Rabu, 21 Disember 2011

Dilema seorang hamba

Hanya hamba. Kita hamba bukan?
Lalu apa peranan hamba?
Sekadar tahu siapa Pencipta?
Sekadar faham hanya solat, zakat, puasa haji itu rukun Islam?
Sekadar tahu makna syahadatain?

Tidak, sahabat.
Tidak Allah jadikan sesuatu perkara tu dengan sia-sia.
Malah kita adalah sebaik-baik kejadian.

"la qad kholaqnal insana fi ahsani taqwim"
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
(At-Tin:4)

Lalu untuk apa?
Untuk apa kita dijadikan,sahabat?
"Alladzi kholaqol mauta wal hayata liyabluakum ayyukum ahsanu 'amala wa hual 'azizul ghofur"
"Yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji diantara kamu yang paling baik amalannya sesungguhnya Dia yang Maha Agung lagi Maha Pengampun"
(al-Mulk: 2)

Yes, itu point utamanya.
UNTUK MENGUJI AMALAN HAMBANYA YANG TERBAIK

dan siapa yang berhak mengadili ' amalan hambaNya yang terbaik" itu?
Tidak lain tidak bukan Allah. Hanya Allah s.w.t kerana tiada yang adil berbanding Yang Maha Adil dan hanya Allah yang Maha Adil.

Point; riya atau tidak riya ?


"Barangsiapa yang beramal kerana sum'ah (ingin didengar manusia) maka Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Dan barangsiapa yang berbuat riya’, maka Allah akan menampakkan riya'nya"

Sebagaimana juga dikeluarkan dari jalan riwayat sahabat Abu Sa’id Al Khudri oleh Imam Tarmidzi dalam Jami’ (sunan)nya, Ibn Majah dalam Sunannya dan Imam Ahmad b Hanbal dalam Musnadnya (no 18.055)




Saya ada terdengar satu kata-kata imam al-ghazali yang disampaikan oleh Muallimah Faridahanim.
Apa yang disampaikan antaranya, jika kita melakukan sesuatu kerana dunia semata-mata, kerana nak orang tahu kita baik, itu adalah riya'.
dan siapa yang meninggalkan sesuatu perkara ibadah kerana takut riya, itulah riya.
Justeru, apa yang penting sekarang adalah kita perbaiki niat; sentiasa! walaupun baru melakukan ibadah itu baru sesaat.

Contohnya, seronok saya nak ceritakan tentang seorang kawan ni. Kawan kakak saya. Suatu hari, mereka ada satu program tentang Israel-Palestin yang di anjurkan di Kuala Lumpur. Manakala mereka berada di Perak. Otw, diaorang ke sana, time duduk saja diaorang dalam bas ke KL tu, kakak saya dapat mesej, berbunyi;
"Jangan lupa perbaharui niat sentiasa. Ingat, lakukan kerana Allah", begitulah motifnya.

apa yang saya dapat dari sini adalah, meskipun suatu perkara itu kita nampak remeh, nak pergi ala-ala berjalan je pun, perlu ke perbaharui niat? Yes, penting dan perlu sangat-sangat! Kerana kita akan mudah rasa 'zup' nya tuh. Try la, insyaAllah, berkesan.

Berbalik kepada point utama kita; riya' atau tidak?
Kadang-kadang saya sendiri akan bertanya dalam diri, riya' ke ni?
Dan akhirnya saya meninggalkan perkara tersebut.
Nampak! Mudah saja tergoda dengan syaitan. Dan nampaknya saya telah riya' menurut kata-kata imam al-ghazali.

Jadi, bagaimana Sumaiyah? Peningla macam ni!
Kalau kita perasan kan, dan saya pun perasan jugak yang benda ni macam perangkap syaitan. Kalau kita nak buat ibadah, ada rasa riya'nak datang. lalu kita riya', jadi syaitan dah menang.
1-0 !
Bila kita nak buat ibadah, tiba-tiba terfikir, riya' ke aku? lepas tu, kita tinggal ibadah tu. Syaitan pun menang jugak.
2-0!
Jadi asyik syaitan je menang, bila kita nak menang ni?
Saya tertarik dengan satu cara ni yang hanya menggunakan satu prinsip.
"Allah pemilik segalanya termasuk hati kita"
Bila kita ingat perkara ni, riya' atau tidak, kita serah pada Allah. Minta Allah jaga hati kita sentiasa. Biarpun ada bisikan-bisikan kata kita buat ni kerana riya', hiraukan saja. Teruskan ibadah yang dilakukan dan doa Allah jaga hati.
Percayalah, bila kita belajar untuk buat segala perkara kerana Allah dan ikut syariat yang telah mencukupkan syarat menjadi ibadah, insyaAllah, Allah akan jaga kita. Bukan sekadar dalam masalah riya, malah bermacam-macam perkara lagi.
Yakin akan janji Allah yang Dia akan bantu kita jika kita bantu agama dia. Meskipun membantu agama Dia secara untuk diri sendiri terlebih dahulu.

Bagi saya, hidup adalah belajar dan mengajar. Belajar daripada kesilapan dan mengajar sahabat agar tidak mengulangi kesilapan yang kita lakukan.

Mengajar ada banyak cara. Tak semestinya duduk dalam surau sahaja, tapi dalam setiap aspek, meskipun sekecil-kecil perkara, ajak diri dan sahabat ingat Allah balik.
Apa-apa pun kembali kepada Allah. Bukan ke kita akhirnya akan kita kembali kepadaNya juga? Maka tiada penolong yang terbaik selain daripada Allah kan?
Allah ada :) Allah ada :) Allah ada :)
Percayalah :)
Ingat, belajar dan mengajar :)

nota kaki; ini ucapan buat diri khususnya :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan