Selasa, 24 Januari 2012

Selamat berjuang, sahabat!


Saya suka bercakap sendiri. Saya suka akan perbezaan. Saya suka bercakap. Saya suka.

Saya cuma malas nak bergerak sikit. Sebab kurang pelincir, mungkin. Jadi, sekarang, nak menyelam balik, nak cari lindungan malaikat balik. Nak duduk dalam kalanganj orang yang dijanjikan perlindungan balik. Dan nak ia disenantiasakan suatu hari nanti, insyaAllah.

Wassalam :)

Isnin, 23 Januari 2012

Hantu bungkus

Kalau lah kita dapat bungkus masalah semuanya dalam satu bungkusan, macam hantu bungkus; seronok ke?

Pastu dia terus masuk dalam kubur...tapi hakikatnya tetap dalam perut BUMI. Tak hilang lagi. Tak lenyap lagi, sebab dia tak boleh nak digest dalam tanah. Dia tak boleh reput.

Nampaknya kena ambil dan buka balik bungkusannya dan kemudian, selesaikan satu persatu.

Lepas itu, baru lah kita tenang. Tak kacau. Buat apa fikir masalah. Fikirlah solusi.

"La tasallaLlah an yukhaffifi hamlak
bal sallaLlah an yuqwa zhohrak"

"Jangan minta Allah kurangkan beban,
Tapi pinta untuk diberikan kekuatan"

limitkan penulisan...wassalam

18:88...cari gali,cuba!

"Adapun orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka dia mendapat (pahala) yang terbaik sebagai balasan, dan akan Kami sampaikan kepadanya perintah Kami yang mudah"

Maka, kuatlah! dan terus cuba untuk kuat!

Angin Maghrib

Angin, sampaikan berita, daku kini ceria, aman dan bahagia....selimutkan rinduku bersama malammu.
Sekadar teringat petikan nasyid Mirwana tapi tak ingat tajuk apa.

Na'am, rindu. Rindukan kata-kata akhawat yang lain. Rindu gurauan yang penuh ibrah. Rindu.

Angin Maghrib, ciptaan yang Maha Agung. Hanya boleh dinikmati ketika senjalah kan. Spesifik waktunya. Susah nak dapat time lain.

Begitu juga hidup kita. Dalam hidup, kita pasti menemui 'malam'nya. Dalam penantian menanti 'malam' itu, kita bakal berjumpa dengan pelbagai lagi cuaca. Mungkin hujan, panas terik, kemarau, atau seindah ketika terbit dan terbenamnya matahari. Bermakna, mahu tidak mahu, kita perlu lalui hari itu dengan jayanya. Supaya penat atau tidak penat hari itu, kita rasa puas di malamnya. Kita wajib lalui suka duka hidup, supaya kita dapat rasa dekat dengan Pencipta. Tapi kena lalui dalam keadaan dekat dengan Dia lah. Kalau jauh, makin jauhlah bila 'malam' nanti. Faham ke?

Doa...doa...dan teruskan lah berdoa. Jangan lupa itu senjata orang mukmin. ITU!

Dia dengar. Dia dengar. Dia Maha Mendengar :) POSITIFLAH!

Ahad, 22 Januari 2012

Erm,betul ke ni?


Keliru...Keliru...dan terus Keliru...
Kadang-kadang kita akan dihujani pelbagai persoalan. Sama ada perkara yang bakal kita lakukan, atau yang sudah kita lakukan atau yang sedang kita lakukan.

Saya suka buat sesuatu. Menulis. Tapi itu bukan guna tangan, tapi guna komputer. Tulis ikut selera. Ikut rasa. Tapi kadang-kadang, timbul kekeliruan, betul ke apa ditulis ni? Halal ke? Tak mencapub ke?

Lepas itu datang pula rasa, tak apa just sharing. Sharing is caring and caring is loving, right?

TAPI....
masih keliru rasanya ni. Macam kurang guide sikit. So, must be ask to someone...

Ehemx2, ukhti-ukhti...apa pendapat anda?

Sabtu, 21 Januari 2012

Ucapan bermakna

Pernah ada rasa suka?
Pernah ada rasa sayang?
Pernah ada rasa cinta?

Saya...sentiasa ada. Dan suka, sayang dan cinta itu akan menimbulkan kekaguman yang dikawal.

Fitrah bagi manusia, dia ada rasa untuk bergaul atau bermu'ayasyah dengan manusia. Kerana itu, Allah jadikan kita berbeza-beza dari sudut fizikal sehinggalah kepada atitud.

Dan perbezaan ini, lebih indah jika dapat dicedok, direfill. Tapi perlu ditegaskan, tiada toleransi dalam mendapatkan hak agama Islam!

Saya ni orang yang suka buat research pada diri manusia.

"Iyah, iyah sayang kakak tak?"
"Sayang lah"

Dia baring diriba saya. Erm, saya cuba usap kepala dia. Huhu, rasa kekok yang sudah saya lawan.

"Sayang tu apa, yah?"

"Sayang tu macam sukalah!"

"Apa yang iyah tak suka dekat kakak?"

"Erm, garang sangat!"

"Ohoho, sekarang kakak garang lagi ke?"

Dia geleng kepala sambil malu-malu nak angkat kepala. Hehe, saya nak tergelak pulak rasa.

"Yah, iyah rasa, kakak sayang iyah tak?"

Dia geleng.
Saya ulang pertanyaan.

"Tak kot."
"Mana iyah tahu kakak tak sayang iyah?"
"Dah anyah tak cakap pun. Anyah cakap anyah tak suka iyah"

Zruuuuuk. Rewind cerita semalam. Saya cakap saya seronok dekat akademi sebab si iyah ni tak ada. Hehe, saje gurau dengan dia. Percaya sangat pulak budak nih.

" Ehm, iyah ni, kakak gurau je lah tu. Kakak sayang lah adik-adik kakak. Dah kalau kakak nak tunjuk sayang kakak kakak nak buat macam mana?"

"Tak tahu"

"Erm, akak sayang adik-adik akak. Sebab itu akak marah kalau tak solat lagi, kalau rumah bersepah. Kalau tak solat, dapat dosa, dosa banyak masuk neraka. Kata nak masuk syurga sama-sama....Kalau rumah bersepah pulak , syaitan suka. Bila syaitan suka, iyah jadi kawan dia. Cuba tengok, tempat tinggal syaitan dekat mana? Tandas kotor tak? Kotor kan? Jadi, rumah kita syaitan sukalahkalau kotor. Bila syaitan suka, maksudnya Allah tak suka. Allah tak suka rumah yang kotor-kotor"

"Ooo, dah kalau kita basuh tandas?"

Erk, apa pulak aku nak jawab nih? pelik betul soalan!

"Kalau kita bersihkan tandas syaitan tetap ada. Sebab tu tempat tinggal dia. Jadi tak boleh mandi lama-lama"

Suasana sepi seketika.

"erm, kalau kakak cium iyah, sayang tak maksudnya?"

Saya pun cium pipi dia. Dia sengih-sengih. Dan saya dapat pengajaran, certain-certain kalimah kita kena ucap, supaya dia tahu kita sayang dia. Lagi-lagi sayang ni kerana Allah dan halal!
 Aishiteru!!!!

Jumaat, 20 Januari 2012

Seronok jadi HEBAT

ini motivasi yang adik saya bagi. Saya kutip secara tak sengaja.

Waktu itu lewat petang, tolong dia buat something yang kene gune gunting dan gam serta pen colour2. Untuk wat satu poster tenteng TKRSM. dia wat dalam kumpulan. Lalu berlakulah perbualan antara kami;

"Ibah ke kena buat semua ni?"
"Taklah, kawan ibah buat sorang satu tajuk. Ibah je kene buat 4 tajuk."

Erm, saya angkat kening

"kenapa macam tu?"
"Dah ibah ketua."
"Oh, ibah ke lantik diri ibah?"
"Taklah, waktu tu ibah mintak duit nak beli kad2 manila ni semua, pastu kawan ibah kate ibahlah jadi ketua. Ibah pun jadi jelah."

Saya tersenyum.

"Seronok ke jadi ketua bah?"
"Erm, seronok kot"
"Kenapa?"
"sebab HEBAT"

Erk, terpana terpanau sekejap.

"Kirenye ibah sukalah jadi ketua?"
"Biasa je."
"Oh, ibah suke lantik diri ibah lah eh?"

Dia mula buat muka pandang saya. Kemudian teruskan kerja melukis. haha, betapa prejudisnya aku kan? Tapi aku suka buat dia sakit hati, jawapan dia jawapan yang buat aku terpana balik.

"Orang lantiklah...ibah nak wat macam mana?"
"oooo"

Sunyi sekejap. Tiba-tiba dia bersuara....

"Ibah kan sekarang tengah hafal surah as-Sajadah"
"ooo, eh? Pastu kenapa?"

Haha, sekarang menampakkan lagi prejudisnya aku kanx3? Tapi aku suka wat sebab dia akan bagi jawapan yang pelik!

Muka dia pelik dulu. Baru dia cakap...

"Ialah, hebat lah dapat hafal! "
"Oh, Ibah suke eh jadi hebat?"
"Sukelah!"
"Kenapa suke jadi hebat?"
"Erm, sebab seronoklah jadi hebat. Anyah tak seronok ke?"

Aku senyap jah. Tak pandai nak jawab.

Mungkin cerita ini saya dapat simpulak sebagai perasaan PERCAYA DIRI. PERCAYA DIRI kita HEBAT, tidak salah! Malah, Islam juga tidak mengajar kita agar menjadi jubni wal bukhl, kan?

keSERONOKan jadi HEBAT dari cerita suatu petang inilah yang membuatkan aku dapat satu ibrah; rasa mahu jadi hebat depan Allah buat kita ada semangat nak jalani hidup even depan kita ade monster yang nganga mulut nak makan kita. Atau mungkin ada sign board ' aws lantai licin', kita cuba juga jalani dengan hati2 dengan guide dari Allah sendiri melalui para rasulNya.

Rasa hebat ini sepatutnya ada dalam diri kita, tapi perlu diawasi agar tidak membawa kepada something yang dimurkai pula. insyaAllah, SELANTANG SUMAIYAH, tidak lemah dengan emosi :)

wassalam

Banyak susah, banyak pahala

Aku benci. Aku tak suka. Aku menyampah. Aku bengang. Aku...aku dah tak larat nak cakap apa. Aku penat. Aku perlu satu saja, percaya...





Doakan aku mampu
Allah pada sangkaan hambaNya...

Definisi hidup

Apa definisi hidup bagi anda?

Ini soalan subjektif. Tiada pilihan jawapan A...B...C...atau D.

Definisi hidup physicallynya...
bagi saya mungkin dengan berdetaknya nadi serta jantung dan berfungsinya otak, maka manusia itu masih hidup physicallynya.

Hal ini seperti yang kita tahu, kalau orang koma, kalau mati otak, kita boleh accept dia dah mati.Walaupun kita pasang life support machine tuh.


Definisi hidup sebenar...
Bagi saya, definisi hidup yang sebenarnya adalah apabila kita mahu, mampu dan berusaha untuk kenal siapa Pencipta kita.
Kerana apabila kita kenal siapa Pencipta, kita tahu kita di bawah satu kuasa. Dan kita tahu, kita bernafas dengan kuasaNya, kita bergerak dengan kuasaNya, kita berfikir dengan kuasaNya. Dia anugerahkan kepada manusia dengan deria dan anggota badan termasuk akal.

Kemudian, dengan kenalnya kita kepada Pencipta, sure-sure la kita beriman dengan nabi-nabi dan para rasul yang Allah utuskan kan? Lalu, kita juga mengimani akan malaikat, kitab yang diturunkan, hari akhirat dan qoda' dan qadar.

Apabila Cretor; Allah, cipta something, mestilah Dia tahu apa yang diperlukan makhluknya tu kan? Dia cipta manusia itu ada emosi, maka, Dia ajar bagaimana mahu mengurus emosi. Dia cipta manusia ini ada akal, maka, Dia guide melalui para rasulNya.

Bila kita kenal Cretor Yang Maha Pemurah dan Maha Pengampun ini, serta 97 lagi asmaul husna milikNya, maka kita ada satu jalan yang membawa bahagia. Kebahagian ada dua. Dunia dan akhirat. Beruntunglah bagi yang dapat ketch kedua-duanya.

Jadi, bukankah kita dapat rasa definisi hidup tu bila kita bahagia? Bahagia yang mana? Dunia ke Akhirat? Jawapannya DUNIA dan AKHIRAT.

Ada orang cakap nak bahagia AKHIRAT, perlu KERAH TULANG EMPAT KERAT. jadi itu bukanlah suatu kebahagiaan.

Siapa cakap? Belum cuba belum tahu! BElum kenal Pencipta, maka tak cinta!

Bagi orang beriman dan bertaqwa, kepahitan di jalan dakwahlah yang boleh bayar madu di syurga. Itu adaptasi kata-kata Umar ketika ditanya makna TAQWA.

Jadi, mari kita kenal PENCIPTA kita; Allah!

Macam mana?

ILMU! IMAN! AMAL!

JOM....!

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan"- masyuk x2~

Khamis, 19 Januari 2012

Aku dah rosak

Kekaguman demi kekaguman yang aku temui...Subhanallah.

Indahnya bila akhlak Islam mewarnai sebuah peribadi. Indahnya seorang wanita jika lembutnya mengusai hati dan pemikiran. Indahnya seorang muslimah yang mampu 'syadid' dalam beberapa perkara. Indahnya.

Aku dah rosak...
Entah, itu sahaja yang aku dapat gambarkan dalam hati. Aku tengok, sahabat-sahabat sibuk berborak-borak mengenai perihal diri, dan kekaguman-demi kekaguman terus memuncak. Kerana apa yang mereka tuturkan penuh dengan hikmah dan rendah diri. Aku terpaku.

Benarlah, mungkin ini keputusan terbaik yang sepatutnya aku lakukan. Hidup dalam pelukan sayap malaikat. Hidup dalam keberkatan tasbih makhluk di lautan. Dan aku tenang disini. Maka harusku kutip setiap mutiara didalam-tiram-tiram, perlu kugilap dan acunya mengikut acuan islam serta wajibku pakai sebagai kalung di hati, bukan di leher.

Aku pernah rasa dah macam tak ada harapan untuk aku berubah. Dah macam terlalu sempit ruangnya. Tapi kali ini, prasangkaku hilang. Herm, betul! Allah adalah apa yang kita sangkakan. Betapa tingginya positive thinking dalam hidup sehingga jika buruk sangka pada Allah, kehidupan kita macam kapal yang dah tercabut layar; tak ada arah tuju.

Alah, engkau aku tengok, tak adalah rosak mana...
Kerana kalimah itulah sebenarnya yang membuatkan kita rasas masih lama masa untuk berubah.

Hanya aku dan Tuhanku yang tahu siapa aku. BUkan aku mahu menjaja kisah bahawa aku ini seteruk-teruk manusia, cuma aku tidak suka dianggap terlalu mulia. Aku hanya insan biasa. Aku tidak minta disanjung seperti purnama, cuma pinta nasihat-nasihat para asatizah yang makamnya sebenarnya lebih tinggi dari purnama kerana ilmunya. Dan kalian merupakan para asatizahnya. semua yang mengajarkanku walau satu huruf adalah para asatiz dan asatizahku. Aku hargainya. Terima kasih :)

Percayalah, aku cuma manusia biasa yang tak lekang dari salah silap.
Maka, didiklah.
Didik sehingga hati yang sekeras batu ini menjadi semurni susu di syurga.

Allah, setiakanlah Engkau menjadi Murabbiku yang utama.
Sungguh, Dia sentiasa setia, cuma aku yang menipu diri dan hati sendiri.

cari dan masih menggali

Sayang

Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan,
sayangkan anak tangan-tangankan,
sayangkan sahabat...? semoga berkekalan

Kisah hidup silam yang pahit sebenarnya manis. Kenapa? Kerana yang pahit itu biasanya ubat, bukan? Jadi jangan mencemuh kepahitan yang kita telan.

Ukhuwah, telah kita belajar dan akan terus kita pelajari sehingga mati. Ukhuwah dengan manusia dan alam.

Mungkin kita pernah terkandas menyulam sayang dan cinta kerana Allah itu suatu masa dahulu, tapi tak bererti kita tetap akan terus mengkhianati ukhuwah untuk masa hadapan. Kerana kehidupan itu sekolah dan tarbiyyah. Jalani dan belajarlah, kemudian dengan ukhuwah, berkongsilah.

Tidak suka hanya meninggalkan dakwat...



carigali

0/0//0/....annisaii

An-nisa,
hiyan nikmah,
hiyal fitnah.

An-nikmah idza fisy syar'ihi
Al-fitnah fil ma'asiy



Komitmen

Pernah lihat burung tak? Kenapa burung selalu keluar ba'das subh(lepas subuh) berbondong-bondong satu kumpulan?

Pernah tengok arnab tak? Kenapa arnab gali lubang time nak dekat beranak?

Semua persoalan ini bagi saya terungkai dengan satu kalimah. KOMITMEN!

Kerana apabila burng pergi secara berbondong-bondong, mereka akan membentuk satu bentuk aerofoil. dan ini akan mengurangkan kadar geseran tubuh mereka dengan angin dan menjadikan perjalanan mereka ke tempat rezeki tersebut. Jadi, ini bermakna setiap ekor burung perlu memberikan komitmen yang tinggi kepada ketua(yakni yang memandu arah burung2 tersebut) agar bentuk aerofoil itu menjadi.

Kita lihat pula kenapa ibu arnab gali lubang. Sebab dia sayangkan anak-anak dia. Dia mahu zuriat dia terus berkembang. Jadi, dia mainkan peranan sebagai seekor ibu untuk memastikan kondisi anak-anaknya nati apabila dilahirkan dalam keadaan sihat wal afiat.Dengan komitmen yang diberikan oleh ibu arnab tadilah, arnab masih wujud sehingga sekarang.

Walaubagaimanapun, ia tetap di bawah aturan Allah. Subhanallah...

Betapa pentingnya komitmen ahli sesuatu badan, tidak kiralah sama ada sekecil-kecil atau sebesar-besarnya,  ia sebenarnya mampu menetukan jatuh bangun sesebuah negara.


Kalau kita selak buku tarikh al-adab zaman uthmaniyyah, kita juga dapat tahu bahawa negara Islam ketika itu masih kuat walaupun sudah berada di zaman fitnah adalah kerana KOMITMEN daripada rakyat. Menurut apa yang saya dapat, mereka memberikan kepatuhan kepada kerajaan Islam Uthmaniyyah walaupun Mesir ketika itu sudah menjadi sebuah negara yang tidak merdeka seperti dulu lagi (ketika kerajaan mamalik memerintah;abbasiyyah) serta menjadi negeri naungan Kerajaan Uthmaniyyah, namun rakyatnya membarikan komitmen dan kepatuhan kerana mereka imani bahawa kerajaan khilafah islamiyyah adalah suatu perkara yang dibenarkan oleh syara' islam.

Daripada sedikit penjelasan ini, saya mahu simpulkan satu perkara. KOMITMEN seharusnya saya BERIkan apabila ia berASASkan ISLAM.

Sebagai muslim yang berdiri dan hidup di bawah panji ISLAM, seharusnya saya menegakkannya dengan memberikan komitmen yang tinggi kepada apa yang diperjuangkan dan diangkat oleh agama.

Komitmen ini juga perlu diberikan dalam keadaan yang bersedia dengan apa sahaja ujian yang bakal meninmpa diri.

Seperti burung tadi, mereka berdepan dengan risiko tembakan rambang peluru sesat yang muntah daripada senapang serta arnab yang berdepan dengan risiko bapa arnab atau kucing yang jahat.

Namun, mereka tetap teruskan tugas mereka demi meberikan komitmen dalam kehidupan yang sememangnya tidak logik jika ditinggalkan.

Maka seharusnya tidak patut jika saya lebihkan malas sehingga tergadai komitmen yang sewajibnya saya berikan pada agama.

Jom bisnes dengan Allah :)

Rabu, 4 Januari 2012

ZIP file?

Urusan Paduka Baginda

Dulu ingatkan memang betul2 untuk orang atasan saja surat tu, rupanya ia macam something yang penting jugak dan berhak digunakan oleh sape2 saja. Jadi penerima akan lebih prihatin dengan surat itu berbanding surat yang lain.

Ok, sebenarnya tiada kena mengena pun, cuma teringat. ZIP file. Apa kena mengena dengan hidup dan mati?

Baru2 ini yang tak berapa nak baru dah dalam dua minggu yang lepas, saya ada mendownload something iaitu perisian Adobe Photoshop, tapi tak berjaya. Jadi tanya Akh Bur, gane nih? Dia pun suruh download Dropbox then baru download file yang dia akan bagi tu. Tiba2 terkeluar asas Adobe tu dalam bentuk ZIP file.

Dan kerana ZIP file itulah saya terfikir, perlu ke ZIP file, compressed dan sebagainya ni? Macam agak menyusahkan pengguna.

Tapi pengajarannya bagi saya, dalam hidup perlu ada. Dalam ZIP file hanyalah ruang untuk kenangan2 indah dan pahit manis yang dilalui sahaja. Dendam kesumat benci kena masuk dalam Recycle bin.

ZIP file boleh buka time kita rasa tak ada semangat, time tension2, time nak cari pengajaran hidup dan sebgainya yang munasabah. Itu bagi saya lah.Bagi anda, saya tak kesah, asal ia bawa kebaikan, sudah. Yang penting jangan salah gunakan 'teknologi' ini .

Mulut yang perlu diinstall sebagai ZIP file

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam...

Ini petikan hadith 40. Maka, amalkan

Selamat beramal (^___^)

Selasa, 3 Januari 2012

Syiddu halak

Asal telefon je, "Anyah,doakan kakak, imtihan!"

Iya utik sayang, I'll pray for you! Biar Allah beri utik yang terbaek punya. Gagal ke cemerlang ke, utik dah usaha kan? Maiyah percaya utik dah usaha! Kan Allah tahu, kan?

Jangan takut, hadapi saja. Satu tips, diambang pekse ni, banyakkan doa, dan tawakkal. Kawan maiyah kata, time minggu exam, dah tak guna nak ulang semua dari kuit ke kulit, nanti kita stuck. So, apa yang dia buat adalah bangun malam, selesaikan dengan Allah dulu. Time nak bukak buku tu, baca doa dan yakin dengan Allah bahwa Allah akan bantu. Belek je mane2. Doa jugak supaya apa yang kita baca masuk. Kalau tak masuk, jangan tension. Istighfar banyak2, supaya Allah kasi hint dia. Amalkan selawat fatih. Satu benda dia cakap kat Maiyah, "KITA DAH BELAJAR 2 TAHUN, MUSTAHIL KITA TAK TAHU APA2. SEBENARNYA KITA TAHU, CUMA LUPA. ITU SEBABLAH KITA KENE BANYAK DOA SUPAYA ALLAH INGATKAN KITA BALIK. TAWAKKAL KENA KUAT. DAPAT TAK DAPAT, NOMBOR DUA. YANG PENTING, 2TAHUN DAH KITA USAHA,DOA,dan SEKARANG KENE APPLY TAWAKKAL tu!"

Erk,waktu dengar apa dia cakap ni tertelan juga air liur, takut dan tak berani bak amal. Tapi try la, utik akan jadi tenang dan tak gundah. But it doesn't mean you leave to pray for najah after exam (^__^) K? Ini tips untuk yang lain juga, Akh BURAIDAH and MUAZ eh?

Nahdiyyah Rushdan BOLEH! ALI RUSHDAN BOLEH! MUMTAZ UNTUK UMMAH kan? SO, KUAT x3!

jangan lupa doakan me jugak tahu!



pst...
haha, tadi abi cium pipi, cakap kat anyah, abi sayang anyah. Anyah pun macam sebak sikit2, anyah peluklah abi, anyah tak tahu la nak cakap apa tapi yang keluar 'syiddu halak!'sambil tepuk2 belakang abi, heheh . Sebab itu je kalimah arab yang abi suka sebut ke anyah time2 takut nak pekse. So, ucapan tu untuk semua jugaklah.

To my younger bro and sis, nguehx3 selamat bersekolah dei! Akak nak enjoy pi bandar~

salam sayang :)

Utik jahat!

Salam
Saya sayang semua orang termasuklah keluarga saya. Kan saya pernah cakap, saya sayang keluarga saya lebih supaya mereka yang dah Islam ni, lebih Islam lagi. Sebab merekalah yang paling dekat dan mudah faham saya. Tapi kali ini saya nak cakap pasal kakak saya lagi.

Pst...Saya nak cakap pasal kejahatan dia-gaya berbisik
Kakak saya jahat?- saya angguk

Are you really trust that?-gaya menjerit dan wat muka pelik
Yessss-bisik

Apa yang jahat?

suara: anyah nak jadi gynecologist


suara : doakan ap yang anyah wat ni Allah redha


suara : utik, kita kawen same2 nak?


suara : nanti tak adalah anyah rindu utik sangat


suara: huhu

nahdiyyah  : uik


nahdiyyah : taknk


suara : ala....


suara : hihihi


nahdiyyah  : akk nk special

diakhir perbualan kami



nahdiyyah:akk ckp tuk akk jugak



suara: ok2


suara: releks la. gurou je


suara: gabra pulak dy


suara: ok tik


suara: nak update blog


suara: anyah dah isi lagu kat blog


nahdiyyah : nk update juga


suara: jgn fikir ape lagu, tapi anyah just suke melankolik dia tu je


suara: ok, kt update same2


suara: wassalam


suara: jaga diri


suara: jangan fikir nikah kagi tau


suara: kita nikah sama2 kat mesir


suara: heheh


suara: gurao


suara: wassalam


nahdiyyah : taknak!!!


nahdiyyah: hihhi


nahdiyyah : wasalam
 
Cakap tak serupa bikin (^__^)
 
Oit,kata tak mau cakap pasal kawen2 dah!
Memanglah, ini cume nak ingatkan dia tak lupakan saya. Tak mau dia kawen lagi. Tak puas rasa ada seorang kakak...heheh
 
Itulah manusia. Bila something tu dah jauh, duk ceruk lain, baru rasa sayang, rindu. Macam dekat Irsyad lah kan?! Heheh, pelik lah perangai macam itu. Tak sepatutnya ada. Sebab itu kita rasa rendah diri dan rasa tak disayangi, sebab kita tak hargai pun apa yang ada kat sekeliling.
 
Teringat satu ketika...
 
"Utik telefon pagi tadi mi. Lepas Subuh tu, anyah ngantuk sangat. Dia kata jangan pergi PLKN tu. Macam BTN"
 
"oh, yeke? Em, umi pun rasa tenang bila anyah cakap tak nak pergi tu"
 
"Pastu dia membebel gini gitu. Dia kata anyah tak kuat. Memanglah bagus, tapi kita kalau tak kuatkan diri kita, dan2 anyah dah dua tahun tinggal usrah, susah sikit. Hehe, banyak betul dia cakap"
 
"Erm, tulah kehidupan akhowat sebenar. Penuh dengan nasihat"
 
Jadi, bertepatan dengan ' agama itu adalah nasihat' . Saya pun senyum sorang2. Tak sabar nak pergi belajar di AIM. Nak usrah lagi! Dahaga sangat dah ni!
 
Utik, terima kasih eh? Aligator or ari ga to? :)
 
Wassalam
 

TERLALU

terlalu BAIK
terlalu CANTIK
terlalu RAJIN
terlalu KEMAS
terlalu PELIK
terlalu LAMPI
terlalu DEGIL
terlalu BARAN
terlalu SERIUS
terlalu HAPPY GO LUCKY
terlalu SANTAI
terlalu SERABAI
terlalu TENSION
terlalu...terlalu...terlalu...dan terlalu
hanya moderate saja
jadi tak msutahillah kalau buat salah. Maka tolonglah...
Kalau sampaikan ilmu salah, tolong fahamkan padanya

merindukan seseorang yang jauh di mata ,tapi dekat dihati :)

Bezakan hak Allah dan Rasul

Betul saya terkejut. Baru tahu rupanya hak Allah dan hak Rasul, adalah dua perkara berbeza.
Kadang-kadang jika kita tersalah beramal sehingga menyamakan dua hak;iaitu hak Allah dan hak rasul, iaboleh membawa kepa SYIRIK tau!

Jadi apa bezanya? Sumber?

Sumber:buku Islam dan Dakwah( Dr.Abdul Karim Zaidan)

m/s: 43

saya tulis dalam bentuk point  eh?

-mencampurkan kewajipan seorang muslim sehingga menyamakan antara hak Allah dan hak Rasul secara sengaja atau tidak dengan keinginan sebagai rasa kasih dan cinta pada Nabi, kadang2 mampu membawa kepada syirik.

-kasih sayang kepada Nabi s.a.w yang sebenar: menurut dan segera menyahut sesuatu yang baginda suka

-sunnah qauli @ fi'li

-baginda juga suruh kita hambakan diri pada Allah. Esakan Allah.

-Inilah yang dimaksudakan dengan kalimah tauhid

-untuk jelaskan lagi pengertian ini dalam diri manusia, Quran sebut bahawa Muhammad s.a.w itu adalah manusia

"kataknlah (ahai Muhammad) : Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu" (al-Kahfi:110)

-baginda tidak boleh memudaratkan atau memberi manfaat kepada seseorang

-memohon permintaan atau bantuan hanya daripada Allah
"dan Tuhanmu berfirman:berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan bagimu. " (al-Ghafir: 60)

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) , Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. " (al-Baqarah)

-takut dan taqwa hanya untuk Allah
(An-Nur :52)
(At-Taubah:59)

-ayat2 diatas memisahkan antara hak Allah dan Rasul.

-ketaatan adalah hak bersama antara Allah dan Rasul. Maknanya kita perlu patuh kepada Allah dan Rasul

-ketaatan kepada Rasul adalah ketaatan kepada Allah

-Antara hak2 rasul;
baginda boleh memberikan sebahagian daripada harta rampasan perang, harta fa'i dan sebaginya kepada sesiapa sahaja yang baginda rasa patut

-Nabi s.a.w melarang kita memuja baginda seperti yang disebut dalam hadith baginda yang mafhumnya;

"Jangan kamu memuja aku sepertimana orang-orang Kristian memuja Nabi Isa bin maryam kerana aku hanyalah hamba Allah dan rasulNya"-hadith Nabi s.a.w

-baginda menjelaskan makna tauhid dan syirik dengan sebenarnya kerana baginda sayang kepada ummatnya.

Isnin, 2 Januari 2012

Dengar . Patuh

qaalu sami'na wa atho'na

Sayang abi?
SAYANG!

Sayang umi?
MESTILAH SAYANG!

Jadi, kamu sayang DIRI?
Hurm, maksudnya?

Kamu kena sayang diri kamu. Kamu sebaik-baik ciptaan, tahu?
A'ah. "laqad kholaqnal insana fi ahsani taqwim" kan? Mafhumnya Allah ciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian, kanx3?

Yup, kamu dah semakin pandai menyebut ayat al-Quran. Tinggal amalkan pulak :)
Erk...tapi...

Sebagai sebaik-baik ciptaan, apa yang kamu buat untuk merealisasikannya supaya kamu tak tergolong dalam asfala safileen(sehina-hina tempat...sambungan ayat 'laqad kholaqna...)?
Hurm~ asal tanya macam itu?

Saje je...nak kamu ingat balik asal tujuan kamu ada kat dunia gedabak ni. Tapi gedabak2 pun, kecik tuek je bagi Allah...ha, berbalik pada pertanyaan saya tadi? Apa kamu buat bagi menghargai diri kamu?
Hurm~

Asal kamu kuat mengeluh eh? Penat den dengar and baca.
Saya tak banyak wat ape2, sebab selama ni saya rasa sayalah paling hina antara manusia. Jadi, saya tak tahu nak mulakan amalan dengan apa...

Ha, apa dia? Biaq betoi!
Ye, serius! Tak tipu punya!

Ok, macam inilah...saya bukanlah motivator hebat, tapi kamu tak boleh biar diri kamu sampai tahap lebih teruk daripada sekarang nh!
Habis tu, nak buat apa? Kenapa kena saya sayang diri saya? Penting ke?

Hei,kamu...kamu...Ingat Allah cipta kamu sia-sia ke? TAKlah cekmek. Ada functionnya. Supaya kamu beribadah pada DIA. ok, yang itu harap kamu dah jelas. Dengar sini, dengar betul-betul. Kamu rasa mak kamu sayang ke kamu nih?
Sayanglah! Biarlah saya cacat ke, muka senget ke, saya yakin mak saya sayang kat saya! Asal tanya benda pelik-pelik ni?!

Ok, kamu rasa sayang dia tahap mana? Macam anak kucing ke anak lembu?
Hei, mestilah bagai menatang minyak yang penuh.

Jadi, siapa yang cipta sayang tu?
Allah

Sape yang cetuskan cinta tu?
Allah la...

Sape yang beri kasih tu ada dalam hati mak awak kepada kamu?-terbalik kok ayat
Allah...Allahu Rahmanur Rahim!

Maksudnya, Allah lagi2la sayang pada kamu, tahu!
Seriuslar...

Yes,I'm serius! Tapi, kalau kamu sayang diri kamu, lagi2 Allah sayang!
Macam mana nak sayang diri kita?

Buat yang Allah suruh,tinggal yang Allah larang.barulah tubuh tak kena makan api kat neraka. Maksudnya kamu sayang diri kamu.
Ohho, memang itupun dah jadi kewajipan kan? Ingatkan complicated sangat jawapan dia. Tapi kan, nak amalkan tu macam agak complicated jer...

Man jadda wajada dan Allah pandang usaha,bukan natijah, sayang :)
Hurm,betul jugak eh? Kena usaha giatmara lagilah erk?

Yes, pandainya!
Huhu, kalau penat?

Allah kan ada, adu la kat Dia.
Kalau tak tahan?

Kamu ingat tak satu ayat tu. Allah takkan pikulkan ujian yang kita tak mampu tanggung :)
Erm,sayunya. Allah cakap macam itu ke?

A'ah, itu mafhumnya.Jadi, sepatutnya kita pun kena sayang Dia.
...

Kuat, jangan lemah dengan godaan. Kuat! Kamu yang kenal, kuat orangnya :) Maka, lawanlah!
Eyah, Allahuakbar! Gambate! Konichiwa-erk,,,tak kena tempat kalimah konichiwa nih (~___^!)

this poat produced by motivation words from this my lovely person :), Thanks a lot!

Ahad, 1 Januari 2012

Bilaku sakit, ingatlah pada Allah


Ingat Allah,
Ingat Allah,
Ingat Allah,
Bukan ikut emosi,
Bukan berbasa-basi,
Bukan lawan tak dir Ilahi,
Sabar dan ingat Allah.

Penangguhan PLKN

STAM-AIM

Wassalam