahu meneliti perkara ini? Bagi saya, mudah saja. Kalau ia sampai merosakkan suasana, itu tindakan tidak baik. Kalau ia mengeruhkan lagi keadaan, itu tidak baik.

Penyelesaiannya

Husnu dzon dan salamatus sadri

Bersangka baik dan berlapang dada. 

Dua perkara yang saya akui kepayahan dan kelelahannya. Tapi, kalau itu yang mampu merawat kita, itulah saja ubatnya.

Man tholaba  al akhar minal 'aibin fasoro lahu illa akhin

Kebersamaan

Aku tertanya-tanya, adakah masa yang aku habiskan untuk bertemu para sahabatku walaupun sesaat dapat menyuci hati ini dan hati mereka seperti mana bapa dan anak-anaknya (gambar diatas) bersama-sama mencuci teksi?

Adakah aku telah mengisi relung-relung hati mereka sepertimana mereka mengisi kekosongan hati aku?

Sebenarnya, salah pada kita. Lihat aibmu sebelum meneropong aib yang lain. Itu Muhammad Rasyid ajar dalam bukunya Kaifa tamtalikina fadhilatus sumt-bagaimana memiliki fadhilat-fadhilat diam.

Aku tak tahu nak cakap apa.

Aku terkena.

p/s: pengajaran hadis 6,kata-kata ayah dan buku Muhammad rasyid 'awid



Jumaat, 24 Mei 2013

Warna


Ukhti,
Berat alis mata,
Melihatmu menangis.

Pilu dan hiba,
Bukanlah aku penyembuhnya.

Mampu,
Untuk menyebut sahaja,
"Janganlah bersedih. Ambil masamu untuk berfikir",
Hakikatnya,
Kembali pada hakikat sebenar.

Ukhti,
Kita fakir,
Kita miskin,
Mintalah pada yang mahu memberi,
Sentiasa mahu,
Adukan pada yang mahu mendengar,
yang akan sentiasa memahami,
yang lebih memahami,
segala rasamu,
juga warna hidupmu.

Ar-Razak,
Aku tak malu meminta,
As-Sami',
Aku tak pernah malu mengadu,
Al-'Alim,
Aku tahu Engkau tahu,
Maha Tahu,
Tuntunlah aku,
Tunjukkan jalannya,
Hidup ini,
hanya untuk Kamu.


Khamis, 23 Mei 2013

Perawatan


Menjadi lebih baik,
Dengan masa,
Menjadi lebih bijak,
Dengan ilmu,
Menjadi lebih matang
Dengan keduanya.

Ketahuilah,
Perawatan itu,
Ada pada masa,
Pembaikan itu,
Bakal menyusul,
Bersabar.

Rabu, 22 Mei 2013

Puas

Puas,
Juhud terkuat,
Cubaan terbaik,
Dari sebelumnya,
Puas.

Ada yang betul,
Ada yang salah,
Puas.

Juhud sudah,
Cuma tinggal aplikasi sabar,
Tiadalah mahu,
Tergolong dalam kalangan yang;
Halu'a

Sabar,
Tiada rasa putus asa,
Berharap dan berdoa,
Perjuangan,
Masih ada saki bakinya.

Rantai dunia telah putus,
Jiwa telah merdeka,
Cinta sudah ke sana,
Tujuan semakin jelas,

Allahu ghayatuna!


Isnin, 20 Mei 2013

Binasakan


Kerana Allah,
Binasakan.

Kerana Allah,
Hentikan.

Kerana Allah,
Mudah lidah melentur niat,
Kerana Allah.

Terlalu ramai yang melihat fatamorgana,
Harapan palsu,
Tiada pasti,
Diusahakan untuk tetap memiliki,
Air dikantung sendiri,
Tidak terminum lagi,
Jauhnya mengejar,
Yang jauh.

Harapan palsu,
Impian tak pasti,
Sedangkan jalanku masih panjang,
Oh tinggi melangit,
Oh Tuhan,
Ajarku untuk fokus!


Ahad, 19 Mei 2013

Selamat duhai Sahabat =)


Kau tahu,
Suatu masa dulu,
Kita pernah berpimpin tangan,
Kau senyap saja,
Aku pula yang lebih dalam berkata-kata,
Boleh jadi ia berlalu,
Biarkan ia berlalu.

Kau ingat,
Waktu itu kita meterai,
Satu janji setia,
Mahu jadi sahabat sejati,
Selamanya,
Dalam doa.

Pastinya kau kenangkan,
Aku yang tak pandai menghargai,
Mungkin juga kau tidak kesah,
Kerana itulah aku,
Sudah terbiasa,
Sudah lali,
Dengan sikap yang sebegini.

Sehingga hari ini,
Baru sahaja aku pandai mengucap,
SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT,
Kita kawan fillah selamanya,
Kita sahabat lillah hingga ke syurga,
Bukan?
Ya, selamanya hingga ke syurga,
Hanya kerana Dia.

dedicated for my special one;
NURUL HAFIZAH MOHD ZAID

even it was late
maalish
;-)

Sabtu, 18 Mei 2013

Ahmad (2)


"Apa kau kata? Anak yatim?"

Gedebush!

Faris jatuh. Bibirnya berdarah, pipinya lebam. Dia bangkit, tapi bukan untuk melawan.

"Haha, kau baru tahu? Ha? Baru tahu? Anak tunggal Dato' Syakir adalah anak pungut, kau tak tahu itu? Hahaha..."

Faris gelak terbahak-bahak.

"Kau tak rasa hairan ke? Nama kau, Ahmad Syukur bin Mohd Syakir kan? Dato' Syakir mana ada 'Mohd' kawan. Alahai, anak pungut. Tak sedar diri lagi ke? So, kau jangan haraplah yang Amanina akan suka pada kau lagi lepas dia tahu hal ini. Kau bukannya pewaris harta Dato' Syakir yang bongkak tu!"

Gedebush! Gedebush!

Tumbukan kali ini berkali-kali sehingga Faris tidak mampu untuk bangun. Tubuh Ahmad yang sasa walaupun baru Tingkatan Satu tidak mampu ditolak Faris.

"Kau ingat aku nak sangat Amanina? Aku banyak lagi benda nak fikir lah! Kau nak dia, kau ambil lah! Tapi jangan pernah hina ayah aku!"

"Aduh, tolong! Cikgu! Cikgu, tolong!"

Ahmad semakin tidak keruan. Dia menumbuk Faris seakan orang gila. Cikgu Bahar,Guru Disiplin SMK Lemak Manis, dan Cikgu Borhan datang meleraikan. Namun, kegilaan Ahmad tidak dapat dikawal.

"Ahmad! "

Pang!

Pelajar-pelajar mula memenuhi ruang. Ada juga yang menjulur kepala dari tingkap-tingkap kelas.

Apa dah berlaku?!

Ahmad berhenti. Darah mengalir dari hidungnya. Dia baru sedar. Tangannya masih tergenggam kemas. Urat lehernya juga masih tegang.

"Semua bersurai dalam kiraan tiga! Satu...."

Cikgu Bahar memberi arahan. Semua yang ada patuh. Sambil berlari mereka masuk ke kelas masing-masing.

Suasana belakang sekolah sunyi. Hanya ada suara unggas dan suara Faris yang mengaduh.

"Borhan, kau tolong aku bawakan Faris."

Cikgu Borhan membantu. Faris sempat menjeling sinis pada Ahmad sebelum dia pergi dari tempat itu dengan dipapah oleh Cikgu Borhan.

Tinggal lah Ahmad dan Cikgu Bahar. Unggas tiba-tiba berhenti berzikir. Angin pula yang menyanyi sepoi-sepoi bahasa.

Ahmad menyeka darah yang mengalir dari hidungnya. Mujur tidak banyak.

"Ahmad, kau kenapa?"

Ahmad diam.

"Kau ingat dengan cara macam itu masalah kau boleh selesai?"

Cikgu Bahar menolak Ahmad. Ahmad naik berang. Direnggut kolar leher Cikgu Bahar. Cikgu Bahar pula sedikit pun tidak terkejut dengan tindakan Ahmad malah menunggu genggaman tangan Ahmad singgah di tubuhnya. Mata Ahmad bulat, kemudian mengecil sedikit demi sedikit. Air mata mula berderai. Ahmad tunduk. Tangannya masih kemas memegang kolar baju Cikgu Bahar.

"Kenapa semua orang tak faham Ahmad? Kenapa?"

Cikgu Bahar senyap. Mahu semua perkara yang terbuku di hati Ahmad terungkap. Biar Ahmad rasa lega. Biar Ahmad rasa tenang. Biar Ahmad rasa, tidak semua orang yang yang tidak mahu memahami dirinya. Cuma hanya dia sahaja yang menyembunyikan.

Biar angin semilir membawa pergi segala keperitan yang Ahmad rasa. Biar Cikgu Bahar merasa segalanya. Biar Ahmad tahu, Allah tidak pernah meninggalkan dirinya.

"Ahmad anak orang kaya, tapi tidak bahagia. Ayah Ahmad orang tidak suka, tapi Ahmad tetap sayang dia.  Tiba-tiba, Faris kata Ahmad anak pungut. Apa semua ini?  Kenapa semua ini berlaku pada Ahmad? Mana Allah Yang Maha Adil?"

"Ahmad! Kau ada ibu, Alhamdulillah. Kau ada ayah, Alhamdulillah. Kau tidak cacat, Alhamdulillah. Kau nak apa lagi?"

"Ahmad nak bahagia macam orang lain yang ada keluarga. Ahmad dah tak tahan hidup dalam cemuhan orang "

"Ahmad, kau lahir dekat dunia ini, itu pun dah satu kebahagiaan. Pernah kau syukuri benda itu? Pernah kau hargai?"

Burung-burung berkicau di dahan tempat mereka bersandar. Burung-burung itu seakan membantu menjawab; 'Tak pernah, tak pernah'

"Semua orang Allah kurniakan nikmat bahagia yang berlainan. Cuma atas kita untuk meneliti dan mensyukuri setiap musibah,nikmat dan ujian yang menghujam kita."

Cikgu Bahar senyum. Ahmad senyap. Dia tidak pasti mahu mengakui atau menentang. Masih ragu-ragu.

"Ahmad..."

Cikgu Bahar memandang Ahmad yang turut bersandar pada sebatang pokok di belakang sekolah itu.

"Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya adalah kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka jadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah, maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya.”(1)

"Ahmad mesti orang kuat iman kan? A'ah, cikgu yakin saja dan cikgu nampak je lah Ahmad ni sebenarnya budak yang baik-baik."

Ahmad masih diam. Hatinya sedikit terubat.

"Jangan kembang sangat hidung tu Ahmad. Nanti malu cikgu nak jalan dengan kamu "

Cikgu Bahar berseloroh. Burung-burung tadi turut geli hati. Muka Ahmad merah menahan malu.

'Mana Cikgu tahu ni? Kembang sangat ke hidung aku?'


**********
'Macam manalah orang dulu-dulu boleh ada semangat macam ini eh? Haisy, tak faham aku. Nak tanya Cikgu Bahar, nanti dia tahu aku pinjam buku pustaka secara haram. Hurm...'

Ahmad ralit dengan soalan-soalan yang berada dikepalanya. Tiba-tiba...

Prang!

Bunyi pinggan pecah datang dari ruang makan banglo dua tingkat rumah itu.

"Kau masak makanan apa ini? Kau ingat aku kucing? Boleh terima semua makanan? 2 tahun aku kahwin dengan kau, kau masih masak makanan kampung ini?"

'2 tahun? Ayah, sejak bila ayah nyanyuk nih?'

Ahmad menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hanya melihat drama pilu itu dari jauh. Dia nampak dan dia tahu, ibunya sedang mengutip makanan yang tumpah dan kaca yang pecah. Dia tidak berani masuk campur.

Dato' Syakir berlalu dari ruang makan. Dia masuk ke bilik dengan menutup pintu bilik sekuat halilintar. Datin Syamsiyyah menangis teresak-esak. Ahmad menghampiri dan membantu mengambil penyapu. Dia tidak mengeluarkan walau satu kalimah memandangkan ibunya yang turut senyap. Sebelum dia sampai ke ruang makan, Puan Syamsiyyah menyedarinya dan segera memberhentikan tangisan untuk menyembunyikan apa yang berlaku.

Setelah bersih, dia sempat bergurau dengan ibunya.

"Ibu, cuba ibu teka, siapa yang kita kena sayang tiga kali?"

"Erm, mesti tiga kali je ke? Siapa ya?"

"Kan Nabi s.a.w sebut; ibumu, ibumu, ibumu...(2) Mestilah jawapan dia ibu"

Ahmad mencium pipi ibunya kemudian meminta izin untuk masuk ke bilik. Puan Syamsiyyah mengiringinya dengan pandangan sayu dan terharu.

bersambung

rujukan:
(1): Hadis sahih riwayat Muslim no. 2999.
(2):
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’”
(HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)


Rabu, 15 Mei 2013

Ahmad (1)


Ahmad mengintai-intai dari balik pintu.

"Ahmad!"

'O' oooo, habislah aku...'

"Ahmad, mari sini lah! Cikgu nak tanya ni. Ahmad Syukur bin Mohd Syakir!!! "

Suara keramat Cikgu Bahar bergema. Satu kelas diam. Satu kelas menoleh ke kiri dan ke kanan.

Mana Ahmad?!

"Cikgu, Ahmad ada kat luar ni. Dia menyoghok tak nak masuk kelas", Aliah yang pelat 'R' membongkar rahsia.

'Perempuan tak guna!', Ahmad mendengus. Kakinya melangkah masuk ke kelas dengan langkahan yang paling kecil. Kasutnya basah,kotor, dan...

Dia sudah berada dihadapan meja cikgu.

"Kenapa lewat?"

Tiada jawapan. 

'Pap!', selibas rotan mengenai punggung Ahmad.

Cikgu Bahar memandang Ahmad dari atas ke bawah. Pandangannya tajam. Misainya iras Sarjan Misai dalam Filem Gerak Khas. Dia mendengus.

"Kenapa kasut kotor?"

Sekali lagi tiada jawapan dan diiringi lagi dengan libasan. Ahmad hanya menahan. Bibirnya digetap kemas.

"Mana kerja sekolah?"

Ahmad segera mengambil buku dari beg sandangnya dan diserah kepada Cikgu Bahar dengan penuh harap. Harapan untuk diterima.

"Kenapa lambat hantar?"

Pap! Itu sebatan terakhir. Namun cukup membuatkan punggung Ahmad berdenyut-denyut. Boleh jadi juga berbekas. Semua pelajar Tingkatan 2 Kenanga ternganga. Kaget. Sayu. Apatah lagi Alia yang penuh dengan rasa serba salah. 

Ahmad menahan air mata dari balik kelopaknya. Tamat sahaja waktu madah Matematik, Ahmad segera ke tandas.

Ketika itu tiada seorang pun disitu. hanya Ahmad dan lantunan wajahnya di cermin muka. Ahmad membasuh muka. Dia memandang tepat ke cermin dihadapannya.

'Berkat. Berkat. Berkat', sambil itu dia mengurut-urut dadanya.

**********
Hari-hari dalam celikku,
Masih ada yang berjaga,
Mencari uang,
Memberi nafkah,
Cabuk yang boleh diganti,
Kotor yang boleh dibasuh,
Sakit juga boleh diubat,
Namun,
Sayang jangan dibiar hilang,
Cinta biar bertunjang,
Sampai masanya ia akan mekar...

Ahmad tersedu. Sujudnya lama. Sujud taubat yang penuh dengan kalimah 'mengapa?'. Usai salam, semuanya hilang. Tasyahhud menjawab segala persoalan hidupnya.

' Aku memang dilahirkan untuk ujian ini. Susah itu tuah! '

**********
Bilik guru hari itu heboh dengan cerita pelajar mereka ditimpa kemalangan dengan motor semalam.

"Mujurlah dia selamat. Patutlah semalam saya jaga pagar nampak dia compang-camping.", Mak Cik Piah menghangatkan suasana pagi di bilik guru. Dia berkerja sebagai pegawai keselamatan di sekolah itu.

Cikgu Borhan mendengar dari jauh. Telinganya bergerak-gerak. Segera dia menadah telinga untuk turut mendengar cerita Mak Cik Piah.

'Allah...'

***********

"Saudara-saudari sekalian, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Majlis Hari Guru peringkat sekolah. Sekian, terima kasih"

Perasmian Hari Guru dirai dengan gamat tepukan dari semua yang hadir. Sambutan Hari Guru kali ini punyai sedikit kelainan. Terdapat beberapa pertandingan yang disediakan seperti Teka Silang Kata, Nasyid dan Sajak. 

"Baiklah, sekarang kita jemput peserta sajak terakhir untuk mempersembahkan sajaknya. Dijemput, Ahmad Syukur bin Mohd Syakir dari 2 Kenanga untuk naik ke pentas", celoteh Pengerusi Majlis menggamatkan suasana.

Ahmad berdiri tegak. Dia berasa canggung sekali namun diberanikan. Ada satu semangat yang menghembus di telinganya. Matanya meliar mencari seseorang. Dia tidak jumpa. Matanya mulai berair. Dia tabahkan juga.

Dia mulakan juga.

'Allahumma fasyhad!'

bersambung...