Sabtu, 14 April 2012

Cinta berbaki



Cinta berbaki

Sebak, terharu, termangu...
Itu merupakan saat-saat yang manis dan pahit, aku kumpulkan sehingga hari ini. benarlah, niat yang baik akan berakhir dengan kebaikan walaupun cuma sekelumit kebaikan.

Aku pernah dididik dengan;

"Sayangilah yang dibumi, kau akan disayangi yang dilangit"
Kerana seruan ini, aku bangkit menaburkan harumannya. Walaupun aku pernah jatuh pada papan hidup yang sama; gagal dalam berukhuwah.

Ketika sekolah yang lama dulu, sahabat-sahabat selalu sebut; Uhubbuki fillah. Aku hadam. Aku percaya, kerana kebenarannya telah mereka kota. Dan saat itu, aku terpaksa melalui perpisahan yang diduga namun tak pernah diharapkan. Untuk pengajian dunia dan akhirat.

Sebuah AIM

Kali ini, perkara serupa berlaku. Madrasah ini mencatatkan hitam putihnya yang tersendiri. masam manisnya yang menceriakan, juga tangis senyumnya yang tak terbawakan oleh kenangan. Akademi Ikatan Muslimin, aku rindukan baunya. Irama nasihat para murabbi, meski satu jam pelajaran, diambil 5 minit khatirah yang mamaknakan kehidupan.

Sahabat-sahabat yang menceriakan
Tiada yang membuatkan aku menangis, kerana teringatkan. Bukan sekadar teringatkan kesilapan dan khilaf, tapi juga kenangan ini. Allah, betapa perpisahan memeritkan. Mereka melupakan aku pada yang tidak sepatutnya. Mereka melaghokan aku daripada yang sia-sia. Mereka mengejutkan kealpaan yang sengaja. Mereke...mereka anugerah Tuhanku dalam hidup ini.

Mendidik dan dididik...
Adik, akak sayang kalian. Kalian mengajar erti mendidik dan dididik. Sangat-sangat mengajar even only for 3 months, right?

Target

Hidup bukan untuk berhenti, tapi diteruskan dengan perancangan yang rapi. Wat lek wat peace, Dakwah jangan lupa, please! :)

Uhubbukunna fillah...You'll never be my friends but always be in my heart.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan