Khamis, 22 Disember 2011

Pelik!


Pelik!
Kenapa orang selalu marah?
Kenapa syaitan suka orang marah?
Kenapa Allah tak suka orang yang suka marah?

Pelik!
Kenapa orang tak suka dimarah?
Kenapa orang tertekan bila kena marah?

Marah itu api,,
Syaitan itu juga api,
Maka dia suka,
Kerana marah membawa bahana,
Kerana marah, mulut dibuka,
ucap nista,
kata hina,
terluah tersembur tek sempat difikir.

Bukankah ada yang ke neraka kerana mulut,
Allah sayang hamba Dia,
tak mahu hambanya marah tak semena-mena,
Sebab marah membawa kepada perkara hina,
mencarut, bunuh diri, mengamuk dan sebagainya,
Bila itu semua dibuat,
Jawabnya dosa,
Bila dosa banyak,
jawabnya neraka.
Jadi Allah tunjukkan jalan terbaik,
Nabi sampaikan yang terbaik,
dari Allah Yang Maha Baik.

Bukan seorang manusia saja ada perasaan,
Bukan kita seorang beremosi,
Kalau mahu emosi berwarna warni,
Hidup ceria berkualiti,
Maka jangan marah-marah

:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan