Ahad, 22 April 2012

Tiada penjaga

Allah,
Aku mohon,
Jagakan dia,
Dia yang kusayang,
Dia yang kucinta,
Kerana Engkau.

Allah,
Aku bukannya sehebat siapa-siapa,
Cukuplah sehebat saya,
Mengharap dapat menjadi temannya yang setia,
Walau dunia mewarnakan perang hidupnya,
Biar sekitar memuncungkan mulut padanya,
Aku tetap ingin mencintainya kerana Engkau,
Maka; tolong jagakan dia

Allah,
Mungkinkah cinta ini benar keranaMu,
Atau sekadar kerana rupa atau sekutu,
Allah,
Kerana aku kini jauh,
Dan dia juga sedikit jauh,
Tolong aku,
Tolong aku jaga dia,
Aku tinggalkan dia tiada penjaga,
Melainkan hanya Engkau sebaik-baik penjaganya,
Sentiasa hanya Engkau yang menjaganya,
Sentiasa Engkau

pengharapan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan