Selasa, 24 April 2012

Masih ada yang sayang

'klup...klup...klup', tiga kali terapung. Balingan batu leper yang cukup pantas ke air Sungai Lembing menjadikan batu itu mampu terapung ke permukaan air sebnyak 3 kali sebelum ia tenggelam ke dasar sungai itu.

"Wooo, 3 kali tuh! Hang boleh buat?", Azmi mendekatkan kepalanya kepada adik perempuannya, Syima. Pertanyaannya berbaur 'anjing'an.

"Nak tengok? Hah, ambik nih!"

"Aduh! Sakitlah, dik!", Azmi mengaduh kesakitan apabila batu lemparan Syima tepat mengenai kepalanya. Mujur saja tidak kuat. Kalau tidak, memang bengang kepalanya.

" Awat hang berapi je ni, Syima?"

"Berapi tak berapi, yang penting...Syima tak mau balik kampung!"
"Awatnye? Kedah tu terkenal dengan kecantikan bendang sawah yang...Aduh! Awat ni dik? Aisy, ini dah kasar!", sekali lagi Syima membaling batu kecil ke arah abang tunggalnya itu.

"Hurm...", Azmi duduk bersantai seperti adiknya,Syima dan mereka berdua menghadap ke Sungai Lembing.

"Cuba adik cakap kat abang, kenapa adik tak mau sangat duk kampung tu? Adik tak suka nyamuk eh? Kita bawaklah Shouldtock attacks!", Azmi masih bergurau. Nun tidak jauh dari mereka, ada sebuah kenderaan pacuan 4 roda, CR-V berwarna perak. Terdapat sepasang suami isteri sedang berborak di dalamnya. Keduanya kelihatan agak berusia. Ya, merekalah ibubapa kepada Azmi dan Syima.

"Abang, kalau kita duk kampung nanti kan...mesti opah asyik suruh kita mengaji je lepas maghrib kan? Isy, bosanlah..."

"Abang pun, risau gak. Abang dahla tergagap-gagap lagi. nanti duk ulang bismillah je la yang laju. Lepas tu, kena libas lah paha abang ni..."

"habis tu, kenapa abang tak tolak waktu mak cadang nak hantar balik kedah untuk cuti ni?" Syima memuncungkan mulutnya sambil tangannya menguis Azmi.

Azmi memandang adiknya sekilas. Petang itu, cuaca baik. Tidak terlalu panas seperti biasa dan tidak ramai orang menuju ke situ.

"Habis tu kita nak duduk mana,dik? Ayah dan mak nak pi umrah. Lagipun, depa dah habis reng pikir nak hantar kita dekat mana sementara depa ke tanah suci. Apa salahnya sesekali kita dengar cakap mak ayah. Asyik-asyik kita mintak itu ini. Takkan kali ni..."

"Ok...ok, fine! Kita cuba, kalau tak tahan...cau lah", Syima membaling sebiji batu ke dalam sungai.

"Syima nak cau, Syima cau sorang-sorang. Abang tak mau teman", Azmi menjawab selamba.

"Abang!"

"Ah, malas dah nak ikut manja Syima. Ikut cakap ayah mak kan dapat pahala", Azmi mengingatkan adiknya.

"amboi, sejak bila jadi ust ni, haji azmi?", Syima menganjing abangnya.

"Apa Syima ingat ust je yang berhak cakap pasal dosa pahala. Islam tu cantiklah, Syima sayang. Islam untuk semua orang. Even abang ambil course engineering, abang pun berhak juga terangkan dekat adik abang sorang ni mana pahala mana dosa, sekadar ilmu abang.", Azmi lembut menjawab 'anjing'an adik tunggalnya itu sambil mencuit hidung Syima.

"Aik, ini berubah mesti kes jumpa perempuan ayu yang solehah, cantik, lemah lembut..."

"Hurm, apa apalah kamu ni Syima. Cuma abang nak ingatkan kamu satu saja, hidayah Allah tu selalu saja datang, tapi kita tak sedar. Kalau kita sedar pun, jarang kita ambil tahu dan hargainya. That's mean, Allah sayang kita, tapi kita? syima fikir sendirilah ye...", Azmi meninggalkan adiknya dengan persoalan yang perlu dijawabnya sendiri. Sempat dia menggosok kepalanya adiknya yang tidak bertutup itu. Dia punya maksud tersendiri.

Mentari semakin terbenam. Mereka sekeluarga bertolak ke Kedah. Sebenarnya mereka dari Bandar Kuantan,Pahang yang singgah makan angin petang itu di Sunagai Lembing, Pahang dan telah menjamak dan qasarkan solat mereka dengan jamak taqdim ketika dalam perjalanan ke Sungai Lembing. Jadi rehlah mereka terus bermula dengan aktiviti mandi-manda di Sungai Lembing.

Dalam perjalanan, Syima merenung ke luar jendela. Malam itu gelap. Highwaygelap tanpa lampu jalan yang menyinar suasana malam.

'kalau tak ada satu lampu ni, mesti gelap kawasan nih', Syima bermonolog. Azmi pula hanya memerhatikan adiknya yang ralit mengelamun di sebelahnya. Azmi, pelajar UTP bidang asasi kejuruteraan tahun ini. baru 1 bulan dia menetap di UTP, Tronoh, namun 1 bulan itu memberi makna yang besar buat hidupnya apabila berkenalan dengan seorang sahabat yang sentiasa mengajaknya ke arah kebaikan, iaitu Aizad.

********
"Aizad, aku risau ah..."

"kau nak risau apa? exam? InsyaAllah, man jadda wajada kan?"

"Tak, aku risau benda lain..."

Aizad hanya memandang wajah sahabatnya itu. Ada rona malu dipipi Azmi.

"dude, just say to me what make you so so...erk...so runsing today?", Aizad kadang-kadang terlupa kalimah English yang senang-senang, tapi dia percaya 'practise make perfect'.

"Kau ingat tak kuliah subuh yang aku malas nak pergi tadi? Yang kau angkat jugak aku pergi ambik wuduk, ikut kau?"

"Ha, aku ingat. Kenapa?"
"Kan ustaz cakap, terjemahan ayat surah Yasin 
‎"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. " 
(yaasin:65)
Habis tu, aurat aku yang sokmo terdedah tu, nanti lutut akulah yang bercakap eh?"

"Erm, bila kau bukak aurat, Azmi? Setahu aku, kau ni jaga aurat je..."

"Tadek,dulu... sebelum aku jumpa kau, aku kat umah pakai short pant je men bola. Yelah, tak lawas main bola seluar panjang. Alamatnya terbukaklah lutut nih", Azmi menunjukkan kepala lututnya kepada Aizad, kemudian menunduk. Seakan ada penyesalan yang membukit dibahunya. Azmi masih terduduk diatas katil. Kemudian, Aizad merapatinya dan menepuk bahunya. Kemudian, Aizad tersenyum.

"Azmi, tahu tak? Orang fasik tu anggap dosa macam lalat hinggap atas hidung. Bila dihalau lari, kemudian datang balik. Tapi kau tak macam tu. Kau ada ciri-ciri mukmin yang Allah sayang yakni bila kau buat salah, kau rasa macam something yang terlalu berat macam bukit menghempap kau, kan?"

Azmi mengangkat kepalanya. Dia memandang Aizad. Cahaya Dhuha masuk ke bilik mereka dengan udara pagi yang mempesonakan. Mereka duduk berempat dalam satu bilik. Dua orang rakan sebilik mereka yang mengambil jurusan perniagaan sudah setengah jam keluar menghadiri kelas ekonomi yang bermula jam 8.30. Sedangkan kelas Azmi dan Aizad bermula jam 10 pagi. Tapi mereka sudah pun berkemeja dan bertali leher dengan kemas. Cuma menanti hendak Dhuha. Tapi peristiwa sebelum Dhuha itu bersambung lagi.

"Aizad, aku dah banyak tersimpang, kau tahu? Bukan mak ayah aku tak pernah larang,tapi...Hurm, aku dah tak tau nak buat apa. Mujur aku jumpa kau...Kalau tak..."

"Azmi, aku cuma wasilah. Hidayah itu milik Allah. Dia selalu saja beri hidayah pada hambaNya, cuma kadang-kadang kita tak sedar dan ambil mudah. Aku pun ada masa lagho jugak, kawan! Jadi, bila aku lagho, kau pulaklah yang tolong erk?", Aizad bangun dari kedudukannya dan menghamparkan sejadah di satu bucu bilik. Qiblat benar-benar menghadap mentari dhuha.

"Aizad, tapi aku dah kotor...tak macam kau!"

"Kau malah lebih suci dari aku kerana penyesalanmu. 
‎"dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa"
(ali-imran:133)
Allah menyayangimu, Azmi", Aizad tersenyum dan membetulkan kedudukan berdiri tegaknya. Dia mengangkat takbir.

Azmi tersentak seketika. Dia mengambil terjemahan al Quran dan membuka surah ali imran ayat 133. Tak semena-mena,air matanya berderai jatuh. Dia asyik dengan tangisannya sehingga tak perasan Aizad sudah keluar dari bilik itu. Sengaja dibiarkan sahbatnya tenggelam dengan ayat-ayat suci al-Quran. Aizad bangga kerana punyai seorang sahabt yang dikurniakan hati yang lembut seperti Azmi sedangkan dia perlu buat-buat nangis ketika mengaji.

bersambung...

12.38 a.m
25 april 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan