"Lambat lagilah! Aku tidur lewat malam tadi,ko tahu?", Maisara menengking rakan sebiliknya. Mia pula seakan sudah terbiasa dengan perangai sahabatnya itu. Sudah tidak ada kalimah terguris dalam hatinya dengan tengkingan selantang itu.
"Aku tahu tu. Kau berfb dengan mamat 'katering' tu kan? Tak apalah,kawan. Hal malam tadi sepatutnya tak jejaskan siang kau yang indah ni.", Mia memujuk Maisara supaya bangun.
"Erk, apa kau cakap? Mamat 'katering'?"
"Habis tu, kalau aku panggil mamat kerinting, lagi kau hangin kan?"
Muka Maisara merah padam. Dia bangun dari baringannya. Mulutnya muncung sedepa. Dia membuang selimut ke lantai. Kemudian mengambil tuala menuju ke bilik air sambil kakinya dihentak-hentakkan.
Mia hanya senyum kambing.
'Keanak-anakan! Tak apalah, asalkan kau tak bazirkan waktu dhuha yang berkat nih', Mia berbisik kecil dalam hatinya sambil tangan melipat selimut Maisara. Dia tegangkan cadar dan kemaskan meja belajar sahabat sebiliknya itu. Ya, di UPM, satu bilik ditempatkan dua orang. Dan takdir menemukan Mia dan Maisara untuk asasi sains pertanian program Skim Pelajar Cemerlang yang khas dibuat untuk oleh MARA untuk pelajar MRSM yang cemerlang sewaktu Percubaan SPM. Skim ini (SPC) membolehkan pelajar yang layak untuk memulakan pelajaran di universiti tanpa menggunakan SPM dan sesinya lebih awal berbanding pelajar yang lain.
15 minit berlalu. Maisara keluar dari bilik air dengan tuala yang membungkus di kepala. Dia sedikit terkejut melihat tempat tidur dan meja belajarnya begitu kemas. Dia memandang Mia yang sedang bersujud. Usai Mia berdoa, Maisara terus menerkam Mia dengan soalan...
"Asal kau kemas tempat aku ha? Untuk pengetahuan kau, aku tak suka orang buat kerja aku! Huh..."
Mia terkejut, kemudian tergelak kecil. Dia melipat telekung kemudian bersiap-siap untuk ke kelas dengan Prof Amir. Sambil bersiap, dia sempat mengusik Maisara.
"Sara...Sara, pernah tengok cerita Dora the Explorer tak? Swiper kan suka mencuri...Aci tak kalau saya anggap arahan awak tu macam arahan Dora. Dan saya pula jadi Swipernye...Kadang-kadang saya ikut, kadang-kadang tak. Kalau awak sempat bagi arahan, saya ikutlah. Kalau lambat, hehe...terbuatlah.", Mia menggalas beg sandangnya sambil memegang sebiji buku rujukan yang tebal.
"K, la. Saya dah lambat ni. Ada janji nak pi belanja breakfast dengan Amal. Nak ikut? Kalau awak bangun awal tadi mesti saya belanja breakfast pagi ni dengan Amal. Assalamualaikum...", Mia keluar dengan meninggalkan cebisan senyuman yang manis.
'Aik, kau perli aku, Mia? Dan kenapa aku nak terasa kena atas batang hidung erk? Hurm, tapi betul jugak...Kalau aku bangun awal sikit tadi, boleh dapat breakfast free. Tapi tadi Mia solat ape? Subuh ke? Awat lambat sangat? Tapi pagi tadi kan aku berjemaah dengan dia..."
Maisara mematikan monolognya. Dia segera bersiap kerana jam sudah menunjukkan pukul 8.30 am. Kelas dengan Prof. Amir bermula pukul 9.15 am. Kalau dia lambat, alamatnya berkeronconglah perutnya pagi itu. Kena tunggu pukul 12.15 pm, barulah berisi gamaknya.
Jam menunjukkan pukul 1.30 pm. Mia dan Maisara sedang berjemaah zohor dibilik. Usai salam, Maisara yang sebagai makmum membacakan doa setelah disuruh oleh Mia. Lancar, doa yang dibaca Maisara lancar. Apa tidaknya, Maisara pernah bersekolah di sekolah agama sewaktu sekolah rendahnya. Disitulah dia belajar mengaji dan mengeja jawi.
"Mia, nak tanya sikit boleh?"
"Hurm, tanye je la." Mia masih murah dengan senyuman.
"Kau kan dah solat Subuh pagi tadi. Siap jadi imam aku lagi tu. Kau solat semula ke sebelum pi kelas tadi? Apa batal ke solat Subuh kau pagi tadi? Maksudnya aku kena solat semula jugaklah ye?"
"Taklah,sayang oi! Saya solat sunat Dhuha..."
"Erk,Dhuha? Pernah dengar and belajar tapi...hehe", Maisara tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Tapi ape? Tak pernah cube?", Mia meneka sambil tersenyum lagi.
"Tapi apa functionnya? Aku tengok dulu-dulu, kawan-kawan aku wat solat dhuha time nak dekat pekse sampai kuar result je. Depa kate, murah rezeki....murah rezeki. Tapi aku tengok, depa rase murah rezeki tu bile dapat result gempak je. Then, after result tak nampak batang hidung pun orang yang selalu tak pi rehat untuk wat solat dhuha kat surau sekolah dulu. Sebab tu aku tak buat...Kan Allah suka amalan orang yang sikit tapi istiqamah than orang yang wat banyak tapi tak istiqamah...hehe"
Mia memandang Maisara. Muka Maisara nampak seperti orang yang ingin tahu. Dan perlu untuk dia bersihkan tanggapan negatif sahbatnya itu.
"Sara, esok pagi tak da kelas kan?"
"A'ah, mestilah. Esok kan hari minggu! Apalah kau ni, Mia..."
"Nak ikut saya pi jalan-jalan tak? Breakfast saya belanja", Mia memandang Maisara dengan penuh harap.
"Aisy, pandangan kau ni buat aku tak mau tolak. Apatah lagi breakfast free, kot! Setuju2! Kul berapa nak keluar?"
"7.00 pagi siap dengan pakaian sukan"
"Ha, pukul 7? Hang jangan main-main, Sara. Aku dah janji dengan...."
"Mamat katering tu nak berfb lagi? Tak bosan ke, Sara? Dahla dia suka cari pasal dengan kau. Kate couple sejati. Sejati taik kucing! Dia tak hormat kau langsung kan?" Mia sedikit selamba kerana sudah selalu bercakap dengan Maisara akan hal itu.
"Memanglah, tapi dia sweet~ Romantik sangat!"
"Ergh, amik ni. Bace, baca makna dia sekali. Fikir banyak kali, siapa lagi sayang kau! Siapa lagi sweet!", Mia menyerahkan al-Quran terjemahan berkulit biru muda. Ada satu penanda pada mukasurat 531 rasm uthmani. Surah ar-Rahman, dan Maisara terpempan. Sejak itu, Maisara langsung tidak bercakap. Senyap walaupun dengan Mia. Mia jadi hairan dan serba salah dengan tindakannya.
Sampai waktu malam pukul 10 pm. Mia mendekati Maisara.
"Erk, Sara...saya ...saya, saya minta maaf kalau-kalau saya berkasa dengan awak tengah hari tadi", muka Mia terkulat-kulat.
Maisara hanya tersenyum. Dia menggelengkan kepala. Kemudian dia ke bilik air dan menggosok gigi. Setelah menggosok gigi, dia kembali ke katilnya dan mengebas tilamnya dengan selimut biru laut. Tindakan Maisara yang dari tadi diam membuatkan Mia bertambah rasa serba salah. Mia kembali ke tempat tidurnya. Maisara pelik malam ini. Dia tidur awal.
"erm, Mia! Thank a lot! You have give me a meaningful lesson from Him. You're right. Fabiayyi alaa i rabbikuma tukazziban", Maisara menarik selimutnya dan menutup lampu tidurnya.
Mia tersenyum. Dia bersyukur. Dia tenang. Tidurnya nyenyak, alhamdulillah bergemersik dihatinya.
Burung berkicauan di tepi tingkap sebuah bilik yang sudah tidak berpenghuni. Penghuninya baru sahaja keluar berdua ke sebuah tempat rekreasi berdekatan dengan UPM dengan menaiki teksi.
Sampai sahaja Mia dan Maisara di sebuah taman rekreasi yang terletak berdekatan dengan UPM, Mia membayar tambang teksi dengan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pemandunya.
Mia berdiri di kawasan berumput. Maisara mengikut jejaknya. Mereka berdua menarik nafas. Udara yang segar.
"Mia, jom dhuha. Lepas tu baru joging." Maisara tersenyum.
"Jom!"
Sebelum mengangkat takbir, Maisara bersuara.
"Sahabat, Allah dah kasi kita banyak. So, tak salah untuk kita luangkan masa dhuha untuk Dia sebagai tanda syukur. Rezeki bukanlah apa yang zahir je, yang penting ketenangan dalam Islam itu merupakan rezeki yang paling berharga, kan Mia?"
Mia mengangguk. Niatnya untuk menerangkan mengenai dhuha kepada Maisara pagi itu menjadi penerangan pula buat dirinya.
Usai salam, Maisara membaca doa.
Kemudian, dia menyalami Mia dan memeluknya.
"Thank,dude. Uhubbuki fillah"
Mata Mia bergenang air. Dia tahan, kerana dia bukan orang yang menangis dihadapan orang lain.
Tamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan