Jumaat, 23 Disember 2011

Berkongsi kasih

Ok, cemburu tak kalau anda perlu berkongsi kasih dengan orang lain?
Semestinya ya!

Jangan salah telah. Contoh saya di sini, contohnya kakak kita. Dia ada orang lain sayang dia jugak. Umur ala-ala kita. Tapi sebab kita 'jealous' sangat, kita ingat dia sayang orang lain tu lebih daripada kita. Jealous kan?

Tapi kan dik, adik kena ingat, pepatah Melayu ada sebut, air dicincang tak akan putus kan?
Jadi sebab itulah yan membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan, meskipun dicincang-cincang, takkan orang tu terkeluar daripada tali kekeluargaan meskipun berlainan agama.
Maksud akak kat sini, mestilah akak akan sayang adik-adik akak lebih daripada orang lain-kalau saya kakak dan itu sememangnya saya kakak.

Tapi adik selalu salah sangka. Bila akak tegur adik when adik wat salah, adik kata akak tak sayang adik. When akak marah adik buat perkara yang bahaya, adik merajuk, kata akak sayang orang lain lebih daripada diri adik.

Tak pernah pun terlintas akak tak sayang adik.
Sebab sayanglah akak tegur.
Sebab cintalah akak marah.
Akak tak mau adik jadi pelik yang merbahaya.
Pelik tak apa tapi jangan membahayakan dunia akhirat.
Akak tak mahu adik buat apa yang Allah tak kasi, dan akak harap adik pun tegur akak bila akak wat salah.
Tak salah kan kalau adik tegur akak? :-)

Tapi dik, akak kena sayang orang lain jugak. Sebab kita semua bersaudara. "Innamal mukminuna ikhwah" kan?
Jadi, akak kena sayang orang lai jugak sebab " sayangilah yang dibumi, kamu akan disayangi yang dilangit" .
Akak pun nak Allah sayang akak. Macam adik selalu nak. Jadi sama-samalah kita sayang-menyayang! cinta dikenang! Barulah Allah sayang!

Adik, tapi adik kena faham makna sayang dan cinta yang sebenar. Adik kena belajar sikit-sikit. Akak pun tengah belajar, jadi kita belajar sama-sama ya!

Kita belajar dan saling mengajar makna sayang melalui cinta Allah :)

ta'allamu wa tu'allimuh

Wassalam :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan