Isnin, 30 April 2012

Jangan remehkan ia

Agamaku,nyawaku,
Agamaku tetap akan menjalar,
Walau nyawaku terhenti,
Namun,
Nyawaku tak bererti jika agamaku hilang.

Kerana Islam,
bukan remeh,
Boleh dicedok hanya bila perlu,
Bukan!
tapi segalanya perlu dilihat pada kacamata Islam terlebih dahulu,
bukan sekadar melogikkan keputusan,
mengharuskan perbuatan,
tapi neracanya mesti islam.

Duhai diri,
aku merayu, dalami
Selami pertembungan itu,
Duhai muslim,
mari bersama kaji,
Kerana dua falsafah itu bertembung,
antara falsafah hitam dan putih,
Kafir dan islam,
Hanya berat,
bila diambil berat,
menjadi remeh,
bila dianggap remeh.

Jangan remehkan ia,
bila kita dalaminya,
kita akan faham,
kita akan cakna,
kita tidak akan sambil lewa dengan helah si perosak agama!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan