Khamis, 29 Disember 2011

Hubbul watan minal iman...cinta bangsa?

Saya seorang muslim. Saya seorang yang berbangsa Melayu. Saya Melayu Muslim. Saya suka jadi orang Melayu Muslim. Saya mahu Muslim saya adalah muslim yang sejati. Saya suka melihat dan merealisasikan bangsa saya, Melayu, juga menjadi muslim sejati.

Salahkah saya mencintai bangsa sendiri?
Salahkah kalau saya ingin bangsa saya lebih soleh berbanding bangsa lain? Tak bermaksud saya mahu menindas bangsa lain.
Macam saya mahu adik-beradik saya soleh lebih daripada orang lainlah kan. Tak bermaksud saya akan memasang perangkap buat bangsa lain agar jatuh ke arah ketidak solehan. Tidak mungkin!
Sayang saya kerana Islam. Supaya Islam subur dalam hati dan kehidupan bangsa saya. Tidak salah rasanya kan?!

Oh,assabiyyah tu sumaiyah!
Assabiyah?
Kalau tak salah saya, menurut bacaan melalui kitab majmu' rasail-karangan imam hassan al-banna,assabiyyah itu adalah bila saya seru bangsa saya kearah membelakangkan Islam,sekular. Assabiyyah bila saya sokong bangsa saya buat salah,langgar syara'.

Tapi, kalau saya sayang bangsa saya sebab Islam, sebab nak seru ke arah agama Allah, ASSABIYYAH kah itu?

Tak baik macam itu, bangsa lain pun ada yang Islam juga...
Aik, saya tak cakap pun nak tindas bangsa lain yang Islam! Cuma saya lebih nak fokuskan perhatian kepada bangsa saya. Macam saya nak didik orang lain atau sampaikan tarbiyyah pada orang lain, saya mesti beri perhatian kepada adik2 saya dulu. Nabi pun, walau dia hantar surat ke Parsi dan Rom, dia tak tinggal para sahabat. Dia bimbing para sahabat lebih lagi.
Jadi salahkah?
Bangsa lain yang Islam juga harus sayang bangsa mereka agar Islam mereka itu dapat dikukuhkan dalam bangsa mereka.

Salahkah muslim dari bangsa lain, sayang dengan bangsa saya?
point dia satu je, bila satu2 perkara kita lakukan kerana ISLAM, tak jadi masalah,insyaAllah.

Contohnya, kalau bangsa lain yang muslim nak sayang bangsa Melayu agar Islam tertegak di Malaysia.
Pada pendapat saya itu tidak salah.Sebab MUSLIM di MALAYSIA, MAJORITInya adalah MELAYU. Jadi, untuk menegakkan ISLAM di MALAYSIA,sokongan MAJORITI itu amat DIPERLUKAN.

Malah, pada pandangan saya, bangsa saya juga dekat dengan Islam itu sendiri dengan sikap tolak ansur,lemah lembut, berbudi bahasa, serta tahu menilai budaya kuning atau tidak.

Hei,sumaiyah, tahu beza budaya kuning? Hehe, itu dulu la kawan. Sekarang, tengoklah siapa yang banyak buang anak? Siapa yang banyak nak murtad?
Chop, sampai bila nak bertanggapan macam itu? Hina bangsa sendiri macam hina keluarga sendiri. Sepatutnya kita kembalikan mereka kearah fitrahnya itu, fitrahnya yang asal, yang baik-baik. Yang dulu terima Islam,faham Islam,pegang teguh dengan Islam. Itulah tugas kita! Bukan sekadar mencemuh, mencaci, tapi kita juga kena membantu untuk membaiki!

Jadi,konklusinya?
Tak salah sayang bangsa sendiri kalau untuk Islam. Saya ucap syukur kepada Allah kerana memberi hidayah pada saya,muslim yang lain dan juga para muallaf. Dengan keislaman mereka saya juga turut dapat motivasi untuk meng'Islam'kan lagi bangsa saya yang majoritinya memang dah Islam. Memang saya tak punya kepakaran yang tinggi, tapi dengan ilmu yang ada, saya mahu sampaikan dan carigali lagi ilmu itu.

Mari kita hentikan pertengkaran dan satukan hati untuk Islam.
Sudah lumrah, kepala sama hitam,hati lain2. Maka tak mustahillah banyak fikrah yang tercetus di bumi ini. Kalau ia ikut syarak, tak langgar dengan syariat, maka bagi saya tidak salah untuk diamalkan.
Saya hormati saja mana-mana fikrah dan mahu saja mendengarnya, tidaklah sampai tutup telinga, butakan mata. Tapi jika terdapat sesuatu yang ditegah Islam, maka bagi yang sedar, tegurlah antara satu sama lain dengan berhikmah.

Saya yang tak banyak ilmu, jika salah, betulkanlah :) insyaAllah, saya terima saja.
Still learning and love to teaching to each other :)
Wallahua'lam :)
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan