Angin, sampaikan berita, daku kini ceria, aman dan bahagia....selimutkan rinduku bersama malammu.Sekadar teringat petikan nasyid Mirwana tapi tak ingat tajuk apa.
Na'am, rindu. Rindukan kata-kata akhawat yang lain. Rindu gurauan yang penuh ibrah. Rindu.
Angin Maghrib, ciptaan yang Maha Agung. Hanya boleh dinikmati ketika senjalah kan. Spesifik waktunya. Susah nak dapat time lain.
Begitu juga hidup kita. Dalam hidup, kita pasti menemui 'malam'nya. Dalam penantian menanti 'malam' itu, kita bakal berjumpa dengan pelbagai lagi cuaca. Mungkin hujan, panas terik, kemarau, atau seindah ketika terbit dan terbenamnya matahari. Bermakna, mahu tidak mahu, kita perlu lalui hari itu dengan jayanya. Supaya penat atau tidak penat hari itu, kita rasa puas di malamnya. Kita wajib lalui suka duka hidup, supaya kita dapat rasa dekat dengan Pencipta. Tapi kena lalui dalam keadaan dekat dengan Dia lah. Kalau jauh, makin jauhlah bila 'malam' nanti. Faham ke?
Doa...doa...dan teruskan lah berdoa. Jangan lupa itu senjata orang mukmin. ITU!
Dia dengar. Dia dengar. Dia Maha Mendengar :) POSITIFLAH!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan