Pujian bagi saya merupakan satu pengiktirafan yang baik-baik kepada seseorang. Pujian juga suatu perbuatan memuji atau melabelkan dengan perkara yang baik-baiklah kan~
Tapi pujian yang dilafazkan oleh manusia biasanya membawa dua maksud; sama ada betul-betul memuji atau memerli :)
Pujian itu satu motivasi
Pernah dengar itu? Bagi saya benar. Ia cukup memotivasikan. Cuba lihat dalam al-Quran, ada ayat almadhu (pujian). Banyak pula tu! Contohnya pujian Allah terhadap orang yang mendapat hidayah adalah orang yang berjaya dalam al-Baqarah ayat 5.
Menjadikan orang yang mendapat hidayah iaitu yang beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad dan kepada nabi sebelumnya, percaya pada hari akhirat, termotivasi untuk meneruskan apa yang dilakukan untuk memperoleh hidayah dan tergolong dalam kalangan orang yang berjaya.
Menurut ahli motivasi pula, pujian merupakan satu motivasi terutamanya buat anak-anak yang sedang membesar. Contohnya, jika anak kita yang berumur 3 tahun, menuruti perbuatan orang yang sedang solat. Walaupun pergerakannya salah dan tonggang terbailk, tapi bagi menaikkan motivasinya untuk terus belajar solat, kita haurs memuji dengan contohnya; " Subhanallah,bagusnya anak mak. Kecik-kecik pun dah pandai solat! Besar nanti mesti jadi anak soleh kan?"
Itu hanya contoh, praktikalnya boleh juga dilakukan pada adik-adik..tak semua pada anak-anak :)
Pujian pada diri sendiri
Appreciate yourself! Perlu ada rasa itu. Kadang-kadang kita duk menelek apa yang ada pada orang lain sehingga tak pandang langsung pada diri sendiri. Kerana itulah kita tidak pernah ada rasa istimewanya aku dicipta ke dunia.
NAmun, pujian itu adalah pujian yang tidak merendahkan dan memburukkan orang lain serta ada usaha kearah memburukkannya.
Saya suka bercakap dengan ayah mak saya pasal prinsip dan kemanusiaan. Dan suatu hari saya terjumpa frasa; " kalau kita tak hargai apa yang ada pada kita, kita tak akan hargai orang lain"- abi
Erk, terpukul~
Dan ingat kita sebaik-baik makhluk. maka pastikan ia terealisasi dengan akhlak yang juga baik.
Wassalam
Senyum pada muka sendiri =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan