Ustazah Huda masuk kekelas dengan membawa sebatang rotan halus. Suasana kelas itu tiba-tiba senyap, kemudian suara pelajar-pelajar yang sedang murajaah Al-Quran kembali bergema seperti bunyi sekawan lebah yang balik ke sarangnnya.
"Aiwah, Matin...Ta'ali hena (mari sini) "
Matin segera menyahut arahan guru Al-Qurannya itu. Dia membuka surah Hud dan memulakan bacaannya pada ayat 62. Sampai sahaja pada ayat yang ke 88, dia berhenti. Lama dia berhenti membaca. Ustazah Huda hairan, lalu bertanya.
"Li (kenapa) ?"
Matin terperanjat dengan pertanyaan gurunya itu. Tanpa memjawab persoalan itu, dia menyambung bacaanya sambil menangis. Semua yang terdengar bacaan Matin turut terharu walau mereka hanya memahami sebahagian sahaja daripada ayat tersebut.
"Dia (Syuaib) berkata, "wahai kaumku! Terangkan padaku jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan aku dianugerahiNya rezeki yang baik (pantaskah aku menyalahi perintahNya) ? Aku tidak bermaksud menyalahi kamu terhadap apa yang aku larang darinya. Aku hanya bermaksud (mendatangkan) perbaikan selama aku masih sanggup. Dan petunjuk yang aku ikuti hanya dari Allah. Kepada-Nya aku bertawakkal dan kepadaNya pula aku kembali"
Matin memberhentikan bacaannya disitu kemudian dia meminta izin dari gurunya untuk ke tandas. Airmatanya masih mengalir ketika dia berlari ke tandas. Sebak, tapi tiada siapa yang memahami isi hatinya.
Ustazah Huda melihat tindak tanduk Matin, kemudian dia tersenyum.
Ustazah Huda seorang guru Al-Quran berbangsa Arab merupakan sarjana muda Al-Quran dan Sunnah di Universiti Al-Azhar.Kelas mengaji yang diusahakan oleh ustazah Huda, sejak 5 tahun lalu mensasarkan agar pelajar-pelajarnya khususnya berbangsa Melayu mahir mengaji dengan bertajwid dan menghafaz al-Quran dengan tartil. Padanya, bangsa Melayu merupakan antara bangsa yang paling mudah dibentuk lidahnya mengikut sebutan makhraj huruf arab yang tepat. Selain itu, dia juga arif bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang penuh dengan budi pekerti yang luhur. Apa yang membuatkan kelas mengajinya itu lebih menarik adalah semua pelajar terdiri daripada pelajar perempuan. Suasana seperti inilah yang dapat menjaga ikhtilat dan hafalan para pelajar.
Selepas habis kelas sesi itu, semua pelajar menyalami Ustazah Huda. Matin adalah individu yang terakhir sekali menyalami gurunya itu. Ustazah Huda memeluk erat anak didiknya yang paling disayanginya itu. Sebelum mereka berpisah, sempat dia meninggalkan pesanan kepada Matin dengan ayat 63 dari surah Al-Anfal yang bermaksud;
"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfaqkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa Maha Bijaksana."
Ustazah Huda menyambung lagi nasihatnya dalam bahasa pengantaranya- bahasa Arab.
"Matin,bersabarlah! Anggaplah itu satu ujian. Walau seberat manapun ujian, Allah tetap sedia mendengar rintihan tahajud hambaNya."
Matin meminta izin untuk mengundur diri. Hari itu, hari Khamis. Pukul 12 tengah hari, waktu kelas al-Qurannya tamat. Dan hari itu serta waktu itu, hatinya sedikit terubat.
'Tuhanku Maha Perkasa, Tuhanku Maha Bijaksana, Tuhanku Maha Pemberi Hidayah', Matin memujuk lagi hatinya dalam perjalanan pulang ke BKAN Pahang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan