Rabu, 28 Disember 2011

Mulut macam longkang

Pap, sakitnya!
Sakit rasanya kalau kena kutuk macam ni. Ini adalah kalimah yang baru saya tahu ada kalimah sebegini dalam hidup .
Macam longkang, diistilahkan kepada busuknya longkang.
Mulut yang busuk atau istilahnya mungkin kata-kata yang jahat dan menyakitkan.

Tapi kalau kata-kata yang tak terjalankan melalui perbuatan atau cakap tak serupa bikin, bolehkah istilah ini digunakan?
Teruk ke bahasa macam ini?
Agak kot...bagi saya agak kasar.

Namun, bukan ini yang saya nak utarakan pada kali ini. Apa yang saya nak utarakan kali ini ialah, betul-betul tajuk mulut macam longkang.

Akhir2 ini kita melihat banyak filem2 Melayu khususnya bertemakan hantu, gangster, dan kecelaruan identiti dalam kalangan remaja.
Antara sedar atau tidak, kita melihat bahawa realiti itu semakin menular dalam kalangan remaja bila adanya filem2 sebegini.

Contohnya dari sudut percakapan para remaja muslim. Mereka sedar bahawa kalimah 'doe' di akhir percakapan yang menjadi trend remaja masa kini berasal daripada kalimah bodoh. Tapi ia seakan suatu perkara yang terlalu remeh untuk difikirkan kerana, entah mungkin antara faktornya;
1) trend
2) sedap didengar
3) menampakkan kegangsteran @ ke'sempoi'an
4) atau apa2 alasan yang saya sendiri tak dapat fikir

Apatah lagi satu filem yang bagi saya terlalu keterlaluan kata2 didalamnya. Walaupun bergurau, tetapi memang dah tahap kotor sangat kalau bercakap fasal tukar 'alat' di thailand nih. Cara cakap macam, masya-Allah, tahap kotor sangat dah tu!

Abih, kalau kotor, asal tengok?
Saya suka mengkaji keadaan bangsa saya, Melayu.
Tapi dari cerita inipun, entah, terlalu teruk bahasanya.

Kalau tak suka, jangan tengok!
Dah terkilas dengar dan tengok.

Habis, yang lain sukalah?
[angguk]

sebab apa?
Nampak sempoi doe!

Sempoi sangat ke ada kalimah doe tu? Tak rasa macam buruk sikit ke budi bahasa tu?
Atau saya yang tak sporting?
Sporting kita boleh, tapi ada hadnya.

Kan Nabi suruh berkata perkara yang baik2 atau lebih baik diam :)
Memang kalau dah menjadi kebiasaan, susah nak buang, tapi yang susah itulah Allah sayang.
Kita nak Allah sayang kanx3?

Habis, yang senang-senang Allah tak sayang?
Kan sebelum yang susah2 tu ada yang senang2 atau mungkin diselang-selikan. dan Allah je tau susah ke senang sesuatu perkara itu buat seorang hambaNya. Sebab...

la yukallifullahu nafsan illa wus'aha
:)

dan satu lagi teguran buat para penulis skrip, duit2 juga. tapi kalau filem yang ditayangkan membawa pengruh negatif kepada masyarakat, tanggunggla di akhirat.
Juga para pelakon, harap baca skrip dulu sebelum buat persetujuan. Atau elemen bacaan skrip dahulu tidak dibenarkan sebelum persetujuan?

Banyak lagi filem yang hebat2 boleh dibuat,percayalah.Kita tolong agama Allah, Allah tolonglah kita dapat duit.Tapi,duit dunia je ke kita nak? Duit akhirat lebih2 la lagi kan? :)

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan