Selasa, 20 Disember 2011

Mana nak sama?


"Dua,tiga kucing berlari...mana nak sama si  kucing belang?"
Itu lagu tema drama cilipadi. Saya ingat lagi cerita tu sampai sekarang. Tapi tentang wataknya saya tak ingat semua. Yang paling best time episod penculikan budak-budak tu. Seronok!

Saya dengar pula satu lagu tema sebuah rancangan realiti arab;
"Kalau kamu masih bersama kami..."
Dan saya juga masih ingat serba sedikit Sirah Nabawiyyah karya Abu Dhom-dhom :) ketika di Irsyad dulu. Alhamdulillah, seronok belajar.
Saya tak mahu berhenti daripada terus mendengar kisah-kisah nabi dan para sahabat kerana ada benarnya pepatah; "orang yang tidak menghayati sejarah akan mengulanginya kembali".

Sungguh, benar-benar kagum pada keperibadian Muhammad s.a.w.
Seorang anak yang iffah pada ibu angkatnya, Sa'diyyah.
Seorang sahabat yang setia
Seorang peniaga yang jujur dan berjaya
Seorang suami yang lemah-lembut pada isterinya
Seorang bapa yang tegas dan berhikmah dalam mendidik anak dan cucunya
Seorang panglima tentera yang hebat
Dan seorang pemimpin negara yang berwibawa

Maka benarlah kata al-Quran
"laqad kaana fi rasulillahi uswatun hasanah"

Dan keperibadian inilah yang ingin Allah sampaikan kepada manusia agar dicontohi kerana ia sememangnya bersesuaian denga fitrah semulajadi insan.
Itulah tujuan pengutusan Nabi dan Rasul.

Aku manusia biasa
Kadang-kadang kita terfikir, kita tak mampu nak menjadi se'perfect' Muhammad s.a.w. Sememangnya, logiklah pemikiran itu! Kerana tiada manusia yang perfect akhlaknya dan maksum, kecuali Muhammad s.a.w.
Jadi, dengan menjadikan baginda sebagai idola, insyaAllah, peribadi yang baik dan atitud yang berakhlak dapat dibentuk.

Namun, jika kita mahu menjadikan seseorang itu sebagai idola dan yang dicintai dalam hati kita, semestinya asasnya kita mengetahui salasilah perjalanan hidupnya serta orang yang dicintainya. Kerana bagi saya, siapa yang dicintainya itu mempunyai suatu perwatakan yang membuatkan baginda mencintainya. Bukankah kita mahu dicintai Rasulullah?

Oleh kerana kita kata kita tidak mampu mencontohi baginda se'perfect' perwatakan baginda, tidak salah kiranya kita mencontohi terlebih dahulu perwatakan baik atau pengajaran yang dapat diambil daripada kisah baginda s.a.w. bersama orang-orang yang dicintai contohnya para sahabat.
Disini saya sertakan sedikit sisipan siapa yang ingin saya cintai dan ingin dijadikan idola selepas Muhammad s.a.w;

Abu darda':
Seorang peniaga dan abid yang setia. Beliau merupakan seorang yang paling terakhir di Madinah di kampungnya yang memeluk Islam.
Oleh kerana penyesalannya kerana menjadi orang yang terakhir memeluk Islam, dia menjadi bersungguh-sungguh dalam apa jua ibadah termasuk menuntut ilmu.
Satu hari beliau terasa perniagaannya mengganggu dia untuk terus beribadah kerana jika dia berniaga, dia akan terlepas majlis ilmu di Masjid Nabawi. Oleh kerana itulah dia meninggalkan kerjanya itu dan terus setia untuk beribadah.
kata-katanya; " aku tidak mengatakan bahawa berniaga itu haram, tetapi perniagaanku telah mengganggu ibadahku. maka aku tinggalkan"-mafhumnya
Jadi, bagaimana pula kita? Sudikah kita tinggalkan kerjaya atau kerja yang kita minati walaupun untuk seketika semata-mata kerana melaksanakan tuntutan yang lebih aula?Contohnya antara melayari internet atu menyapu rumah? (terkena pula!)
FIkir-fikirkan...

Mana nak sama?
Saya tertanya-tanya, masih adakah lelaki atau pemuda yang punya ciri-ciri seperti sahabat-sahabat Nabi di era ini? Saya cuba letakkan ia sebagai status di mukabuku.
Ada yang menjawab; "orangnya , mustahillah. tapi yang sepertinya mungkin ada"

Persoalanku, masih adakah Salman al-Farisi dimuka bumi ini ? Saya betul-betul kagum akan peribadinya! Sangat-sangat! Nanti akan saya ceritakan kisahnya. insyaAllah
Wassalam

salam cinta dan kasih...
S.R.A.H.A.R.S


Tiada ulasan:

Catat Ulasan