"Solehah, kalau solehah pakai bedak mesti tengok cermin kan?"
"Erk, mestilah kak!"
"Kalau muke Solehah tampung bedak, Solehah nak sapu dekat cermin ke , Solehah sapu muke Solehah?"
"Mestilah saye sapu muke saye dulu, kak"
(muke blur yang memahami)
"Jadi faham tak maksud akak?"
Dia mengangguk.
"jadi Solehah kene terima siapa sahaja kawan Solehah. Kan kite selalu dengar, kawan itu ibarat cermin. Jadi, kalau kite ade nampak yang buruk pada kawan, kite kene betulkan diri kite dulu. Betul tak? Jadi, kite mulakan perubahan dengan diri kita" (senyum)
Dia senyap. Tunduk. Mungkin kata 'saya tak kuat' menguasai dirinya.
"Akak faham keadaan Solehah. Tak semua kite boleh buat directly proportional. Akak tahu susah
untuk Solehah. Tapi Allah tak bebankan kite dengan something yang kita tak mampu. Dan untuk berubah, Allah tak pernah nak tengok natijahnya, tapi usaha. Sikit-sikit ye, sayang (senyum) "
Mengangguk dan senyap lagi. Perasaan nak menangis pun ada melihat wajah yang menahan satu bebanan tanggungjawab. Satu usapan pada kepala diterima Solehah.
" Akak sayang Solehah macam adik akak sendiri. Jadi apa yang baik pada adik akak, akak harap itu ada pada Solehah. Apa yang baik dari Solehah, akak nak ajar dan terap pada adik akak. Solehah cube ye, sayang"
Solehah mengangguk. Tidak pasti samada matanya berair atau tidak. Yang pasti, Solehah bukan jenis 'pecah empangan' di hadapan manusia. Dia bukan orang yang seperti itu. Suasana sepi. Masing-masing ralit melihat kerdipan bintang dilangit.
Sebuah penceritaan menarik yang pernah saya dengar. Dan saya tak akan dapat sesekali bayangkan suasana indahnya.
"..tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah di hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus."
(al-hujurat: 7)
Allah, rahmatilah kami semua dalam berukhuwah. Dan saya rindu pada 'tujuan'
Dia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan