Khamis, 22 Disember 2011

Kabura maktan?

Serius la?
Ye, serius.
Sebelum tu, salam buat para pembaca.
Saya sedang mengalami satu masalah. Takut dan tidak berani. Masalah ini diselang-selikan dengan tak ada keyakinan diri dan mudah melatah.

Baharu tadi saya mendengar ayat surah as-Saf di televisyen siaran al-Hijrah. Sedap dan sedih. Ayat awal-awal dah pukul saya sebab malu kot! Ialah, saya ni orangnya banyak cakap. Saya terberhenti sekejap, fikir balik, dalam banyak-banyak apa yang saya cakap saya buat tak?

Allah benci orang yang tak buat apa yang dia cakap.kabura maktan tu maksud dia "besarlah kemurakaan" yakni Allah murka.
Mafhumnya menyuruh kearah kebaikan tapi kita tak buat pun kebaikan yang kita seru tu.

Contohnya;tugas adik kita jemur kain, lepas tu kita minta dia tolong kita basuh pinggan, masak, sapu rumah.Padahal kita tak pernah bantu adik kita jemur kain. Adil ka?  Agak-agak kamulah kan, kamu nak dengar ke arahan si kakak ni? Kalau saya, tak mau eh! Tapi, sebab saya bek,(persan;katakan saja terpaksa sebab kakak garang sangat) saya akan buat :)

Selain mendapat murka Allah, dakwah kita pun tak berkesan.
Chop, nak tanya. Kalau dekat sekolah kamu ada Pengerusi badam tarbiyyah contohnya, kata "couple itu haram!"
Tapi rupa-rupanya dia pun ber'couple pula kat luar, apa yang akan kamu cakap? Kamu nak dengar lagi ke apa yang dia cakap?
Tapi, kadang-kadang ada juga yang difitnah. Padahal tak pernah pun dia buat benda itu. Tapi bagi yang difitnah, percayalah, Allah bersama kamu. Kamu kena kuat kerana berdasarkan pengalaman melihat orang yang difitnah tu, kebanyakannya, fitnah tu tak tahan lama dan orang akan tak percaya pun fitnah tu.

Jadi, bukanlah saya nak mengutuk kalian, tapi kutuk diri saya sendiri dengan marah-marah sikit diri ni dengan cara macam inilah. Asyik nak manjakan diri dan nafsu, bahaya!

Orang kata, biasanya orang pendiam ni bijak!
Orang yang banyak cakap????
Don't judge book by it's cover boleh digunakan ka dalam situasi nih?
Btw, Sumaiyah must do what your mouth have said ma'ruf to another. And readers, i'm walking slowly to ketch up the meaningl of the surah as-saff. I'll try!

Learning and Teaching :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan