Khamis, 19 April 2012

Mengumpul malu

Kata ahli motivasi,, tandatangan menampakkan perwatakan. Saya sokong, cuma tak tahu ciri-ciri perwatakan tersebut. Tapi saya tahu, ciri saya jenis apa :)

Akhir-akhir ini, adik saya (unais) suka mengumpul koleksi perkara yang memalukan diri....masalahnya semuanya berkaitan dengan diri saya. Sebab, dia banyak bersama saya kebelakangan ini, jadi dia kumpul dalam cereberum dia untuk direvisekan time saya mendapat malu lagi. Apa yang dia buat, akan menambahkan lagi 'blusher' pada riak wajah saya.


Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. 
(yaasin:65)


Saya terfikir pulak, macam mana dengan ayat ini? Suatu hari nanti... Saya nak jawap apa kalau perkara-perkara maksiat saya dibentangkan. Dan ketika itu, mulut saya dah ada 'mangga'. Anggota badan yang menjadi saksi dan menerangkan segalanya. Pernah saya diingatkan dalam usrah dengan adik2 matin (akhawat) oleh ukht Hajar tentang ayat ini, dan waktu itu semua terdiam. Terpempan dan terkesima.

p/s: saya selesa dengan watak Mia dan Maisarah. InsyaAllah, akan ada perlanjutan kisah mereka bertemakan pelbagai tema. Tema yang lepas mengenai solat dhuha. Coming soon, insyaAllah tema Qiam. ni'ma ajrun amilin, insyaAllah.... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan