Rabu, 28 Disember 2011

Hebatnya seorang SURI RUMAH !

Hebat sangat ke jadi suri rumah tangga?

HEBAT APA!
Suri rumah kerjanya menyapu lantai
Suri rumah kerjanya menyidai kain
Suri rumah kerjanya basuh tandas
Suri rumah kerjanya lap tingkap
Suri rumah kerjanya bagi makan ikan
Suri rumah kerjanya memasak
Suri rumah kerjanya melipat pakaian
Suri rumah kerjanya mop lantai
Suri rumah kerjanya menyediakan sarapan pagi
Suri rumah kerjanya lap almari
Suri rumah kerjanya lap meja
Suri rumah kerjanya lap dapur
Suri rumah kerjanya sapu verandah
Suri rumah kerjanya hias dalam dan luar rumah
Suri rumah kerjanya susun pinggan dekat rak
Suri rumah kerjanya kemas bilik
Suri rumah kerjanya gerak orang dan suruh orang solat-bukan bermaksud dia tidak solat sekali!
Suri rumah kerjanya....dan banyak lagi mengikut keperluan ahli rumah

Aduh,MALASNYA!
Kebanyakan dari kita mengeluh bila mendapat task membuat segala kerja suri rumah.
Sedangkan bila kita kira kerja yang dilakukan oleh seorang suri rumah dalam masa sehari, begitu banyak! dan andailah ia diniatkan kerana Allah, Subhanallah! Banyaknya mata ganjaran.
Dahla rumah bersih, memberi manfaat pada orang lain pula tuh! Hebatnya seorang suri rumah.

Saya kagum dengan mereka yang berkerja tapi tetap menjadi suri rumah. Bagaimana tuh!
Dia berkerja, tetapi masih sibuk memikirkan kebersihan rumahnya, makan minum keluarganya, sakit ahli rumahnya.

Saya lagi kagum dengan mereka yang berkerja tapi tetap menjadi suri rumah + solehah
kerjanya tambah sikit
Ajak keluarga ke arah Allah

Em, kekaguman (^___^). Gambate, chaiyok wahai para ibu-ibu di luar sana. Pahala menantimu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan