Isnin, 19 Disember 2011

entah...

salam
blog, pelik kan dunia? pelik sangat2! kenapa? sebab dunia banyak kali buat aku terjatuh, tersadung.
Tapi kan blog, dunia juga buat aku bangun, bangkit, berdiri.
Nak tahu sebab apa? Sebab walau aku dilanda sebesar manapun ujian yang ada kat perut bumi, tetap Allah bantu aku.
Kalau aku gembira terlebih, Allah pukul sikit dengan ujian.
Jadi, kepelikan ini buat aku tak terlupa.
Tak lupa aku ada lagi hidupnya di akhirat yang lebih kekal.
jadi, aku cinta akan kepelikan ini!

Kadang2, Allah tak adalah kasi direct Dia punya nasihat.
Kadang2,, tak semua teguran Allah hanya boleh dapat dalam mmpi.
Nak tahu melalui apa lagi?
Melalui manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan awan serta langit.

Kalau melalui haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta alam, sudah tentulah dari sudut keindahnnya yang membuatkan aku ingat Tuhan, walaupun hakikatnya selalu terlupa. Sebab itulah kalau aku tension2 kat sekolah, aku keluar bilik, duduk belakang hostel, tengok langit, awan,bulan yang tak menguning lagi, kelapa sawit,pegang rumput. Kalau rajin, cuba ulang hafalan. Mana taknya kalau aku tak ulang, aku yang dapat dosa. Walaupun itu adalah silibus sekolah...

Kalau melalui manusia, time aku pening dan rasa tak ada harapan nak berubah atau berjaya mahupun aku sedang gembira, aku cuba sedaya upaya berkongsi bersama rakan-rakan. Aku suka jugak dengar cerita kawan-kawan sebab aku pun suka bercakap-cakap. Perangai 4 tahun aku, yang buat aku pulak jadi 'naqibah' usrah umi waktu tu, dah datang balik. Hurm, tolonglah, buat pada yang penting saja...
tapi kada-kadang aku ni akan jadi perahsia. Sebab aku nak privasi dan perkara itu aku kena selesai dengan Dia dulu.
Manusia sometime boleh jadi penasihat, ada juga yang boleh dijadikan pendamping susah senang. Ada juga yang datang hanya ketika susah. Mungkin aku tergolong kan? Sebab aku bukan sahabat yang baik...tapi aku tak pernah berhenti mencuba. tapi sekarang macam dah penat sikit.
hurm, manusia. Aku akan cuba sedayanya 'sayangi yang dibumi' sebab aku yakin dengan janji ' kau akan disayangi yang dilangit'. Tapi kenapa selalu gagal?
Yes, betul. kalau kita sayang orang, jangan sayang sangat sebab nanti kita benci. kalau kita benci orang, jangan benci sangat, sebab nanti kita sayang. Tapi kalau kita kasih,cinta kerana Allah?

Kenapa aku tulis benda yang melalut ni? Melambangkan otak aku yang tengah serabut. macam tak ada objektif...
wassalam
p/s: maaf, dy tak brp stabil emosi~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan