Rabu, 25 April 2012

1...2...3...ACTION!


1) Bicara sama jin


Surah al-Jin. Sebuah surah yang berbicara mengenai adanya hubungan antara jin dam manusia. Jin mengakui bahawa manusia juga ada yang meminta pertolongan daripada jin.

Moral: Kenapa minta dari jin yang jugak akan masuk neraka kalau wat jahat dan punya kelemahan seperti manusia. Dan manusia pula lebih baik dari jin kerana kita terpilih untuk menjadi khalifah dimuka bumi Allah.

2) Kenalan lama


Taaruf bukan pada sesi ice breaking semata-mata. Tapi berterusan hingga mati.

3) Peringatan



bismillahirrahmanirrahim
عن ثوبان رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه ‏وسلم أنه قال ” لأعلمن أقواماً من أمتي يأتون يوم القيامة بحسنات أمثال جبال تهامة ‏بيضاً، فيجعلها الله عز وجل هباء منثوراً”. قال ثوبان: يا رسول الله صفهم لنا، جلهم ‏لنا، أن لا نكون منهم ونحن لا نعلم. قال: “أما إنهم إخوانكم ومن جلدتكم، ‏ويأخذون من الليل كما تأخذون، ولكنهم أقوام إذا خلوا بمحارم الله انتهكوها”
Tsauban radhiaallahu’anhu meriwayatkan sebuah hadith yang dapat membuat orang-orang soleh susah tidur dan selalu runsing akan amal-amal mereka. Tsauban radhiaallahu’anhu berkata, Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Aku benar-benar melihat diantara umatku pada hari Kiamat nanti, ada yang datang dengan membawa kebaikan sebesar gunung di Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikannya seperti kapas berterbangan, Tsauban bertanya, Ya Rasulullah, jelaskan kepada kami siapa mereka itu agar kami tidak seperti mereka sementara kami tidak mengetahui, Baginda bersabda; mereka adalah saudara-saudara kalian dan sebangsa dengan kalian, mereka juga bangun malam seperti kalian, akan tetapi apabila mendapat kesempatan untuk berbuat dosa, mereka melakukannya
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)
A big meaning for me.
ACTION!
Actions speak louder than words
Peringatan bersama =)
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan