Kita rijal penerus dakwah. Kita nisa' pembawa kemenangan pada Islam ini. Kitalah orangnya. Jika bukan kita, masih ada yang layak, tapi rugilah kita sebagai ummat Muhammad yang mempunyai pelbagai keistimewaan kerana Muhammad s.a.w. Maka tidak harus kita lekakan iman, ilmu dan amal yang menjadi bukti kukuh bahawa kitalah pejuang tersebut.
Tidak mahu tidak, iman perlulah bersih. Suci dari syirik; syirik besar apatah lagi syirik kecil seperti riak,ujub, sum'ah dan sebagainya. Pentingnya penerapan 'hayati kulluha lillah' yang bermaksud 'hidupku semuanya untuk Allah'.
Ukhti muslimah harus berusaha dengan juhud yang tinggi agar setiap yang dilakukan benar-benar kerana Allah walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Contoh yang dapat diberikan adalah dalam kita berziarah saudara-mara dan sahabat, niatkanlah kerana Allah dengan merasakan itu adalah sunnah yang harus diamalkan. Sememangnya picisan daripada ziarah dapat mengeratkan ukhuwah, namun bukan itu yang dikejar kerana yang memegang hati manusia adalah Allah dan yang mengeratkan serta memisahkan dua hati itu juga Allah. Maka, tajdidkan niat sentiasa walau niat mengeratkan ukhuwah itu satu kalimah yang nampak ke'islamik'kannya, tapi tajdidkan kerana Allah kerana mungkin kita lebih renggang jika ukhuwah yang kita harap-harapkan itu tidak terjalin pun.
Ukhti juga perlu cakna dengan amalan yang dilakukan. Yang passti, Allah akan menyukai orang yang melakukan amalan wajib dan mencintai orang yang rajin mengerjakan amalan sunat. Tetapi jangan pula berkejar dengan perkara sunat sehingga mengabaikan yang fardu.
"Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku
akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan
dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku
fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalanamalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku
pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat
sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya
yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan
sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya. "
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Kesimpulannya, segalanya bermula dari taqwa. Ada taqwa, insyaAllah tiada masalah. Kalau ada masalah, dengan taqwalah ia selesai dengan izin Allah.
22-31: Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia (Allah). Sesiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah dia seolah-olah jatuh dari langit, lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.
22-32: Demikianlah. Dan sesiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.
22-32: Demikianlah. Dan sesiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan